BTC USD 63,787.9 Gold USD 4,466.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

persoalan tentang proton

StanNero

Super Active Member
Messages
7,436
Joined
Mar 12, 2006
Messages
7,436
Reaction score
164
Points
73
Ni ada sorang hamba Allah yg nak menjawab persoalan2 yg dilontarkan
terhadap proton, up to u to believe it or not..



Assalamualaikum,

Yang ni saya kena jawab la sebab banyak sangat misinformation.
Biasanya information yang berpindah dari satu mulut ke satu mulut
yang lain akan berubah menjadi sensasi. Itu lah masyarakat kita. Kita
bukan mendapat firsthand info tapi berdasarkan cerita yang
telah ditokok tambah. Ini dia cerita dari orang dalam
yang duduk ditengah-tengah R&D PROTON.

"Saya ada kenalan dari kastam boleh confirmkan
perkara ni.. member saya kerja kastam kat kelang dan
beliau sendiri yang maklumkan yg salah satu tugas dia
adalah buat checking penerimaan barangan proton untuk
di pasangkan di negara ni. Satu kontena enjin je..
manakala kontena lain adalah pintu, body dan
sebagainya. sama lah dengan kereta lain juga."

Kalau kita lalu kat kawasan glenmarie tu, akan
ternampak lah satu tanda... Kilang Enjin Proton. Tanda
tu tak duduk kat situ untuk suka suka je. Kalau kita
jengok kat dalam.... Boleh nampak besi cair yang
dituang kedalam acuan untuk membuat enjin block.
Memang proton ada mengimpot enjin tapi dari kelas 1.2
dan 2 liter. 1.2liter untuk Savvy (enjin Renault) dan
2.0liter untuk Perdana. Tapi untuk enjin 1.3, 1.5, 1.6
proton buat sendiri. Untuk pintu pulak... hanya
kereta-kereta Perdana sahaja yang proton beli pintu
dari Mitsubishi. For your information, Untuk membuat
pintu sahaja memerlukan dekat 20 acuan. Bayangkan lah
4 pintu. Modal itu shaja sudah hampir RM50 juta. So
untuk kereta yang volume kecil, kita beli dari luar.
Untuk kereta Isawara, Wira, Waja, Gen2, Savvy... 100%
body dibuat di Malaysia.

"Bayangkan dah 20 tahun menanti kereta Malaysia yang sebenarnya tak
keluar-keluar lagi. Bagi yang berkemampuan sudah tentu tak mahu
menggunakan injin kenderaan berteknologi 70an, 80an dan 90an yang
diubahsuai. Sudah tentu ramai nak teknologi terkini
dan sebenarnya milik kita. Secara umumnya proton masih
belum ada enjin sendiri lagi.. jadi adalah sukar
hendak dikatakan kalau ianya adalah kereta Malaysia
yang sebenarnya. Pengeluaran kenderaan adalah
berdasarkan injinnya barulah boleh dikatakan ianya
kenderaan negara sebenarnya."

Disini lagi ada misinformation. Memang untuk kereta
Perdana kita impot enjin dari Jepun. Untuk Savvy kita
gunakan enjin Renault. Untuk Isawara, Wira dan Waja
kita buat enjin di Malaysia walaupun design original
dia dari Mitsubishi. Tapi enjin Gen-2 adalah enjin
terkini yang direka oleh jurutera Proton dan dibina di
Malaysia. Enjin tersebut menggunakan teknologi
terkini. Jadi kenyataan diatas agak menyesatkan
sedikit. Naza, Perodua.... Masih lagi membawa enjin
dari luar. Modal untuk mereka dan mengeluarkan enjin
ni amat besar. Nak dapat return pun bukan nya sekejap.
Tapi demi maruah dan kemajuan, kita korbankan
keuntungan jangka pendek. Selagi kita tidak
mengeluarkan enjin sendiri.. selagi itu kita tidak
tahu. Sekarang kita telah pun mengeluarkan enjin
sendiri... orang masih tidak percaya. Itu lah masalah
orang kita... memandang rendah kebolehan anak negara
sendiri.

