BTC USD 76,366.4 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pesawat Ringan Terhempas Di Taiping Berdaftar Di Bawah MSAF

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,720
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,720
Reaction score
97
Points
80
4d39c9883640633b755a5605229364476936725fbbb9f

Kredit: IPD Taiping

Pesawat ringan jenis Microlight  yang terlibat dalam kemalangan di kawasan lapang berhampiran Lapangan Terbang Tekah di Taiping merupakan pesawat yang berdaftar di bawah Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF).

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata semakan turut mendapati juruterbang dan pelatih yang terlibat dalam insiden itu juga berdaftar di bawah persekutuan berkenaan.

“Kejadian tersebut telah dilaporkan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan siasatan lanjut akan dijalankan oleh CAAM berkaitan insiden berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di Kompleks Perumahan IPD Tapah di sini hari ini.

Pada majlis itu, Supt Abdul Malik Hasim menggantikan Johari yang bertukar ke IPD Nilai sebagai Ketua Polis Daerah baharu.

Semalam, Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Nasir Ismail dilaporkan berkata pihaknya dimaklumkan kejadian pada 10.30 pagi Ahad lepas melalui sistem NG MERS 999.

Beliau berkata juruterbang berusia 46 tahun dan pelatih berusia 40 tahun yang cedera telah dibawa ke Hospital Taiping dan dilaporkan dalam keadaan stabil, sementara pesawat tersebut dikesan melakukan pendaratan cemas akibat kerosakan enjin.

 
Back
Top
Log in Register