BTC USD 82,806.5 Gold USD 4,116.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

pertanian @ penternakan ?? mintak pendapat semua

apa plan sterusnya?....tanam jagung?...nie pon ok gak...

owh tidak atas sbb tiada pekerja yg akan uruskan .. pa yg sya planing akan wt 1 sistem siraman yg xperlukan byk tenaga manusia .. set up paiping n pump ..
 
Tumpang lalu sekejap. Aku pun minat jugak bab pertanian. Penternakan ni kureng sikit kecuali untuk buat geli-geli.
 
owh tidak atas sbb tiada pekerja yg akan uruskan .. pa yg sya planing akan wt 1 sistem siraman yg xperlukan byk tenaga manusia .. set up paiping n pump ..

mana ade pertanian yng tak memerlukan tenaga manusia yng bnyak..
klau tgk bgsa cha tu...tanah tu di gaul abis2 dgn baja taik ayam...
lps tu kasi kapur lps tu baru ditanam apa2..lps tu ini mcm :)cgrock:)cgrock:)cgrock


jgn jadi sekadar ala kadar aje...biasa bangsa kita nie ala kadar ajer buat..
 
Luas tanah 1.5 ekar... boleh la nak tanam pisang

800 pokok boleh muat tu. Jenis pisang yang dicadangkan bergantung kepada lokasi tuan di mana.

Low startup cost, low maintenance, return moderate

Pisang apa tu, encik?
 
apa yg tanam 30 hari dapat hasil ni? sayur-sayuran ke?

Serai
aku rasa serai ni x de masalah kot dari segi penjagaan dan serangga perosak. sebab, mak aku x beli serai ni, kalau nak wat tomyam ke, ape masakan yg nak guna serai ni, dia ambik je kat belakang rumah. x de pulak aku tengok mak aku siram, baja dan bagi racun serangga, cuma kadang-2 bila dah nampak semak sangat dia tebas-2 sikit daun tu. kalau ko rasa ko pemalas macam aku ni, ko tanam serai je, x perlu susah-2 nak pegi hari-2 utk baja, siram, nak tanam pun senang, campak je merata-rata kat tanah tu, tumbuh la dia. kalau ikutkan harga memang la murah, 4 sen sebatang, tapi 2 minggu lepas, harga serai naik 30 sen sebatang. campak serai, biarkan sebulan dua, pastu tuai. ekekeke. masa terluang tu boleh la wat keje lain.

kunyit, lengkuas, halia
ni satu lagi spesis tanaman yg x perlu pengjagaan yg rumit. kalau kunyit tu aku x pasti pasaran ok ke tidak, sebab sekarang ni semua dah guna kunyit debu segera. tapi lengkuas dan halia ok. ada pasaran. dari segi pengjagaan pun sama je cam serai, cuma waktu nak tuai tu kena gali-gali la sikit, berbanding dengan serai ko cantas jek.

tebu
ni juga makhluk yg x banyak songeh, tapi ada kerja sikit dari segi pengjagaan, iaitu kene cabut daun yg tua, kalau x cabut nanti pokok rosak, tumbuh anak pada batang. dari segi penyiraman hanya pada bulan pertama iaitu semasa anak baru tumbuh, lepas tu harap air hujan je cukup la. masa tuaian selepas 6 - 8 bulan. alang-2 ko tanam tebu ko beli je mesin tebu, pukul 2 hingga pukul 7 ptg ko lepak la tepi jalan. ini kene tengok rezeki gak, bergantung kepada port tempat ko jual air tebu. kisah benar dari penjual air tebu kat kampung aku ni dia dapat bersih rm 200 sehari. tapi kalau musim hujan income kurang la. ko kira la sendiri berapa sebulan income dia. income cantik, tapi kene tahan panas la. walaupun ada payung, bahang panas tu kuat. bukan senang nak senang.

keli
keli kat sini cadangan aku bukan utk ternak dan jual keli, tetapi keli sebagai hasil sampingan sahaja. tujuan sebenar keli dalah utk baja. kalau ko tanam cili. siram je dengan air kolam ikan keli. daripada ko beli baja berpuluh-puluh ringgit, kenapa x buat baja sendiri. kalau ikut testimoni pakcik aku, selepas dia siram guna air ikan, serai dia tanam dah jadi sebesar ibu jari kaki pun ada, betapa suburnya tanaman dia menggunakan baja semujadi ni. ada lagi kelebihan, keli tu pulak bila dah besar boleh la jual. dah jimat baja, dapat lagi duit hasil dari jual ikan pulak, serai pun makin subur. andaikata ko buat tanaman, x kira la sayur ke, cili ke, serai ke, buat la 3 - 4 kolam ikan keli.



idea2 yg bagus nie....:)paid:)paid
 
kalo nk pasang rumah mahal. membe aku beli 2nd pn dj belas ribu sbijik. tanam tebu pn ok tp kena maintain selalu. pisang pn ok. cme hasil makan masa skit la
 
kalo nk pasang rumah mahal. membe aku beli 2nd pn dj belas ribu sbijik. tanam tebu pn ok tp kena maintain selalu. pisang pn ok. cme hasil makan masa skit la

bagaimana kawalan perosak...nie kena tgk gak...kerbau pendek tu mmg kerja dialah mlm2 operasi..habis anak pisang malam2..
 
binatang nie mmg buat ramai yng pasrah dan menyerah dlm pertanian..

member aku kata....guna furandan...sembur kat sekitar2 pagar tu....mmg kerbau nie taktahan dgn bau nie...
 
Back
Top
Log in Register