"Selama ini proton bergantung kepada Mitsubishi
sebagai rakan teknikal. Oleh kerana kontrak selama 20
tahun telah tamat. Maka proton terpaksalah mencari
rakan teknikal yang baru dan bermulalah masalah
melanda proton. Sudah tentu rakan teknikal baru tidak
mahu meneruskan rekaan dan teknologi mitshubishi
lagi. So apa kan jadi pada kereta proton yang ada
sekarang ni untuk masa akan datang."

Tidak wujud kontrak 20 tahun dengan Mitsubishi. Mereka
adalah rakan kongsi. Bertahun tahun kita berkerjasama
dengan Mitsubishi tetapi teknikal apa yang mereka
turunkan. Kalau kita pernah berkerja dengan orang
Jepun atau Korea, mereka inilah yang paling kemut
ilmu. Tapi bab nak korek ilmu kita, dia orang rajin
habis.Korang jangan terkejut bila saya cakap yang idea
kita pun banyak yang Jepun curi. So bila kita mula
menuntut teknologi baru dari mereka... mula lah nak
caj dan nak ikat royalti yang tak munasabah. Nak
mintak copy teknikal drawing zaman dulu sekeping pun
dia orang caj beribu ribu. Mulalah kita pandang
teknologi dari barat dan teknologi sendiri. Sebab itu
kita beli Lotus.. Kita ignore Jepun. Bila kita design
sesuatu yang lebih baik... laju je dia orang hantar
balik information ke Mitsubishi. Last-last kita pun
mula bersikap secrecy dengan dia orang... lama lama
diaorang fed up dan mintak keluar. Lagi pun dia orang
dah nampak afta nanti dia orang akan masuk balik ke
Malaysia.

Perodua... kenapa daihatsu/toyota memberi enjin latest
dia orang.... Sebab Perodua tu 100% milik
Toyota/Daihatsu. Dah lama UMW menjual saham dia orang
kepada Jepun. Proton.... Milik Malaysia.

"Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu yang
proton yang digunakan pakai sekarang adalah barangan
Mitshubishi. Samalah seperti kereta lain.. tukar
lambang je.."

Inilah susah orang kita ni.... Banyak mendengar cerita sensasi yang
banyak ditaruk banyak rempah ratusnya.... . Memang pada mulanya kita
belajar... selepas itu kita buat sendiri.Saya adalah seorang
yang terlibat dengan kerja kerja tersebut.

Saga - base dia Lancer lama. Kita Cuma tukar depan dan belakang
sikit.

Iswara - base Saga, kita mula belajar untuk design
kereta sendiri. Masa ni Mitsubishi dah tak berapa
setuju bila kita menubuhkan R&D. So kita menggunakan
khidmat penasihat dari UK.

Wira - Disini berpuluh puluh designer dan engineer
Proton dihantar ke Jepun untuk kerjasama design kereta
baru. Proton dan Mitsubishi kongsi modal. Hampir 2
tahun kami disana. Bahagian tengah dikongsi bersama.
Depan dan Belakang, design asing-asing. Lampu depan
dan belakang share sebab nak kurang kan cost. Hasilnya
Proton Wira-Mitsubishi Lancer.

Orang akan kata hah kongsi je sebab tak tahu buat
kerja.... Tapi ada orang kata apa apa bila Ford dan
Mazda berkongsi bahagian tengah? Ford Laser dan Mazda
323 adalah kereta yang sama. Ada orang komplen? Bila
orang Malaysia yang buat begitu... orang Malaysia
sendiri yang nak mengutuk. Tak ramai yang tahu seksa
bekerja kat Jepun sebab dia orang suka curi idea.
Bayang kanlah semasa kami design dashboard untuk
Wira... masa tu Mitsubishi sudah pun siap soft tooling
mould untuk dashboard kereta dia... Bila mereka tengok
dashboard Proton, Mereka sanggup letak designer dia
depan design kita untuk mengubahsuai kembali rupa
bentuk dashboard mereka. Kalau kita pernah tengok
dashboard mitsubishi lancer... hampir samakan. Itu
mereka yang meniru bukan kita. Ianya menunjukkan kita
bukan tak pandai... Cuma masyarakat sendiri berfikiran
macam itu.

