BTC USD 81,600.8 Gold USD 4,024.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

pertanian @ penternakan ?? mintak pendapat semua

bdk nakal

Fun Poster
Messages
966
Joined
Apr 7, 2008
Messages
966
Reaction score
3
Points
15
di sini aku nk mntk pendapat dari semua berkenaan tajuk di atas..
aku da 2 bidang tanah ( 120 x 50 ) meter = 6000 meter pesegi ,, yg aku rasa perlu diusahakan agar menjadi komersil .. jadi aku nk mntk pendapat pertanian pa yg kos rendah dan risiko pun rendah @ penternakan pa yg sesuai .. tp aku lbh suka pertanian atas sbb tanah dlm kampung ... klau penternakan pn mgkn yg dlm tangki @ kanvas ..

ni pa yg bermain di kepala aku ...

- nk tanam cili @ halia @ ,, atau pa2 yg lain yg korang cadangkan ..

-penternakan plk aku rasa mcm xda idea ..

jadi aku harap smua dpt la membantu ...
 
bro..ak ade idea menarik utk ko...memandangkan ak pon baru balik drp kursus keusahawanan...
 
bagus juga ada soalan camni,
aku pun baru dapat tanah 1 ekar ,tapi tatau nak wat pe
 
buat belut bro..ada potensi..tapi benih plak payah..
pertanian lak..buat timun batang ke..cepat dapat hasil..30 hari je..
 
buat belut bro..ada potensi..tapi benih plak payah..
pertanian lak..buat timun batang ke..cepat dapat hasil..30 hari je..

pasaran belut mcm mna ??

timun batang ??? mcm mna tu .. xsama dgn timun biasa ke ???
 
boleh..berkongsi idea...bnyk cabang..janji dpt khidmat nasihat terbaik..dngn market ade...msti jadi la =)
 
sama je..tanam 30 hari..tuai hasil 30 hari...
pasaran kalau kat kelantan xde masalah..
tak tau plak luar kelantan mcm mana..
 
sama je..tanam 30 hari..tuai hasil 30 hari...
pasaran kalau kat kelantan xde masalah..
tak tau plak luar kelantan mcm mana..

apa yg tanam 30 hari dapat hasil ni? sayur-sayuran ke?

Serai
aku rasa serai ni x de masalah kot dari segi penjagaan dan serangga perosak. sebab, mak aku x beli serai ni, kalau nak wat tomyam ke, ape masakan yg nak guna serai ni, dia ambik je kat belakang rumah. x de pulak aku tengok mak aku siram, baja dan bagi racun serangga, cuma kadang-2 bila dah nampak semak sangat dia tebas-2 sikit daun tu. kalau ko rasa ko pemalas macam aku ni, ko tanam serai je, x perlu susah-2 nak pegi hari-2 utk baja, siram, nak tanam pun senang, campak je merata-rata kat tanah tu, tumbuh la dia. kalau ikutkan harga memang la murah, 4 sen sebatang, tapi 2 minggu lepas, harga serai naik 30 sen sebatang. campak serai, biarkan sebulan dua, pastu tuai. ekekeke. masa terluang tu boleh la wat keje lain.

kunyit, lengkuas, halia
ni satu lagi spesis tanaman yg x perlu pengjagaan yg rumit. kalau kunyit tu aku x pasti pasaran ok ke tidak, sebab sekarang ni semua dah guna kunyit debu segera. tapi lengkuas dan halia ok. ada pasaran. dari segi pengjagaan pun sama je cam serai, cuma waktu nak tuai tu kena gali-gali la sikit, berbanding dengan serai ko cantas jek.

tebu
ni juga makhluk yg x banyak songeh, tapi ada kerja sikit dari segi pengjagaan, iaitu kene cabut daun yg tua, kalau x cabut nanti pokok rosak, tumbuh anak pada batang. dari segi penyiraman hanya pada bulan pertama iaitu semasa anak baru tumbuh, lepas tu harap air hujan je cukup la. masa tuaian selepas 6 - 8 bulan. alang-2 ko tanam tebu ko beli je mesin tebu, pukul 2 hingga pukul 7 ptg ko lepak la tepi jalan. ini kene tengok rezeki gak, bergantung kepada port tempat ko jual air tebu. kisah benar dari penjual air tebu kat kampung aku ni dia dapat bersih rm 200 sehari. tapi kalau musim hujan income kurang la. ko kira la sendiri berapa sebulan income dia. income cantik, tapi kene tahan panas la. walaupun ada payung, bahang panas tu kuat. bukan senang nak senang.

keli
keli kat sini cadangan aku bukan utk ternak dan jual keli, tetapi keli sebagai hasil sampingan sahaja. tujuan sebenar keli dalah utk baja. kalau ko tanam cili. siram je dengan air kolam ikan keli. daripada ko beli baja berpuluh-puluh ringgit, kenapa x buat baja sendiri. kalau ikut testimoni pakcik aku, selepas dia siram guna air ikan, serai dia tanam dah jadi sebesar ibu jari kaki pun ada, betapa suburnya tanaman dia menggunakan baja semujadi ni. ada lagi kelebihan, keli tu pulak bila dah besar boleh la jual. dah jimat baja, dapat lagi duit hasil dari jual ikan pulak, serai pun makin subur. andaikata ko buat tanaman, x kira la sayur ke, cili ke, serai ke, buat la 3 - 4 kolam ikan keli.
 
Back
Top
Log in Register