BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perunding Kewangan Islam

Contoh Unit Amanah yang mana bg purata keuntungan 15% ?

Banyak dana unit amanah patuh syariah yang ada dalam pasaran hari ini. Secara peribadi saya syorkan Public Mutual. Kerana Public Mutual merupakan pengurus dana unit amanah yg paling lama dan paling besar di Malaysia
 
Impak Inflasi dan Cukai

Walaupun anda memperoleh pulangan daripada pelaburan, nilai sebenar pelaburan anda mungkin berkurangan disebabkan oleh kesan inflasi. Oleh itu, anda perlu melabur dalam aset yang membolehkan anda mendapat pulangan terbaik sesudah mengambil kira kesan pencukaian dan inflasi dalam jangka panjang.
 
Pemurataan Kos Ringgit (Ringgit Cost Averaging)

Satu teknik yang diamalkan dengan meluas dalam industri amanah saham, ia melibatkan pelaburan jumlah yang tetap untuk tempoh yang khusus seperti bulanan, suku tahunan, atau tahunan tanpa mengambil kira bagaimana pasaran saham bergerak. Strategi yang mampu mengurangkan risiko pelaburan, sekaligus meningkatkan potensi keuntungan pelaburan
 
Hubungan Risiko Dengan Pulangan

Terdapat banyak instrumen pelaburan dalam pasaran dan masing-masing mempunyai tahap risiko dan jangkaan pulangan yang berbeza. Sesetengah jenis pelaburan (seperti simpanan bon) bersifat "lebih selamat" berbanding dengan pelaburan yang lain. Ini bermaksud bahawa pelaburan asal anda kekal tetapi kadar pulangannya mungkin lebih rendah.Sebaliknya, pelaburan yang menjanjikan pulangan yang lebih tinggi (seperti dana amanah saham ekuiti atau saham) juga mempunyai risiko yang lebih tinggi
 
Memahami Risiko

Risiko ialah satu penunjuk jangkaan mengenai potensi keuntungan atau kerugian yang berkaitan dengan pelaburan yang merentangi masa. Jika anda menjangka akan meraih keuntungan yang tinggi dalam tempoh yang singkat, risiko yang ditanggung adalah tinggi. Walau bagaimanapun, jika anda memilih pelaburan jangka panjang, tahap risiko yang ditanggung adalah lebih rendah. Semakin panjang tempoh masa pelaburan, variasi dan volatiliti pulangan cenderung untuk menjadi lebih rendah.
 
Lazimnya pelabur yang bijak menyimpan wang yang secukupnya untuk keperluan kecemasan dan selebihnya dilaburkan untuk memaksimumkan pulangan. Untuk menentukan pelaburan mana yang sesuai dengan anda, anda perlu menilai jumlah wang yang mampu anda laburkan berdasarkan keadaan semasa kehidupan anda.
 
Sekiranya anda ingin membuat sebarang pelaburan, perkara utama yang perlu anda lakukan ialah benar memahami sepenuhnya tentang pelaburan yang akan dibuat serta risiko yang terlibat, dan apabila anda berurusan dengan penasihat kewangan, pastikan mereka benar berkelayakan serta berpengalaman dan tidak terlibat dengan sebarang penipuan kewangan. Jangan terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan dan pilihan berkaitan pelaburan tanpa perancangan yang teliti terlebih dahulu.
 
Berikut ialah amalan yang boleh anda gunapakai untuk membantu anda dalam mengurangkan risiko yang dihadapi:
- Jangan meminjam untuk melabur
- Jangan melabur hanya untuk mendapatkan pulangan yang tinggi dan cepat (contohnya skim cepat kaya)
- Jangan melabur dalam pelaburan berisiko tinggi kecuali anda sudah bersedia
- Jangan melabur berdasarkan 'hot tips' dan khabar angin
- Dapatkan maklumat daripada sumber yang dipercayai, seperti laporan syarikat, media, kursus dan seminar
 
dah penah join dulu ..
guna duit ptptn..
invest 2k..
Public China Ittikal Fund dgn
Public Islamic Asia Dividend Fund
3 tahun dpt semula 1.7k
beli china ittikal mase tuh taun 2008 dalam 20sen..
skrng boleh tgk tahun 2013 17sen..

Pelaburan yang x bijak ~X(
walaupun mase tu saya nih x pandai sgt ttg pelaburan..
tp saja nak cuba..

pendapat peribadi..
simpan kt tabung haji ..
puas ati lgi..

Saya boleh bantu utk cover blk kerugian tu insyaAllah. Selagi kita tak jual, kerugian kita cuma on paper. Kita boleh switch ke fund yang lebih agresif sekarang. Saham luar negara terutamanya dari China mmg agak merosot nilainya bukan hanya di Public Mutual, tp juga disemua dana unit amanah yang lain. So saya boleh proposekan dana tempatan yg paling stabil dan agresif sekarang. Saya boleh buktikan dengan financial report. Cuma switch semua dana tuan ke dana baru ni, insyaAllah segala kerugian boleh ditampung blk, plus profit.
 
Back
Top
Log in Register