Perdana - untuk membuat satu satu design bukannya
murah. Nak balik modal pun lama. Jumlah kereta yang
dijual pun kena banyak. So kalau nak buat Perdana....
Sampai habis pun tak balik modal. So yang ni memang
kita ambil kereta dari mitsubishi dan pasang di
Malaysia. Cuma kita tukar depan dan belakang, dan
bahagian dalaman.

Tiara - Tiara adalah bukan product Proton. Ia adalah
keluaran DRB. Tapi kita kena tunduk dengan arahan dari
atas untuk mereka menggunakan lambang Proton.

Waja - Waja adalah permulaan kita untuk menunjukkan
kita mampu melakukan kerja sendiri. 100% didesign
orang orang kita. Tapi untuk kejuruteraan kita
memerlukan consultant dari luar.. mainly dari Eropah
dan Amerika. Bukan sebab tak pandai tapi kita tak
cukup kakitangan. Nak design kereta bukan seperti
menjahit baju. Kebaikan dari mengambil consultant dari
luar memang membuka mata kita... kita adalah setaraf
dengan kebolehan mereka. Nak design kereta ni
memerlukan beratus ratus kakitangan. Bukannya sedikit.

Gen2 - 100% didesign oleh orang kita. Consultant dari
luar hanya sedikit sebab kakitangan kita semakin
ramai. Kita mula menggunakan enjin yang didesign
sendiri.

o Savvy - 100% dedesign sendiri. Cuma enjin sahaja
kita menggunakan Renault sebab kita tidak ada enjin
bersaiz kecil. Well.... Kehebatan enjin Renault sudah terbukti bila
mereka memenangi F1. Disin banyak berita palsu disebarkan oleh mereka
yang tidak bertanggung jawab.Contohnya. .. Savvy adalah Tiara dan
menggunakan chasis Tiara lama. Savvy tidak ada kena mengena dengan
Tiara. Savvy adalah baru, 100%. Tidak ramai yang tahu
bahawa Savvy menggunakan HTHS steel (High Tensile High
Strength Steel). Sebab tu body Savvy kuat. Memang ada
terpampang kereta Savvy kemek kerana accident. Well...
kereta mercedes, volvo, BMW pun kemek bila accident.
Tapi tak ramai yang tengok keadaan dalaman Savvy yang
accident tu... In fact. Kukuh. Saudara saudari... Bila
kita design kereta ni.. yang paling penting adalah
keselamatan penumpang. Memang kereta didesign untuk
crumple bila ada impact. Itu untuk menyerap daya
hentakan supaya bukan manusia yang menerima hentakan
kuat. Rating TUV Germany memberikan 3 star untuk
Proton. BMW 5 series pun dapat 3 star. Ramai yang kata
Savvy ni tak sedap bila memandu. Tapi tanyalah yang
bercakap tu... adakah mereka pernah memandu Savvy.
Kebanyakan nya tidak. Hanya mendengar dari orang lain.

Lain lain - Ada banyak lagi yang saya tak boleh cerita
sebab ada secrecy act. Proton pun ada design kereta
untuk company lain dan ada membuat part untuk company
lain. Proton ada juga buat reverse engineering untuk
motosikal lumba (tahun tu dia champion) tapi kita
tidak boleh menceritakan sebab dasar secrecy kita.
Mungkin sesetengah orang yang memakai certain kereta
mewah tidak tahu yang part kereta mereka dibuat di
proton. Kalau Proton tak elok... masakan mereka
mengkontrakkan proton untuk membuat kereta mereka.

