BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perunding Kewangan Islam

Ramai orang yang gagal dalam kewangan, ataupun tersepit dalam masalah kewangan, ataupun dibelenggu hutang keliling pinggang bukan kerana mereka tiada pendapatan, atapun kehilangan punca pendapatan, tapi disebabkan mereka gagal merancang kewangan utk kegunaan hari ini dan masa hadapan
 
Laburkan sebahagian wang yang anda tidak gunakan supaya wang tersebut bekerja untuk anda.
 
BAYANGKAN, anda menyimpan wang setiap bulan sebanyak RM100. 10 tahun kemudian, jumlah wang simpanan anda ialah RM12,000. 20 tahun kemudian, simpanan anda akan meningkat ke RM24,000.
TAPI melalui simpanan yang sama ke dalam Saham Tabung Unit Amanah, yang memberi purata keuntungan sebanyak 15% setahun, wang anda akan terkumpul sebanyak RM27,866 selepas 10 tahun,
dan RM151,595 selepas 20 tahun.

BEZA??? MEMANG BERBEZA .......
 
Pengurusan kewangan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Antaranya pengurusan hutang dan bajet, pengurusan risiko seperti insurans, simpanan dan pelaburan dan juga pengagihan harta seperti wasiat dan hibah.
 
Amanah Saham (unit Trust) adalah instrumens yang tergolong dalam pelaburan, di mana pelabur (Unit Holder) akan mengumpulkan pelaburan mereka di dalam satu dana. Pelaburan dalam dana adalah dalam unit. Dana yang terkumpul ini diamanahkan pula kepada pemegang amanah (Trustee). Atas persetujuan pemegang amanah, pengurus dana (Fund Manager) kemudian akan melaburkan dana ini ke dalam pasaran saham, dalam bond/sukuk atau money market.
 
Manakala strategi setiap dana, saiz dana yang diuruskan itu haruslah terlebih dahulu mendapat kebenaran dan diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan juga Security Commission. Bagi dana yang dijalankan berlandaskan syariah, terdapat penasihat Shariah (Shariah Advisor) bagi memastikan pelaburan dilaburkan ke saham atau bond yang menepati peraturan syariah (syariah-compliant).
 
Berdasarkan risiko, Dana boleh dibahagikan kepada tiga jenis:

1. Growth/Equity Fund: 70-98% dana dilaburkan ke dalam pasaran saham, selebihnya ke dalam bond.

2. Balance Fund: 40-60% dana dilaburkan ke dalam pasaran saham, selebihnya ke dalam bond.

3. Bond Fund: hampir kesemua pelaburan dilaburkan ke dalam Bond.
 
Back
Top
Log in Register