kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri Datuk Seri Jalaluddin Alias ketika sesi pertanyaan lisan pada Persidangan Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan ke-15 hari ini.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kerajaan Negeri Sembilan menyalurkan peruntukan RM19.6 juta bagi membangunkan industri ternakan di negeri ini bagi tempoh lima tahun hingga 2025, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan diberitahu hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata keseluruhannya RM29.3 juta diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi tempoh 2021 hingga 2025.
“Antara inisiatif dijalankan ialah program pengembangan veterinar, regulatori, kesihatan veterinar, program peningkatan pengeluaran ternakan, pembangunan industri asas tani, pengukuhan genetik ternakan serta pembangunan teknologi pengeluaran makanan ternakan dan padang ragut,” katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Suhaimizan Bizar (BN-Gemencheh) yang ingin tahu langkah membantu usahawan penternak baharu meningkatkan daya tahan dalam menghadapi cabaran tentang penjagaan haiwan, penyakit atau pemakanan serta modal asas.
Jalaluddin berkata beberapa langkah penambahbaikan turut dijalankan termasuk menstruktur dan mengklasifikasi kawasan padang ragut kepada keutamaan penternakan tertentu selain menggalakkan penternak mendapatkan sijil ladang bebas penyakit bagi menjamin tahap kesihatan ladang.
Menjawab soalan Kamarol Ridzuan Mohd Zain (PN-Paroi) mengenai keluasan tanah sawah padi di Negeri Sembilan, Jalaluddin berkata kawasan lazim bertanam adalah seluas 1,150 hektar melibatkan kawasan utama, iaitu Jelebu, Jempol, Kuala Pilah dan Tampin meliputi 13 skim padi.
Sementara itu, beliau berkata Kerajaan Negeri Sembilan berhasrat memastikan Pusat Pengumpulan Padi, Melang, Kuala Pilah terus berperanan sebagai hab utama pengumpulan, penyimpanan dan pengedaran hasil padi di kawasan berkenaan.
"Bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, jumlah keseluruhan hasil padi dikumpulkan di pusat itu sebanyak 614.37 tan,” katanya menjawab soalan Datuk Bibi Sharliza Mohd Khalid (BN-Juasseh) mengenai jumlah hasil dikumpulkan dan perancangan jangka masa panjang bagi penjanaan ekonomi di pusat tersebut.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi negeri berkata pihaknya konsisten memastikan pembangunan generasi baharu di rancangan Felda dilaksanakan secara menyeluruh.
Peruntukan RM19.6 Juta Bangunkan Industri Ternakan N.Sembilan Bagi Tempoh 2021-2025
peruntukan, industri penternakan, persidangan DUN,