"Berbalik kepada masalah yang sedang dihadapi oleh
proton. Kenapa ianya harus berlaku perkara sebegini.
Apakah yang sebenarnya telah berlaku dan dibuat oleh
proton dalam masa 20 tahun untuk membina kenderaan
nasional sendiri. Memang ada R&D proton cuba
mendapatkan struktur dan bahan-bahan untuk membuat
injin tapi gagal mendapatkan resepinya."

Proton memang dah ada enjin sendiri. Yang
terpasang dekat Gen-2 tu apa dia. Bab-bab bahan untuk
membuat enjin tu senang je. Kebanyakan pengeluar
kereta menggunakan besi yang sama sebab pengeluar besi
dalam dunia ni bukan banyak. Kita Cuma bagi
specifikasi je. Nak design enjin tu yang susah.
Transmition yang paling susah. Untuk info lah... kami
masih lagi dalam proses untuk mereka cipta transmition
sendiri. Bukan macam nak buat karipap tau.

"Penubuhan proton sejak 20 tahun yang lampau tidak
mencapai objektif yang sebenarnya. Dimana silapnya?
Berapa ramaikah yang tahu bilakah ilham proton ini
sebenarnya timbul dan berapa lamakah usaha dilakukan
bagi membolehkan impian ini tercapai."

Mungkin ramai yang mengganggap hanya seorang perdana
menteri sahaja terlibat. Cuma pada zaman Tun M baru persetujuan dapat
dicapai setelah Mitshubishi bersetuju menjadi rakan teknikal dengan
bersyarat. (syarat ni tak bolehlah diberi tahu.. sebab ianya
adalah OSA)

Penubuhan Proton lebih mencapai objectif nya. Pada
mulanya Proton hanya di rancang untuk membuat kereta
bukan untuk merekacipta kereta. Kita menubuh R&D,
Mitsubishi tidak setuju. Ye la... siapa nak bagi kita
pandai kan. Cuba check dekat Perodua, berapa ramai
jurutera dari Proton bekerja dekat sana, Head of R&D
Perodua...bekas Proton, Head of Styling...bekas
Proton, Head of Planning...bekas Proton, Head of
Production.. .bekas Proton (rasa-rasanya dah kena kebas
dekat Naza), Head of Engineering Services...bekas
Proton. Ratarata mereka yang senior dekat sana dari
proton. We trained them... orang lain ambil cara
senang je.

Naza pulak.. Head of R&D....bekas Proton. Head of Production.. .bekas
Proton. Honda pun ramai bekas Proton, DRB Pekan... Head dia pun bekas
proton, Inokom... head dia pun bekas proton. Itu kira head
je...bukan lagi kira engineer dan designer. So it
meets its objective untuk memajukan orang-orang kita.
Mainly orang Melayu. Naza sendiri tidak menyangkal
kereta Naza mainly didevelop oleh bekas kakitangan
Proton. So... orang Proton tak bagus?

Kita belum lagi kira bekas pekerja proton yang diambil
oleh consultant luar negara... dari America, Eropah
sampai ke Jepun.Tau tak kita kakitangan Proton telah memenangi
pertandingan mereka design kereta anjuran Ford. Beliau mendapat
tempat pertama. Bukan bertanding diperingkat Malaysia. Tapi di
peringkat antarabangsa. Memang beliau mendapat tawaran kerja dari
syarikat kereta gergasi Amerika dan Eropah. Tapi kami tabik
bila dia decide nak stay dekat Malaysia sebab taknak
anak-anak membesar dinegara lain. Ada orang tau...?

"Selama 20 tahun proton pergantung kepada pemerintah
yang sepatutnya telah boleh berdiri dengan sendirinya
sekarang ini selepas perjanjian tamat. Ibarat kata..
berapa lama perlu bergantung.. tak kan dah 20 tahun
nak merangkak lagi.. nak tambah masa untuk merangkak
lagi.. so bila lak nak belajar berdiri dan berjalan
sendiri tanpa dipimpin lagi..sebab tu exPM kata..
kalau dah tak boleh tutup aja..."




