BTC USD 80,569.4 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perodua Bezza dapat pengiktirafan MRM

myroadtax.com

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,906
Paid Membership
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,906
Reaction score
585
Points
161
Perodua Bezza dinobatkan sebagai kereta terbaik oleh Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM), agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi kategori produk pengangkutan dan kawasan awam 2016.

Anugerah berkenaan telah diserahkan oleh MRM dalam satu majlis Anugerah Reka Bentuk Terbaik Malaysia 2016/2017 pada 18 April lepas.

Dalam satu kenyataan, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh menyifatkan pengiktirafan itu sebagai satu penghargaan terhadap usaha gigih bagi menghasilkan sebuah kereta berjenama Malaysia dengan ciri-ciri standard global.

Perodua Bezza merangkul anugerah 'Kereta Malaysia Terbaik' dan 'Kereta Penampilan Baharu' Frost & Sullivan 2017, baru-baru ini.

"Pengiktirafan ini akan membantu kami untuk terus mempertingkatkan keupayaan yang diharapkan dapat melangkaui jangkaan pelanggan. Ini kerana kami sememangnya yakin dengan pendirian untuk sentiasa menambah baik aktiviti sedia ada," katanya.

Bahagian atas badan Perodua Bezza itu direka sepenuhnya oleh Perodua dan merupakan kereta sedan nasional pertama berstatus Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

Ia dilancarkan pada 21 Julai, 2016 dan merupakan sedan paling laris bagi suku pertama 2017 dengan jualannya melebihi 15,900 unit.

Malah, sebanyak 50,900 unit kereta itu telah dijual sejak Julai tahun lepas. -- BERNAMA
 
bley arr naik rega pasni
 
apa kriteria yang dipilih untuk menang...aku guna bezza ni cam xde apa2 yang special kecuali masa berenti enjin akan off dgn sendirinya and bila nak jalan enjin akan automatik start balik...

pastu guna push start button tu..emm ok laaa
 
Off topik sikit.apa yang aku nampak perodua ni macam samsung.proton ni pulak nokia.enjin sama macam os.perodua guna android.proton pulak windows
 
X ad pesaing agknya. Cmni pn bleh menang
 
sebab pilihan yg utama sbgai pemenang kereta keluaran tempatan.. cth macam bezza ni body direka sendiri oleh perodua.

kalau ada pesaingnya pun.. dgn kereta proton, yang ni body dan enjin keluaran malaysia sepenuhnya
 
Last edited:
terbaik bezza. sebijik macam kereta jepun
 
Kete 2016 tp design mcm thn 2006 pun bole menang? Pelik aku. Myvi lg cantik.
 
Back
Top
Log in Register