BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pertahan warisan baba, nyonya

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Rais Yatim (dua dari kiri) membaca buku mengenai sejarah Baba Nyonya semasa mengadakan lawatan ke Muzium Baba Nyonya di Jalan Tun Tan Cheng Lock, Melaka, semalam. BERNAMA​

MELAKA 13 Ogos - Jabatan Warisan Negara akan terus memainkan peranan sebagai agensi kerajaan yang mempertahankan budaya dan sejarah pelbagai masyarakat di negara ini termasuk baba dan nyonya agar ia tidak sesekali dilupakan generasi akan datang.

Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, persamaan budaya baba dan nyonya dengan budaya Melayu yang melambangkan keharmonian pelbagai kaum di negara ini perlu dikekalkan supaya generasi masa depan mengenali masyarakat itu.

Katanya, rakyat tidak seharusnya melupakan sumbangan dan peranan masyarakat baba dan nyonya di Malaysia yang mengekalkan amalan budaya dan warisan yang selari dengan masyarakat Melayu.

“Untuk itu, kita perlu terus menghidupkan amalan masyarakat baba dan nyonya yang selari dengan Melayu antaranya mengingati persahabatan menerusi bau-bauan bunga rampai, pantun dan nyanyian, budi bahasa yang sekarang kita lihat semakin hilang dalam masyarakat kita selain pakaian yang melambangkan ciri-ciri masyarakat itu seperti kebaya.

“Kita sebagai rakyat Malaysia juga perlu menerima hakikat budaya dan amalan kaum Cina dan Melayu ini bergerak seiring dengan kedatangan Laksamana Cheng Ho ke Melaka dan agihan budaya yang hampir sama itu sangat harmoni tetapi sukar dinukilkan ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Muzium Warisan Baba dan Nyonya di Jalan Tun Tan Cheng Lock di sini hari ini bagi melihat sendiri budaya dan sejarah masyarakat itu di negeri ini selain membincangkan program berkenaan dengan keluarga keturunan itu.

Bagi merealisasikan usaha mempertahankan budaya masyarakat itu, Rais berkata, satu program yang dinamakan Sepetang Bersama Masyarakat Baba dan Nyonya bagi memperlihatkan budaya masyarakat itu kepada orang ramai khususnya generasi muda akan diadakan di ibu negara pada Oktober atau November depan.

Menurut beliau, program yang mengumpulkan seramai mungkin masyarakat baba dan nyonya itu antara lain bakal mengimbas zaman lampau dan masa kini masyarakat tersebut termasuk memberi pemahaman budaya, amalan dan warisan mereka.

“Sempena program itu, kita akan menggalakkan penulis dan pelukis menghiasi petang tersebut dan kita akan adakan pameran lukisan mengenai baba dan nyonya. Selain itu, kita cari mereka yang mahir menyanyikan dondang sayang dan berpantun.

“Muzium Warisan Baba dan Nyonya di sini juga akan memainkan peranan utama dalam memberikan cerita mengenai masyarakat itu pada program berkenaan,” katanya.

Menurut Rais, Jabatan Warisan Negara juga akan meninjau kehidupan masyarakat baba dan nyonya di negeri ini serta di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Singapura dan Indonesia terutamanya dalam mempertahankan warisan mereka seperti pantun, nyanyian dondang sayang dan pakaian kebaya.
 
baba nyonya yang betul boleh bercakap bahasa melayu dgn baik..
 
Back
Top
Log in Register