Proton boleh menjadi lebih baik kalau tidak ada
tanggung jawab kepada negara. Senang aja... buang
sahaja pengeluar-pengeluar yang bermasalah. Tapi apa
akan jadi dengan ekonomi. Itu tanggungjawab Proton
untuk negara. Bayangkanlah penjanaan ekonomi proton
untuk negara... berapa banyak kaki tangan Proton...
8000. Berapa banyak kakitangan syarikat yang secara
lansung untuk membuat part Proton...100, 000 orang.
Berapa banyak bank dapat untung, berapa banyak
syarikat bumiputra yang naik? Bayangkanlah kami boleh
membantu sedangkan polisi kerajaan tidak membantu.
Cuba ingat sebelum timbulnya proton. Berapa banyak
wakil jualan bumiputra untuk kereta toyota, nissan,
honda? 0... Kosong.

Mengenai masalah AP pulak perkara tu bukan perkara
baru. Mungkin ada yang tak tahu yang proton juga
mendapat AP. Kalau tak.. sure harga kereta proton tak
serendah sekarang ini. Tak percaya boleh check duti
import yang dibayar untuk sebuah kereta proton. Nak
check duti import tak susah sgt.. cuma bandingkan
harga kereta proton di kawasan bebas cukai.

Kita memang tak payah bayar duti impot sebab kita buat
kereta kat dalam Malaysia. Tapi tetap kena cukai. Kita
tak ada AP. Yang Proton kecewa kenapa terlampau banyak
AP dikeluarkan. Lepas tu sebijik-sebijik kerajaan kena
tipu. Bayangkan lah kalau kereta KIA yang dibawa masuk
ke Malaysia... harga yang di declare adalah RM8000.
Tak masuk akalkan bila kastam approve benda ni. Paling
murah kereta yang pernah dibuat adalah dalam dunia ni
adalah lebih kurang RM18,000. Itu baru bahan bahan
dia. Belum lagi kira cost modal acuan, cost tenaga
kerja, cost R&D. Bayangkan lah banyak mana kerjaan
rugi pada cukai. Bayangkanlah banyak mana Naza untung.

Dasar Automotif Negara di perlukan bagi meneruskan
perjuangan yang belum tercapai disamping menjaga serta
melindungi pemilik kereta proton sekarang ini. sejauh
mana boleh bertahan tak tahula..kalau tidak akan
bertimbunlah bakal besi buruk bila tiada lagi
sparepart proton (asalnya milik Mitsubishi) dan akan
timbulah barangan made in Jinjang atau sewaktu
dengannya.

Saudara... Dalam banyak banyak negara pengeluar
kereta, Malaysia lah yang paling kurang memprotect
industry automotive mereka. Rakyat Malaysia juga lah
yang paling tidak patriotik dalam hal-hal kereta ni.
Walaupun kita telah merdeka, minda kita tetap diajar
barangan lain lebih elok dan tidak membantu barangan
sendiri. Saya ambil contoh... Thailand membuka pintu
mereka untuk industri automotif... tapi ada syarat.
Kereta yang dibina di Thailand harus lah di export
keluar lebih dari yang dijual dalam negara nya.
Korea... cuba pergi ke Korea dan lihat sendiri disana.
Nak cari kereta yang bukan dari Korea...susah.
Sebabnya...

1. memang mereka patriotik.
2. Cuba pakai kereta import... Lembaga Cukai mereka
akan menyusahkan pembeli kereta tu. Sebab kata mereka
tentu banyak duit.

Jepun... Semasa mereka belajar membuat kereta hampir
80 tahun dulu... nak naik bukit pun boleh undur (baca
sejarah toyota), tapi rakyat mereka tetap bangga dan
tetap membeli. Cuba kat Malaysia.... Kutuk lagi ada.

