BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perunding Kewangan Islam

Anda boleh menikmati pulangan pelaburan yang lebih baik dengan membuat pelaburan yang bijak. Pelabur bijak sentiasa mencari peluang pelaburan yang akan menghasilkan pulangan lebih tinggi.
 
Anda tahu bahawa RM100 yang disimpan di bawah bantal tetap akan kekal RM100 walaupun masa berlalu selama sepuluh atau dua puluh tahun atau selama-lamanya. Sebaliknya,menyimpan wang dalam bank mungkin hampir tiada risiko tetapi kuasa beliannya pula sentiasa
merosot disebabkan inflasi dan cukai. Oleh itu, anda harus mencari alternatif pelaburan dan membuat perancangan pelaburan dengan bijak untuk mengembangkan nilai pelaburan anda dan seterusnya mendapat pulangan yang terbaik.​
 
Tabung Amanah Saham adalah satu skim pelaburan yang mengumpul wang daripada sejumlah besar pelabur yang berkongsi objektif kewangan yang sama. Dana ini kemudian diuruskan oleh sekumpulan pengurus profesional yang melaburkan wang yang terkumpul ke dalam portfolio
sekuriti seperti saham, bon dan instrumen pasaran wang atau lain-lain sekuriti dibenarkan untuk mencapai objektif dana.​
 
Jumlah aset dana akan menentukan nilai dana atau harga yang perlu dijelaskan oleh pemegang unit atau jumlah yang bakal diterima apabila amanah saham itu dijual. Dana tersebut memperoleh pendapatan daripada pelaburan dalam bentuk dividen, pendapatan faedah dan perolehan modal. Pendapatan ini kemudian diagihkan kepada semua pemegang unit mengikut unit yang mereka miliki, dalam bentuk dividen atau unit bonus.
 
Ada tiga sumber maklumat yang harus anda teliti ketika mahu memilih dana. Dokumen-dokumen ini termasuk Prospektus dana, Surat Ikatan Amanah dan penyata kewangan yang mengandungi laporan tahunan dan interim yang boleh didapati secara percuma untuk semakan di premis pengurus dana.​
 
Kelebihan melabur dalam amanah saham :

Kepelbagaian
Pelabur-pelabur dalam amanah saham berpeluang menyertai lebih banyak sekuriti berbanding dengan pelaburan yang dibuat secara persendirian. Dengan wang yang terhad, pelabur persendirian hanya mampu membeli unit saham yang kecil dan saham beberapa buah syarikat sahaja. Tetap i sekiranya wang tersebut dikumpulkan dengan wang pelabur lain, ia boleh digunakan untuk membeli saham lebih banyak syarikat. Kerugian yang ditanggung oleh beberapa kaunter boleh diimbangi oleh keuntungan yang diperolehi daripada kaunter lain. Oleh yang demikian, risiko dapat dikurangkan, malahan risiko yang ditanggung oleh pelabur juga akan terus berkurangan jika pelabur itu membuat pelaburan dalam beberapa dana dan tidak terhad kepada satu dana sahaja.
 
Kelebihan melabur dalam amanah saham :

Mudah tunai
Pembelian dan penjualan amanah saham lebih mudah berbanding melabur terus dalam saham sesebuah syarikat di mana harga dan peluang untuk membuat urus niaga bergantung kepada penawaran dan permintaan pada masa itu.
 
Kelebihan melabur dalam amanah saham :

Pengurusan profesional yang berterusan
Amanah saham diuruskan oleh kumpulan profesional berpengalaman yang menguruskan dana mengikut cara yang tersusun dan teratur berbanding dengan pelabur individu yang mungkin membuat pelaburan secara rambang. Keputusan pelaburan yang diambil oleh pengurus dana dibuat berdasarkan penyelidikan meluas dan mereka akan terus mengawasi portfolio berdasarkan maklumat yang telah diselidiki.
 
Kelebihan melabur dalam amanah saham :

Peluang memiliki aset kewangan lebih luas Pengurus dana amanah saham boleh menukar beli produk pelaburan yang biasanya tidak
berpeluang didekati oleh pelabur individu, seperti bon kerajaan dan korporat yang mungkin dihadkan kepada pelabur institusi sahaja. Sesetengah daripada produk ini diniagakan dalam
jumlah besar, dan ini membataskan kemampuan pelabur individu walaupun pelabur individu diberikan peluang tersebut
 
Back
Top
Log in Register