BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pesawat ringan rempuh rumah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Lima kediaman terbakar dalam kejadian pesawat ringan terhempas di kawasan kediaman di Tokyo, semalam. Foto: AFP
TOKYO - JEPUN. Sekurang-kurangnya tiga maut apabila sebuah pesawat ringan terhempas di kawasan perumahan di tengah Tokyo semalam, menyebabkan beberapa kediaman dan kereta terbakar, lapor stesen penyiaran NHK.

Rakaman televisyen menunjukkan pesawat itu terhempas pada kedudukan terbalik atas kediaman yang hangus akibat kejadian itu.

NHK berkata, dua lelaki dalam pesawat yang membawa lima orang itu terbunuh, manakala seorang wanita di rumah terbabit juga maut, manakala lima lagi cedera.

“Saya terdengar bunyi kuat seperti trak merempuh rumah dan apabila menjenguk ke luar tingkap, kelihatan api sedang marak,” kata seorang saksi wanita kepada stesen televisyen itu.

Jabatan Bomba Tokyo berkata, lima rumah dan sekurang-kurangnya dua kereta terbakar dalam kejadian itu. - Reuters
Site Section (1)
Location (1)
 
Mesti ada masalah teknikal ni.
 
Back
Top
Log in Register