Artikel yg panjang lebar awal2 tu mayb ada kebenarannya jgk..aku pun setuju. Kalau btol caranya,
aku sendiri pun nak naikkan barangan buatan orang kita sendiri kan..tolong orang kita, majukan
industri negara kita.
Tapi, masalah ini bersangkutan dgn orang kita sendiri jgk..mayb dgn pihak pemerintahan negara
kita sendiri jgk, pihak pengurusan proton itu sendiri jgk. Kalau nak dikatakan ramai bekas2 staff
proton join pengeluar keta lain, manager2 dan orang yg expert la kot. Kenapa mereka keluar proton
dan join kompeni lain? Adakah sebab gaji semata2? atau ada sebab2 lain yg tidak ketahui. Tapi,
masakan mereka sendiri tidak ditanam dgn mentaliti utk tolong majukan bangsa, negara dan agama.
Pasti mereka sendiri ditekankan dgn arah tuju proton dan sasaran yg lebih jelas drpd kita yg berada
luar drpd proton ini. Tapi, kenapa mereka sendiri berpaling dan meninggalkan proton. Mesti ada
sebab musabab yg menyebabkan mereka mengambil tindakan tersebut.
Apa2 pun, perkara ini haruslah dimulakan oleh mereka2 yg mempunyai kuasa utk menjalankan apa
yg mereka sasarkan. Maksud aku, mayb kerajaan dan pihak pengurusan proton itu sendiri. Cth paling
mudah, semuanya guna kereta proton. Kalau nak guna kereta lain sebagai keta 2nd, ok laa.
Tapi, ini semua berkaitan dgn naluri manusia. Sape nak beli dan pakai sesuatu yg tak elok, tak berkualiti
dan lebih2 lagi mendatangkan masalah kan? Sama kes kalu kita gi kedai baiki keta..kita gi workshop
melayu, katakan baiki mcm cikai jer. Kita pun mesti tak puas hati kan? masalah tak selesai..masa abis,
duit abis. So, mesti la kita cari kedai lain yg lagi bagus..mayb kedai cina la kot biasanya. Mmg dah naluri
semulajadi manusia macam tu. Tiada siapa boleh nafikan tu..
Jadi, sebaiknya aku rasa. Sehingga la proton boleh mengubah tanggapan kebanyakan org ramai mengenai
kereta proton yg berkualiti rendah, sehingga saat itulah baru orang2 mesia ni akan sedikit demi sedikit
berubah tanggapan dan menerima kereta buatan orang kita ini.
Sekadar pandangan peribadi..aku pakai keta mcm kt avatar aku tuh. Pueh hati lagi setakat ni!