Yallah
Super Active Member

- Messages
- 7,471
- Joined
- Jun 21, 2021
- Messages
- 7,471
- Reaction score
- 1,051
- Points
- 151
Peruntukan RM11.5j Program Kelantanku Bersih
Oleh Hazira Ahmad ZaidiMei 26, 2024 @ 12:59pm
[email protected]
KOTA BHARU: Kerajaan negeri memperuntukkan RM11.5 juta di bawah Program Kelantanku Bersih untuk projek pembangunan, termasuk membaik pulih pasar awam yang uzur di seluruh Kelantan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah, berkata pada masa sama, pihak berkuasa tempatan (PBT) turut membuat permohonan peruntukan kepada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam usaha membaik pulih pasar yang uzur.
Katanya, baru-baru ini, Pasar Besar Siti Khadijah dibaik pulih menerusi peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM500,000 dan KPKT pula berjumlah RM1 juta.
"Bagi membaik pulih pasar awam di seluruh negeri, peruntukan diperoleh daripada kerajaan negeri dan KPKT.
"Bagaimanapun, ia perlu melihat kepada permohonan keperluan semasa untuk PBT angkat kepada KPKT dan seterusnya pihak kami menilai keperluan pembaikan kerana ada pasar awam yang perlu disegerakan pembaikan, selain ada keperluan yang mendesak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Gotong-Royong Perdana 2.0, di Pasar Awam Bersepadu di Wakaf Che Yeh, di sini semalam.
Dalam perkembangan sama, Hilmi berkata, pihaknya merancang membina pasar baharu bagi menggantikan pasar di Kuala Krai yang terdedah kepada risiko tanah runtuh berikutan terletak hampir dengan sungai.
"Bagaimanapun, pihak kami terlebih dahulu perlu meminta persetujuan daripada peniaga di pasar sama ada mereka bersetuju atau sebaliknya untuk berpindah ke pasar baharu," katanya.