Saudara semua... kejayaan sesuatu project negara
bergantung kepada sokongan dari rakyat sendiri. The
more people buy, the cheaper things can be. Economic
of scale lah tu. Lagi banyak dijual, lagi rendah cost
pembalikan modal untuk setiap kereta. Nak buat sebijik
kereta hampir 1 billion cost dia. Macam mana nak balik
modal kalau kita tak ambil untung. Kilang enjin lagi
mahal... tapi kita korbankan keuntungan kerana kalau
kita dok asyik beli enjin dari luar, masa mana kita
nak belajar dan maju. Proton baru 20 tahun. Korea
mengambil masa 40 tahun untuk kereta dia tiba ditahap
ini. Jepun sudah 80 tahun, Barat sudah 100 tahun. Ini
industri kereta. Kalau orang suruh kita fikir nak buat
plastik aiskrim tu pun majority kita tak boleh. Ini
kereta. So yang mengutuk tu... fikir. Lagi banyak kita
jual, lagi murah kita boleh jual... lagi banyak duit,
lagi baik pembangunan yang kita boleh buat. Setiap
test dan setiap bahan baru yang nak direka memerlukan
wang yang banyak.

Masalahnya sekarang siapakah yang bakal atau boleh
dijadikan rakan teknikal. Walau pun volkswagen nak join
ngan proton tapi persoalannya boleh ke..?

Kenapa..saya kata macam tu..sebab Volkswagen ni guna
euro. Sudah tentu la harga kereta proton pada masa
akan datang lebih mahal lagi. (salah satu sebab isu AP
keluar) Nak mohon Nissan atau Honda atau Toyata jadi
rakan teknikal memang agak sukar.

Errr.... Ini kita bagi hint sikit sebab teruk sangat
dah ni. Kita tengah develop kereta dengan VW. Sebab tu
kita jangan dengar saja orang cakap.

Kalau semua AP ditarik balik lagi banyak masalah akan
timbul.. salah satunya adalah AFTA. Mampukah negara
kita membayar ganti rugi kepada negara lain yang telah
melaksana AFTA. Mungkin ada yang tak sedar yang negara
kita telah membayar ganti rugi RM billion sebab
menangguh perlaksanaan AFTA sebelum ni kapada negara
Asean yg berkaitan.

Memang kita akan kena penalti sebab ada
perjanjian AFTA. Tapi bukan kita nak tarik AP macam tu
aja. Jalan penyelesaian masih ada. Kalau negara lain
boleh ada polisi dia orang yang membantu industri
kereta mereka... kenapa kita tidak boleh. Kerana AP
China boleh mengeksport kereta mereka ke Malaysia
(kereta Chery hampis masuk), tapi polisi China masih
lagi tidak membenarkan kereta kita masuk kesana.
Memang dia kata boleh masuk tapi dah 5 tahun mencuba
pun belum dapat kelulusan lagi. Banyak syarat lagi.
India... nak masuk kesana kena letak deposit USD200
Million. Belum lagi nak set up kilang dan
infrastruktur jualan. Cuba masuk kat Korea... Kita nak
jual kain kita kat sana pun diaorang tak nak beli
walau pun kualiti kita bagus. Kuat nya patriotik
diaorang. Kita... apa yang nama lain selain dari
barang sendiri mesti bagus punya.

Bagi yang nak membandingkan kereta kita dengan kereta German....
Bukan tak boleh buat. Boleh... tapi sanggup ke bayar harga kereta
German
untuk kereta buatan Malaysia.

Naza yang rata rata import kereta Cuma tukar
bumper pun boleh jadi taraf kereta nasional. Perodua
yang tak pernah design kereta sendiri (cuma design
bumper depan belakang) pun dapat taraf kereta
nasional... Proton sekurang-kurangnya telah mendidik
ramai anak bangsa dalam kemajuan teknologi. Dah ramai
hasil dari pengalamn bekerja dengan proton diambil
untuk sektor R&D ditempat lain. Bayangkan lah satu
kumpulan Advance Engine Research Proton terus diambil
oleh Petronas. Bukan sorang.... Kesemuanya. Nak kerja
dengan R&D proton..... Paling minimum 2nd class upper.
1st class berlambak. Selepas berpengalaman. .. Perodua,
Naza ambil.

