BTC USD 84,796.3 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perodua Bezza 2016

Hehe pelik gak mcmana kerajaan boleh luluskan bezza ni, mmg truk impak pada proton, saga dah boleh stop production, mmg sales junam kaw2

Dari segi handling, safety, rupa, pikap, topspeed saga bole menang
Tapi dari segi penggunaan petrol, value 2nd hand, konpem bezza menang

bonet belakang besar mmg bagus..

tapi utk kereta kecik camtu, stanby laa jadi kereta jungkit bila isi barang penuh kat belakang..
 
seat belakang saga lagi ok dari bezza nih..

Sy dah p try duduk dan sependapat dgn tuan. Seat bezza ni agak tegak.

Overall feel dia rasa mcm naik saga, cuma sedikit compact.

Tgk enjin variasi 1.0 mcm kecik sikit nk compare ruang enjin. 1.3 mcm ok sikit.
 
Seat belakang bezza agak menegak...mcm naik ford ranger plak...
Saga dah ok, cuma kena improve tang FC..

FC & jerking. Enjin saga ni kuat sngt jerking. Kdg2 tgh bwk slow dlm jem dlm gear 2 pun boleh mati (manual) sebab jerking ni.:D
 
myvi dulu enjin 1.0 ramai ja beli. skrg ni model 1.0 dh naik harga sbb beli utk convert enjin 1.3 turbo
 
Perodua Bezza ASEAN NCAP crash testing

Perodua-Bezza-ASEAN-NCAP-1-630x284.jpg


http://www.youtube.com/watch?v=jEKTcA3irVo
 
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengekalkan sasaran jualan 216,000 unit pada 2016, dengan berkata, ia bersedia meningkatkan jualan kepada 118,600 pada separuh kedua tahun ini daripada 97,400 unit yang dijual pada enam bulan pertama.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh berkata, separuh kedua masih mencabar, menyebabkan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menyemak semula unjuran jumlah volum industri (TIV).

"Tetapi kami berharap model Bezza akan merangsang kembali minat orang ramai untuk membeli. Jumlah tempahan ketika ini nampak menggalakan.

"Sekarang kami mempunyai empat model berkualiti tetapi pada harga berpatutan. Kami berharap dengan pakej yang betul pada masa sukar ini, orang ramai akan memilih jenama kami," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

MAA baru-baru ini menyemak semula unjuran TIV 2016 kepada 580,000 unit berbanding 650,000 sebelum ini disebabkan jualan kenderaan yang rendah pada separuh pertama.

Bagaimanapun, Aminar Rashid optimis dengan berkata, jualan Perodua pada separuh kedua boleh diterajui oleh model kenderaan cekap tenaga (EEV), iaitu Bezza dan Axia serta dengan unjuran TIV yang lebih rendah, penguasaan pasaran syarikat mungkin meningkat kepada 37 peratus daripada 35.5 peratus ketika ini.

Menurutnya, tempahan untuk Bezza mencatat purata 1,000 kereta sehari sejak dibuka pada 16 Julai dan syarikat merancang memenuhi permintaan dengan stok kenderaan sedia ada.

Sehingga pagi ini, tempahan untuk sedan EEV baru itu telah mencapai 10,115 unit, dengan 500 penyerahan dibuat sejak dilancar pada 21 Julai.

"Kami memulakan pengeluaran besar-besaran Bezza pada Jun dan menjelang kahir bulan ini kami menjangka 9,000 unit bersedia untuk diserah ke seluruh negara.

"Kami akan melakukan yang terbaik agar penyerahan dibuat pada masanya bagi memastikan kepuasan pelanggan," kata Aminar Rashid.

Mengenai model lain, untuk separuh pertama tahun ini, syarikat kereta kompak negara itu menjual 51,100 unit, dengan Axia menyumbang 52 peratus, Myvi 29 peratus dan Alza 19 peratus.

Aminar Rashid berkata, walaupun mungkin terdapat kejatuhan jualan Myvi serta Alza, usaha mewujudkan pakej boleh mengurangkan kesan itu.

Sementara itu, untuk bahagian selepas jualan, Perodua menyaksikan satu juta kenderaan mengunjungi 186 pusat servisnya di seluruh negara, meningkat lima peratus berbanding 965,000 kenderaan dalam tempoh sama tahun lepas.

Pendapatan meningkat kepada RM330 juta pada enam bulan pertama 2016, naik 13 peratus berbanding RM293 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Jualan barangan komponen (termasuk aksesori) pada separuh pertama 2016 meningkat lima peratus kepada RM126 juta berbanding RM120 juta dalam tempoh yang sama 2015.

"Kami berharap orang ramai akan mengunjungi mana-mana 181 bilik pameran jualan kami di seluruh negara untuk memandu uji Perodua Bezza serta model kami yang lain," kata Aminar Rashid. - Bernama
 
Back
Top
Log in Register