BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peruncit, pemborong hadapi cabaran logistik tempuh peralihan Skim Pulangkan Bekas Minuman

adi19

Fun Poster
Messages
766
Joined
Oct 30, 2013
Messages
766
Reaction score
3
Points
25

Peruncit, pemborong hadapi cabaran logistik tempuh peralihan Skim Pulangkan Bekas Minuman​

screenshot_2026-07-07_073637.jpg

Minuman yang tertakluk di bawah Skim Pemulangan Bekas Minuman mula muncul di rak kedai runcit mulai Jun 2026, namun dalam kuantiti yang terhad. (Gambar: CNA/Koh Wan Ting)

SINGAPURA: Tiga bulan selepas Singapura melancarkan Skim Pulangkan Bekas Minuman (BCRS), sesetengah penjual minuman dan pemborong mendapati diri mereka terjerat dalam rangkaian logistik yang rumit melibatkan inventori lama dan baharu.

Sedang produk minuman baharu yang tertera tanda deposit semakin memasuki pasaran, syarikat-syarikat perniagaan tersebut menyatakan menguruskan dua barisan stok secara serentak mencetuskan kebingungan operasi dan bagi sesetengah kes, membawa kepada caj tambahan terhadap para pelanggan.

IKLAN

Bagi mengatasi kesulitan yang dihadapi semasa proses peralihan, beberapa firma memberitahu Mediacorp bahawa mereka menggunakan pelbagai strategi inventori, dengan ada yang bergantung kepada pemantauan secara rmanual untuk memastikan mereka tidak mengenakan bayaran tambahan secara tidak sengaja ke atas para pelanggan atau terlupa mengumpul deposit S$0.10 bagi setiap bekas minuman.

Menjelang penghujung tempoh peralihan skim tersebut, mereka berharap kebuntuan logistik dalam menguruskan dua laluan inventori yang berasingan dapat diselesaikan secara automatik, dan para kakitangan mereka menjadi terbiasa dengan proses baharu itu, kata para penjual dan pemborong minuman.

Skim tersebut kini berada di titik pertengahan tempoh peralihan selama enam bulan.

Mulai 1 Oktober, semua bekas minuman yang dijual di Singapura harus mengandungi tanda deposit.

Dilancarkan pada 1 April, BCRS adalah sebahagian daripada usaha Singapura untuk meningkatkan kadar kitar semula.

IKLAN

Para pengguna perlu membayar deposit S$0.10 yang kemudian akan dipulangkan bagi setiap pembelian minuman dalam botol plastik atau tin sebesar 150 ml dengan 3,000 ml, di mana bayaran deposit itu boleh didapatkan semula apabila bekas minuman kosong yang mengandungi tanda deposit dipulangkan ke dalam mesin kitar semula 'Return Right'.

Pemeriksaan di pasar raya, kedai serbaneka kecil dan gerai minuman mendapati minuman yang mengandungi tanda deposit sudah mula dijual, walaupun ia masih jarang ditemui.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan BCRS Ltd yang mengendalikan skim itu, menyatakan dalam satu jawapan bersama bahawa isu-isu masih dikenal pasti dan ditangani semasa tempoh peralihan.

"Sesetengah perniagaan yang kurang memahami keperluan BCRS mungkin melakukan kesilapan yang membawa kepada caj yang salah.

"Apabila dimaklumkan mengenai kejadian sedemikian, NEA mendampingi para peniaga untuk menjelaskan keperluan skim tersebut kepada mereka, memastikan bayaran deposit dikenakan dengan betul dan caj itu disampaikan dengan jelas kepada para pelanggan," menurut NEA dan BCRS Ltd.

IKLAN

"Sejauh ini, para peniaga yang sudah kami dampingi sudahpun memperbetulkan caj yang salah," sambil menambah ia menjangkakan kekeliruan yang berkurangan berhubung caj deposit apabila skim tersebut semakin dilaksanakan.

KEKELIRUAN MENGENAI STOK YANG BERCAMPUR-CAMPUR

Bercakap kepada Mediacorp, sesetengah pemborong berkata mereka sudah mengasingkan inventori baharu dan lama ke tempat penyimpanan berbeza, manakala kedai serbaneka kecil sama ada menangguh pengumpulan deposit atau menaikkan harga bagi produk-produk serupa demi memudahkan operasi.

Sungguhpun demikian, seorang pemborong sudahpun mengenal pasti kesilapan yang dilakukan oleh pekerjanya semasa tempoh peralihan.

Encik Abbas Ali, 25 tahun, pengarah pemborong minuman Arshad & Sons, berkongsi satu kejadian di mana seorang pekerja terlupa mengenakan caj deposit bagi produk dengan label BCRS ke atas para pelanggan, yang berharga S$2.40 bagi setiap karton berisi 24 minuman.

IKLAN

"Ia adalah jumlah kecil, cuma kita terlepas pandang," katanya.

Dengan berpuluh-puluh karton dipunggah bagi setiap penghantaran, para pekerjanya secara realistik tidak mampu memeriksa setiap satu daripadanya bagi tanda deposit, kata Encik Abbas.

Sedang lebih banyak produk memasuki pasaran dengan tanda deposit itu, ia menjadi semakin mencabar untuk memantau karton-karton yang perlukan caj tambahan.

Tidak seperti para peruncit, para pemborong tidak mempunyai sistem titik jualan (point-of-system) untuk mengimbas setiap produk satu persatu disebabkan oleh jumlah banyak minuman yang dijual.

Buat sementara waktu ini, syarikatnya membahagikan operasi kepada tiga unit penyimpanan untuk menyimpan produk-produk BCRS - kini terdiri daripada minuman Pokka - secara berasingan daripada stok-stok lama.

Encik Abbas berharap dapat menyatukan unit-unit tersebut apabila inventori sedia ada habis dijual.

 
Back
Top
Log in Register