BTC USD 83,949.6 Gold USD 4,182.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pesanan Suami Isteri

ahib...banyak btul ko punye ayat2 rumah tangga ni...

bagus jgk petikan2 d atas.. :)cgrock
 
Suami yang dapat menggembirakan isteri adalah mereka yang:


1. Akan membela isterinya bila masa dia merasa tergugat.

2. Boleh membuat keputusan (tidak hanya berserah kepada isterinya dalam semua hal).

3. Gemar melaporkan dirinya kepada isteri (ini bukan kena queen control tapi sebenarnya kerana isteri itu sayang dan bimbang tentang situasi suami).

4. Mencari nafkah untuk menyara keluarganya (bertanggungjawab).

5. Selalu menyentuh isteri dengan belaian kasih sayang (berpegangan tangan,berdakapan).

6. Membuat isteri rasa bangga (mempraktikkan "ladies first", buka pintu utk isteri, tarikkan kerusi utk isteri duduk dan sebagainya).

7. Mencari isterinya dahulu apabila pulang dari kerja (menunjukkan suami rindu dan sentiasa mengingati isteri).

8. Bersabar terhadap kelakuan isteri yang kurang disenangai lalu mendidiknya dengan sabar.

9. Bertolak ansur dan faham kepada perubahan isteri (apabila isteri didatangi haid, tertekan dan sebagainya).

10. Memahami perasaan isteri ketika menopause.



Suami isteri yang menggembirakan pasangan masing-masing:


1. Menganggap perkahwinan adalah satu jihad.

2. Perasaan ingin bersama iaitu menghabiskan masa bersama, membuat sesuatu bersama sebanyak mungkin.

3. Selalu mengingat kebaikan pasangan dan melupakan keburukan atau kejahatan pasangan (bahkan Rasulullah pernah mengusurkan agar setiap kebaikan pasangan hendaklah dicatatkan dan dibaca setiap kali pasangan melakukan kesilapan).

4. Pandai meluahkan perasaan, puji-pujian dan kata-kata yang dapat menyentuh hati pasangan (memberi ucapan contohnya "darling I love you").

5. Memanggil dengan panggilan yang manja agar pasangan terasa intim.

6. Dapat menahan telinga mendengar leteran masing-masing agar pasangan dapat meluahkan perasaan dan merasa lega (tidak terpendam di dalam hati).


P/s: kadang-kadang kita sering terlupa. saja untuk ingatkan kepada mereka yang berumahtangga :)
 
Suami isteri juga perlu duduk berbincang pada satu-satu masa supaya dapat muhasabah diri.

Contoh ada sorang makcik tu cerita kat saya. Dia dengan suami dalam seminggu pasti ada satu masa depa berdua akan pegi jalan-jalan then masa tu muhasabah.

Suami perlu tanya kat ister apa yang isteri suka dan apa yang isteri tak suka selama seminggu ni. dan sebaliknya.

So dari situ sama-sama baiki diri. :)



P/s: Thanks makcik kongsikan :)
 
wah... thread den pun masuk :D:D:D:D
 
hmmmmm

tuan tanah dah kawen ke....kalau belum jgn setakat post je pas tu copy n paste...lani dulu kehidupan rumah tangga pas tu baru cerita...setakat copy n paste org bisu pun mampu:-?:o

rilex bro....:eek::eek::eek:

Bg le Ustaz Ahib0205 lepaskan segala maklumat yg yg terbuku didlm Fikiran & Hati dia...

:)):)):))

Jgn disekat2 bro....nanti lain pulak jadinya...:">:">:">
 
tuan tanah dah kawen ke....kalau belum jgn setakat post je pas tu copy n paste...lani dulu kehidupan rumah tangga pas tu baru cerita...setakat copy n paste org bisu pun mampu:-?:o

er maaf la bang. saya memang belum nikah. saya mintak maaf sebab main post je dengan cara copy n paste. saya mintak maaf banyak-banyak ye :((

Baru saya tau yang saya kena jalani dulu kehidupan rumah tangga pastu baru boleh cerita kat sini :)

a'a bukan takat orang bisu je mampu copy paste. orang pekak pun mampu copy paste jugak kan bang? :)

Ok2 sekali lagi saya mintak maaf ye. Aku Hanya Insan Biasa...
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register