Tapi saya tak marah bila orang kata macam-macam pasal
proton. Itu hak mereka. Tapi fikirkanlah tenaga yang
kami beri untuk memajukan negara dalam bidang
teknologi. Boleh sebut tak company mana lagi dalam
bidang industri yang betul-betul menggunakan kepakaran
anak Malaysia dalam bidang R&D ni. Kalau kita tidak
belajar... sampai bila kita tidak akan tahu. Dan
sampai bila kita akan bergantung dengan orang luar.

Tapi bab support selepas jualan.... saya sendiri pun
tak puas hati. Sabotaj pun Proton dah biasa kena....
Orang curi part semasa delivery kerata tukar dengan
part tiruan atau lama. Yang kena komplen... proton.
Tapi yang hairannya semasa Perodua recall balik 4000
unit Myvi.... Tak ada pulak yang kutuk. Letak sebelah
sebelah Myvi dan Savvy... check performance dia. Then
baru tahu nak kata apa. Jangan dengar orang cakap
je... test sendiri. Baru tau.

Tak lama lagi akan keluar Savvy Auto-Manual. ...
Maksudnya dua-dua jenis gear ada dalam kereta. Malas
nak tukar gear... swith to auto. Nak main
ciluk-ciluk. .. switch to manual. Errr.. siapa kata
kita guna tecnology 70an?
 
hm..dengar tu yg lain.. :D baru je abis membaca..betul tak betul pun ade jugak kebenaran disitu..kalau tak betul jd kan pengetahuan
 
ako lepas baca.. ada rasa logiknya wei..

raa mcm betui ja..ada sapa2 keje proton tak?
 
aku penah gak dpt email mcm ni. tp mmg la banyak kenyataan nya yg btul. sbg contoh kalo tak silap aku masa kecoh2 kes AP ari tu ada sorang pemimpin ckp 51% saham produa sebenarnya milik daihatsu. kalo aku tak silap TDM ko yg ckp. tak pun penyokong2 dia. btul kan aku kalo salah. kena ingat nak wat engine bukan calang2 kompeni leh wat. mereka yg banyak duit je mampu. tp aku agak pelik gak knp proton tak kerjasama gn petronas utk wat enjin sedangkan petronas ada kepakaran dlm F1. erm...ntah la...

oh ye...aku dpt email ni sblm proton kuarkan savvy AMT yg leh tukar gear manual ke auto. maksudnya email ni mmg dtg dr org dlm proton. kompom. aku dpt email ni sebulan sblm proton umumkan savvy AMT. aku ada post benda ni dlm friendster
 
aku bukan x nk sokong kereta buatan malaysia....
tapi masa jual harga jatuh teruk dari kereta toyota@honda.....
dahtu aku dengar kat luar negeri kereta malaysia murah tapi....
special dari yg rakyak malaysia beli.....
betoi ker x tak tau ler aku hehehe
pakai honda pun bagoi gak minyak safe....
 
adar_23 said:
aku penah gak dpt email mcm ni. tp mmg la banyak kenyataan nya yg btul. sbg contoh kalo tak silap aku masa kecoh2 kes AP ari tu ada sorang pemimpin ckp 51% saham produa sebenarnya milik daihatsu. kalo aku tak silap TDM ko yg ckp. tak pun penyokong2 dia. btul kan aku kalo salah. kena ingat nak wat engine bukan calang2 kompeni leh wat. mereka yg banyak duit je mampu. tp aku agak pelik gak knp proton tak kerjasama gn petronas utk wat enjin sedangkan petronas ada kepakaran dlm F1. erm...ntah la...

oh ye...aku dpt email ni sblm proton kuarkan savvy AMT yg leh tukar gear manual ke auto. maksudnya email ni mmg dtg dr org dlm proton. kompom. aku dpt email ni sebulan sblm proton umumkan savvy AMT. aku ada post benda ni dlm friendster

kalau dapat info lagi awal..meaning memang betui la kuar email nie dari proton..
 
