BTC USD 61,235.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perunding Kewangan Islam

dah penah join dulu ..
guna duit ptptn..
invest 2k..
Public China Ittikal Fund dgn
Public Islamic Asia Dividend Fund
3 tahun dpt semula 1.7k
beli china ittikal mase tuh taun 2008 dalam 20sen..
skrng boleh tgk tahun 2013 17sen..

Pelaburan yang x bijak ~X(
walaupun mase tu saya nih x pandai sgt ttg pelaburan..
tp saja nak cuba..

pendapat peribadi..
simpan kt tabung haji ..
puas ati lgi..

Seperti yang saya nyatakan sblm ini, kita kena faham konsep, risiko dan strategi melabur. Melabur pasti ada risikonya. High risk, high return. Kalau kita tidak bersedia utk mengambil risiko, disyorkan supaya tidak melabur. Boleh sahaja simpan di simpanan tetap, ataupun tabung haji. Tapi, bila namanya simpanan, pulangannya pasti tidak sebesar potensi keuntungan dari pelaburan.

Melabur dalam unit amanah ada strateginya juga. Ringgit cost averaging dan switching sebahagian darinya. Dan ini biasanya dinasihatkan oleh agen unit amanah anda. Anda tak perlu sama sekali risau sekiranya nilai saham anda jatuh, kerana anda perlu faham bahawa kerugian itu hanyalah kerugian di atas kerta sahaja, ataupun unrealised loss. Sehinggala anda menjualnya barulah anda mengalami kerugian sebnar. Anda jug perlu faham bahawa pelaburan di unit amanah adalah utk medium ke long term. Dan biasanya kerugian anda akan dicover semula dlm masa bberapa tahun yang akan datang. Dan sekiranya dana yng anda laburkan kelihatan tidak berpotensi untuk naik kembali, anda boleh sahaja switch ke dana lain yang lebih stabil dan menguntungkan.

SAYA BOLEH MEMBANTU ANDA INSYAALAH
 
cadangan dana agresif ?

PIDF, public islamic dividend fund. Berisiko sederhana, tapi pulangan lebih besar dari dana agresif yg berisiko lebih tinggi. Sekiranya tuan ada kesudian untuk berjumpa, saya boleh tunjukkan bukti dari financial report terkini. Tuan juga boleh melihat secara kesluruhan prestasi dana2 lain. Switching cost cuma RM25.
 
Ok saya dah tgk carta..
kat sini http://mutualtracker.com/funds/view/29
skrng tgh naik.. 38sen++
kemungkinan jatuh ke 25sen++ sgt tinggi

dan hasil kajian saya..
let say invest year 2010 30sen++
year 2013 dpt 38sen++
profit $$..
tp klo nak switch skrng.. sgt2 high risk..

cadangan Tuan bila agak2 sesuai nak switch ?

secara peribadi, saya berpendapat lebih baik switch secepat mungkin. mmg ada risiko turun, tapi itu hanya utk short term. utk longterm, biasanya boleh boleh simply dapat 10%-15% sekaligus boleh cover loss yg lepas plus profit. sbb ada posibility akan naik lpas pru13, based pd track record yg lepas2 yg naik slpas election, walaupun kita tak boleh gerenti.mcm cth yg tuan bg, 2010 harganya 30sen, skrg 38 sen. tapi kita dah tak boleh berpatah balik ke 2010. so kita kena bertindak skrg, sblm kita berkata, wah sekarang dah naik 50 sen pada 2015 nanti
 
Ok terima kasih untuk cadangan/pendapat..
Saya nak tunggu short term down trend..

sama2. 1 perkara yg penting tentang unit amanah, iaitu tiada waktu yang paling sesuai melabur atau switching. kerana kita tidak dpt meramal apa yg bakal berlaku di masa hadapan krn dana unit amanah adalah dana yg mempunyai kepelbagaian portfolio. apa yg boleh kita lakukan ialah merujuk kpd financial report utk melihat performance dana bagi tahun2 yg lepas.

dan sekiranya tuan nak tunggu shortterm down trend, saya rasa inilah masanya. sbb harga sekarang telah jatuh berbanding dec 2012.
http://http://www.publicmutual.com.my/application/fund/performancenw.aspx
 
sama2. 1 perkara yg penting tentang unit amanah, iaitu tiada waktu yang paling sesuai melabur atau switching. kerana kita tidak dpt meramal apa yg bakal berlaku di masa hadapan krn dana unit amanah adalah dana yg mempunyai kepelbagaian portfolio. apa yg boleh kita lakukan ialah merujuk kpd financial report utk melihat performance dana bagi tahun2 yg lepas.

dan sekiranya tuan nak tunggu shortterm down trend, saya rasa inilah masanya. sbb harga sekarang telah jatuh berbanding dec 2012.
http://http://www.publicmutual.com.my/application/fund/performancenw.aspx

http://www.publicmutual.com.my/application/fund/performancenw.aspx
 
Apabila hendak mengumpul wang untuk mengerjakan haji, membeli rumah atau untuk masa depan anak-anak, kebanyakan kita hanya memikirkan untuk menyimpan wang di bank. Tetapi kini, terdapat beberapa pilihan yang boleh menambah simpanan anda seperti yang sering disebut sebagai, "membuat wang anda bekerja untuk anda." Biasanya, wang yang kita simpan di bank tidak akan tumbuh melebihi kadar inflasi tetapi ia mempunyai kelebihan besar iaitu hampir bebas daripada risiko. Sebaliknya, pelaburan yang dirancang dengan teliti boleh membawa kadar pulangan yang lebih tinggi. Bagaimana pun, risiko yang dikaitkan dengan pelaburan juga lebih tinggi.​
 
Apakah yang dimaksudkan dengan pelaburan? Pelaburan adalah komitmen dana kepada satu aset atau lebih yang akan dipegang untuk satu tempoh pada masa hadapan, dengan harapan aset tersebut akan menghasilkan pendapatan yang lebih tinggi. Aset yang dimaksudkan merangkumi aset dalam bentuk ketara seperti hartanah atau aset kewangan tak ketara seperti sekuriti kewangan. Kesesuaian pelaburan atas aset-aset ini adalah bergantung kepada matlamat dan objektif kewangan anda.
 
Back
Top
Log in Register