BTC USD 93,433.9 Gold USD 3,335.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Miliki Proton X70 Dengan Hasil Mengemis

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
67,436
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
67,436
Reaction score
7,414
Points
916
Awards
1
Sri Jaya, Maran, 21 Februari 2024 - Operasi membanteras pengemisan telah dijalankan untuk membasmi aktiviti pengemisan di pasar malam Sri Jaya, Maran. Dari jauh kelihatan seorang lelaki melayu berjubah dan berkopiah berdiri di celahan payung peniaga pasar malam sambil memegang beg kertas meminta simpati orang ramai yang lalu lalang. Kedua-dua tangan lelaki tersebut kelihatan kecil tidak seperti tangan manusia normal.

Pegawai penguatkuasa JKM Maran menghampiri lelaki tersebut dan bertanyakan tujuan beliau meminta sedekah. Namun, pertanyaan Penguatkuasa JKM tidak dijawab. Beliau kelihatan seperti seorang yang pekak dan bisu. Dilihat di dalam beg kertasnya ada kepingan duit kertas. Sedekah pengunjung pasar malam. Berkali-kali Penguatkuasa JKM meminta kad pengenalan bagi tujuan rekod operasi pada hari ini tetapi tidak mendapat respon daripada lelaki tersebut. Setelah didesak barulah lelaki tersebut bersuara. Normal rupanya, beliau bukanlah seorang yang pekak dan bisu. Cuma seorang OKU Fizikal (kedua-dua belah tangannya tidak normal).

Beliau mengatakan bahawa kad pengenalannya berada di dalam kereta. Penguatkuasa JKM mengekori lelaki tersebut ke keretanya. Percaya atau tidak, Seorang yang tadinya hanya berdiri meraih simpati orang ramai atas kekurangan dirinya memandu sebuah Proton X70 Flagship. Siasatan lanjut dijalankan oleh Penguatkuasa JKM. Beliau tinggal di Balok, Kuantan dan akan ke pasar-pasar malam untuk menjalankan aktiviti pengemisan. Semakan juga mendapati beliau menerima Elaun Pekerja OKU daripada pihak JKM sebanyak RM450.00 sebulan sejak tahun 2001 lagi. Beliau juga mengaku bahawa kereta Proton X70 Flagship tersebut adalah miliknya. Menurutnya lagi, hasil kutipan daripada aktiviti pengemisan beliau boleh mencecah sehingga RM 500.00 bagi tempoh 4-5 jam berada di pasar-pasar malam. Lelaki tersebut dilepaskan dengan amaran oleh Penguatkuasa JKM.

Tidak salah untuk bersedekah tetapi bersedekalah kepada orang dan tempat yang betul.
1708573927517.png

1708573942080.png

1708573953435.png

1708573966582.png

Sumber asal JKM MARAN
 
Sponsored Post

Pengemis Miliki Proton X70

22.02.2024 - Seorang pengemis berpura-pura tidak boleh bercakap dan bisu ketika meminta sedekah di Tapak Pasar Malam Sri Jaya, Maran ditahan bersama sejumlah wang dan Proton X70. Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang berkata hasil pemeriksaan terhadap lelaki terbabit pegawai penguat kuasa turut menemui sejumlah wang dipercayai diraih hasil kegiatan meminta sedekah di pasar malam terbabit. Menurutnya, hasil pemeriksaan pengemis terbabit berasal dari Balok, Kuantan dan datang ke Sri Jaya dengan memandu sendiri Proton X70. Katanya, lelaki terbabit ditahan ketika JKM melancarkan operasi membanteras pengemis di Tapak Pasar Sri Jaya, dekat sini kira-kira jam 6:30 petang semalam.

“Ketika operasi dilakukan, seorang lelaki berjubah dan berkopiah dikesan berdiri di celahan payung peniaga pasar malam sambil memegang beg kertas sambil meminta simpati orang ramai. Pemantauan mendapati kedua-dua tangan lelaki itu kelihatan kecil tidak seperti tangan manusia normal. Selepas dihampiri dan disoal tujuan lelaki terbabit meminta sedekah, pengemis terbabit berpura-pura pekak dan bisu,” kata jurucakap terbabit.

Menurutnya, pada peringkat awal lelaki terbabit juga tidak memberi kerjasama termasuk enggan memberi kad pengenalan selepas diminta berulang kali. Katanya, selepas didesak lelaki terbabit bersuara dan memaklumkan kad pengenalan serta kad OKU ada di dalam kenderaan miliknya.

“Lelaki terbabit kemudian membawa pegawai penguat kuasa JKM ke sebuah kenderaan model Proton X70. Selepas ditanya siapa pemilik kenderaan itu, lelaki terbabit mengakui Proton X70 itu miliknya dan mengakui melakukan kegiatan mengemis di bebarapa pasar pasar malam di seluruh Pahang. Pengemis terbabit mengakui meraih pendapatan antara RM400 hingga RM500 untuk tempoh lima jam menerusi kegiatan meminta sedekah di pasar malam,” katanya.

Jurucakap terbabit berkata, hasil semakan mendapati lelaki terbabit menerima Elaun Pekerja OKU daripada JKM berjumlah RM450 sebulan sejak 2001.
1708578410588.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register