BTC USD 83,891.9 Gold USD 4,163.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perodua Bezza 2016

tak tuan. jiwa manusia mudah tercabar. tengok kawan2 sebaya pakai kereta lagi elok dari kita, terus rasa tak puas hati dengan kereta sekarang. pergi ofis bawa kereta murah sedangkan rakan sekerja bawak kereta mahal-mahal. kereta ni simbol juga. tapi semua tu berubah bila pakai kereta macam bmw, mercedes dsb. now saya dah tak rasa nak tukar kereta lain. cukup dengan apa yg ada :)


Ya boleh jadi juga la.. kdg2 faktor usia sama tuan.. lebih berusia ni makin wisdom..
 
Kalau aku, tunggu masuk awal tahun depan...lepas tu tanya stok tahun lepas (kalau ade la), sure diskaun banyak.

Awal tahun ni ade la pegi suvey2 kereta stok tahun lepas punya...Ford Focus Titanium diskaun 8k, Chevvy Cruze diskaun 12k, Ford Kuga pun 8k. Last2 member sorang tu angkat Audi A3 stok tahun lepas, diskaun tak ingat berapa tapi belas2 ribu jugak. Baru seminggu pakai dah masuk SC :)):)) Bila bawak, dekat absorber ke dryshaft krek krok bunyik. Selang sebulan lebih kene hantar SC lagi problem lain plak...siap kene tinggal kete 3 minggu. Haa jangan ingat beli Audi baru kompem problem free...

Thanks for sharing

Good info

:)cgrock
 
aku suka kereta ni.

1. teknologi dvvti + fuel consumption rendah
2. but besar + rear seat boleh rebah
3. design dia not bad

akan simpan duit untuk beli cash 6 tahun akan datang.


lagi 6 tahun maksudnya tahun 2022
zaman tu kereta dh boleh terbang :D
 
sape dah test drive kasilah review sket. jgn beli senyap2.ekekeke
 
Bank Rakyat tawar 'full loan' Perodua Bezza

mustafffraz.transformed.jpg

PENGARAH Urusan yang juga Presiden Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd Razak (kanan) melihat kereta Perodua Bezza pada majlis sambutan Konvoi Perodua Bezza 2016 di Menara Kembar Bank Rakyat (MKBR), Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Azhar Ramli

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat menawarkan pembiayaan sehingga 100 peratus bagi pembelian kenderaan keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), khususnya Perodua Bezza, dengan tempoh pembiayaan sehingga sembilan tahun.

Pengarah Urusan yang juga Presidennya, Datuk Mustafha Abd Razak, berkata bank itu juga menawarkan Skim Ansuran Mudah sifar peratus kepada pemegang Kad Kredit-i baharu dan sedia ada untuk bayaran pendahuluan bagi pembelian kenderaan PERODUA.

"Tawaran menarik ini bertujuan mengurangkan beban pembeli untuk mendapatkan wang pendahuluan dan memiliki kenderaan terbabit tanpa halangan," katanya kepada media pada majlis sambutan Konvoi Perodua Bezza 2016 di Menara Kembar Bank Rakyat (MKBR), di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Dr Zahari Husin.

Mustafha berkata, Bank rakyat menyasarkan peningkatan penguasaan pasaran dalam segmen pembiayaan pembelian kereta PERODUA kepada 20 peratus menjelang hujung tahun ini berbanding 14 peratus ketika ini, dipacu oleh pelancaran Bezza.

"Dengan pelancaran sedan baharu itu, kami jangka penguasaan pasaran kami akan meningkat kepada 20 peratus menjelang hujung tahun ini," katanya.

Sementara itu, Zahari berkata, setakat ini, PERODUA menerima sebanyak 5,000 tempahan dalam tempoh lima hari.

"Daripada jumlah itu, 50 peratus adalah bagi model 1.3L Advance, 35 peratus (1.3L Premium X), manakala baki 15 peratus untuk model 1.0L AT/MT," katanya.


http://www.bharian.com.my/node/175994
 
Back
Top
Log in Register