ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Kuala Lumpur: Rakyat Malaysia berpeluang menamakan anak panda yang dilahirkan baru-baru ini dalam pertandingan yang diadakan tidak lama lagi.
Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly@Rahmat Ahmat Lana berkata, pertandingan itu dijangka diadakan tiga bulan dari tarikh anak panda itu dilahirkan pada 18 Ogos lalu.
Beliau berkata, Zoo Negara sudah mengadakan mesyuarat dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang meluluskan penganjuran pertandingan tersebut.
"Keputusan menganjurkan pertandingan itu untuk menarik sebanyak mungkin penyertaan masyarakat di seluruh negara," katanya.
Anak panda itu dilahirkan panda gergasi betina bernama Liang Liang yang dipinjamkan kerajaan China kepada Malaysia bersama seekor lagi panda gergasi jantan, Xing Xing, bagi tempoh 10 tahun bermula 2014.
Mengulas keadaan anak panda itu, Rosly berkata, ia berada dalam keadaan sihat dengan penambahan berat 15 gram kepada 190 gram.
"Semalam, pihak veterinar mengasingkan anak panda itu untuk mengambil berat serta mengukur panjangnya yang berubah cuma berat, panjangnya masih sama," katanya.
Dalam pada itu, katanya Malaysia akan memohon untuk melanjutkan tempoh anak panda itu berada di negara ini kepada empat tahun berbanding dua tahun yang ditetapkan dalam perjanjian dengan China.
"Perkara ini mungkin mustahil, namun kami tetap menghantar permohonan bagi mendapat kebenaran untuk lanjutan itu, ia juga memberi peluang rakyat Malaysia melihat anak panda itu lebih lama," katanya. - BERNAMA
Source: http://www.hmetro.com.my/node/72769
Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly@Rahmat Ahmat Lana berkata, pertandingan itu dijangka diadakan tiga bulan dari tarikh anak panda itu dilahirkan pada 18 Ogos lalu.
Beliau berkata, Zoo Negara sudah mengadakan mesyuarat dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang meluluskan penganjuran pertandingan tersebut.
"Keputusan menganjurkan pertandingan itu untuk menarik sebanyak mungkin penyertaan masyarakat di seluruh negara," katanya.
Rosly berkata, bagaimanapun syarat penyertaan hanya diumumkan selepas mengambil kira keadaan dan kesihatan anak panda itu apabila ia boleh dikunjungi di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) nanti. Anak panda itu dilahirkan panda gergasi betina bernama Liang Liang yang dipinjamkan kerajaan China kepada Malaysia bersama seekor lagi panda gergasi jantan, Xing Xing, bagi tempoh 10 tahun bermula 2014.