BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perunding Kewangan Islam

Terdapat 2 cara bagaimana mendapat keuntungan di dalam pelaburan amanah saham:

1. Capital Gain : Contohnya ketika anda melabur, harga seunit adalah RM1.00 dan selepas suatu jangkamasa harga menjadi RM1.40. Jadi lebihan RM0.40 sebanyak 40% berikut adalah keuntungan berdasarkan capital gain.

2. Dividen/Bonus: Bagi setiap tahun kewangan setiap dana, pengurus dana dengan persetujuan pemegang amanah akan menentukan berapa keuntungan seunit yang akan diedarkan kepada pelabur. Biasanya, keuntungan ini akan dilaburkan kembali ke dalam unit amanah.
 
Pelaburan melalui unit amanah boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Antaranya, pelan perancangan untuk persaraan, pelan pendidikan untuk anak anak, ataupun perancangan kewangan untuk menunaikan haji.
 
Setiap pelabur dinasihatkan untuk mengetahui risiko pelaburan ketika merancang pelan pelaburan kewangan mereka. Perunding Amanah dapat membantu untuk menganalisa risiko pelabur, menilai jangka masa yang diperlukan untuk mendapatkan pulangan dikehendaki.
 
biasa pelaburan bond paling selamat....

Betul tu tuan. Tapi pelaburan bond jugalah yang paling rendah pulangannya. High risk, highn return. Yang paling cantik, kepelbagaian dalam pelaburan adalah yang terbaek
 
Parlimen sudah dibubarkan. Mungkinkah inilah antara masa yang terbaek untuk melabur???
 
Sebelum melabur, anda perlu mengenalpasti matlamat kewangan anda. Pelaburan adalah berbeza dengan simpanan. Pelaburan yang bijak merupakan hasil daripada perancangan yang terperinci dalam memahami keadaan pasaran.
 

Pelaburan adalah komitmen wang atau modal untuk membeli instrumen kewangan atau aset lain untuk mendapatkan hasil yang menguntungkan dalam bentuk bayaran faedah, pendapatan, atau penambahan nilai instrumen.[1] Ianya berkaitan dengan tabungan atau penundaan konsumsi. Pelaburan terlibat dalam pelbagai bidang ekonomi, seperti pengurusan perniagaan dan kewangan, pun untuk rumah tangga, syarikat, atau kerajaan.
 
Pelaburan adalah komitmen wang atau modal untuk membeli instrumen kewangan atau aset lain untuk mendapatkan hasil yang menguntungkan dalam bentuk bayaran faedah, pendapatan, atau penambahan nilai instrumen.
Ianya berkaitan dengan tabungan atau penundaan konsumsi. Pelaburan terlibat dalam pelbagai bidang ekonomi, seperti pengurusan perniagaan dan kewangan, pun untuk rumah tangga, syarikat, atau kerajaan.​
 
Back
Top
Log in Register