Sape yg tahu beza kualiti kereta2 Proton yg dieksport (di UK n AUSIE) dgn kereta proton utk pasaran tempatan?

Harga pulak macamana? Beza byk ke beza skit ajek? TQ :D
 
yang keje ngan proton tu, adakah pakai kereta proton?

yang jual kete proton adakah pakai kereta proton?

saja nak tanya je. sbb sepatutnya benda ni pun kena mulakan dari situ. menteri2 pun berapa kerat yang pakai kereta proton.
 
Moral dari email ini.

Beli la kereta buatan Malaysia...

p/s:Aku bangga sekali pakai Iswara. Tapi enjin VR4 la. X muat nak letak Campro punya local enjin.. byk sgt kena adjust. :D
Kekekekeke.
 
Proton

Hmm kereta proton ni mg bagus la... Maksud saya utk membantu rakyat malaysia la dari segi peluang perkerjaan dan perkembangan teknologi..

Tapi bila masuk bab kualiti ni saya kecewa la.

Tgk saja Gen2, byk problem, tingkap la, bumper la dan mcm2 lagi...
Ya Savvy engin renult yang menag formular 1 tetapi renult merupakan kereta kelas rendah kat Eurpoe tau..

Saya tau ni pasal uncle saya (org mat saleh) yang cakap la. Dan terbukti sebab enjin savvy ayah tunang saya dah tersenggut2 bila jalan bawah 20 KM..

Hmmm Hampehh..

Ya saya bukan nak kodem kereta nasional, banyak gak kereta bukan nasional yang hampeh.. Cth VIOS... hmmm imobilazer senang rosak.. saya pernah tido kat ipoh gara2 imobilazernya rosak...

Tetapi itu adatla.. setaka rosak2 sikit2 tu mmg lumrah, tapi bila proton ni.. aduiii kecewa beb..

Saya suka gen2, pembikinannya kemas dan rapi tapi bab kualitinya hmmm...

Ya banyak saya dgr ceriat tak baik pasal Enjin Campro dan ia diceritakan oleh org proton sendiri... so bagaimana...

Anyway saya lebih suka sekiranya perlindungan terhadap kerata bertaraf nasional ini dihapuskan ini adalah utk mengalakan proton atau mana kerata nasional lebih dinamik dan berkualiti.

Sapa nak beli kereta tin milo kan..

Anyway saya bangga la malaysia ada kereta nasional sendiri dan saya lebih bangga kalau kerata nasional itu dibangunkan utk memberi faedah dan manafaat kpd rakyat malaysia.

Cuba fikir kerata dimalaysia mahal kerana apa? Dulu2 zaman saya kecik2 harga kereta murah2
Tapi harga kerata meningkat berkali2 ganda sebab kemunculan kerata nasional...

Hmmm...

Anyway kerata yanga saya pandu skg adalaha proton wira auto, dan saya berterima kasihla pada kereta ni sebab dgn ada kerata ini saya boleh menjalankan tugas....

Tetapi sekiranya saya ingin membeli kerata baru mgk tak lama lagi... saya akan beli honda atau pegeot.. kerana apa.. bila saya pandu kerata ini ia tidak memberi masalah kpd saya.

Sekiranya proton berjaya meningkatkan kualiti ketahap yang terbaik utk pengguna di Malaysia.. (sebab kerata utk import spec lain ada kualiti berbanding utk pasaran tempatan) saya akan membeli Proton Perdana kerana itu kerata yang saya suka tetapi kulitinya membuatkan saya berfikir 3, 4, 5, 6, 7, kali.

Wasalamu..

Jgn marah ya..
 
Back
Top
Log in Register