BTC USD 83,843.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perodua Bezza 2016

boleh bagi pendapat, lagi bagus OFF atau ON Eco Idle? Nak real review daripada driver yang hari-hari drive dalam bandar.
 
baru 2 minggu pakai bezza baru..2017...so far..mmg best..laju...cume mgkin sbb tayar kecik 14....jejak 140 dah melayang...tp aku penah la jugak tekan smpi 160 kt hway...mmg laju...bezza standard 1.3 je...VAC ...sbbkan skrg da x tonggek baru smngt beli bezza....hahaha
 
boleh bagi pendapat, lagi bagus OFF atau ON Eco Idle? Nak real review daripada driver yang hari-hari drive dalam bandar.

aku beza standard....eco tu yg lmbg daun ijau tu kan? aku Nye x tau nk tutup cmne...mcm sntiasa on je...klu bwak 20kmh-110kmh on lampunye...klu kurang atau lebih...off da lampunye ijau tu
 
Perodua Bezza masuk Sri Lanka

HQ170117MS004.jpg.transformed.jpg


COLOMBO: Perodua Bezza 1.0L (transmisi automatik) membuat penampilan sulung di Sri Lanka, menjadi model kelima memasuki pasaran berkenaan.


Sri Lanka adalah pasaran eksport terbesar jenama Perodua dengan sejumlah 14,000 unit dijual antara tahun 1997 dan 2017.

Unimo Enterprises Ltd yang menjadi pengedar rasmi Perodua di Sri Lanka mengimport Perodua Axia dan berjaya menjual 1, 400 unit model terbabit tahun lalu.

"PERODUA masih kecil di Sri Lanka, namun kami melihat potensi besar bersandarkan perkembangan ekonomi negara berkenaan," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), Datuk Dr Aminar Rashid Salleh.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran dan penyerahan kunci Perodua Bezza kepada pelanggan pertama di sini, kelmarin.

Ia disempurnakan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka, Wan Zaidi Wan Abdullah.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Unimo, Chanaka Yatawara; Pengarah Eksekutif PERODUA, Takamasa Kurinami; dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan United Motors Ltd, Mahesh Gunathilaka.

Aminar berkata, mulai tahun ini, PERODUA akan mengkaji secara serius untuk mengembangkan lagi pasaran eksport bagi merealisasikan visi menjadi pemain serantau.

Sejak 1997, PERODUA sudah mengeksport lima model ke Sri Lanka iaitu Perodua Kancil, Kenari, Kelisa, Viva dan Bezza.

Sementara itu, Chanaka berkata, Unimo percaya Perodua Bezza akan diterima dengan baik di Sri Lanka bersandarkan ciri menarik seperti rekaan menarik, cekap bahan api dan versatil.

"Kami akan terus membangunkan jenama Perodua di Sri Lanka," katanya.

Perodua Bezza 1.0L (transmisi automatik) dijual pada harga 3.69 juta Sri Lankan Rupees (RM103,162.29).


http://www.bharian.com.my/node/290575
 
Perodua Bezza 1.0L (transmisi automatik) dijual pada harga 3.69 juta Sri Lankan Rupees (RM103,162.29).

bia betol
 
gilos harga..

vios sana berapa harga??
 
Ingatkan harga kereta dkt Malaysia paling mahal dlm donia. Rupanya selama ni mengencing je org2 y ckp harga kereta dkt Malaysia paling mahal.
 
Bezza aku baru umur sebulan dashboard berbunyi..annoying jugak..dh 2 kali pegi sc..yg sy peliknya bila test dgn org perodua xde plk bunyi tu keluar...jd stress aku
 
Back
Top
Log in Register