BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peruncit mengaku kalah

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR - Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia membatalkan cadangan untuk memboikot penjualan gula yang sepatutnya berkuat kuasa kelmarin selepas kerajaan bersetuju melonggarkan syarat pemilikan lesen barang kawalan.

Pengerusinya, Lean Hing Chuan berkata, keputusan itu diambil petang semalam selepas mengadakan perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.

Turut terlibat ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pada pertemuan itu, kerajaan bersetuju menetapkan hanya satu lesen dikenakan kepada penjual kesemua barangan kawalan mulai Julai ini dan bukan lagi berasingan seperti sekarang.

"Jadi kami bersetuju untuk menjual gula semula, selepas mendapat jaminan kerajaan bahawa penggunaan lesen tersebut cuma sementara dan akan diberikan secara percuma," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
 
Dari apa yang aku paham berita nie kerajaan yang mengaku kalah bukan peruncit :-?:-?:-?
 
Back
Top
Log in Register