BTC USD 84,268.9 Gold USD 4,157.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perodua Axia 2023

Rege rahmah pun salah
Rege mahal pun salah

Tak paham dgn un-un ni

Ikut kemampuan je doc

Kalau betul memerlukan kereta dan bukan orang senang
Bagi mereka harga macam tu dah murah
Boleh lah nak beli

Kalau ada kemampuan sikit
Belilah yang lagi ok keretanya dan sudah pasti harga pun lebih lagi

Pandangan netizen pelbagai
Kita sendiri tahu keperluan dan kemampuan sendiri
 
PERODUA turunkan harga model Axia berkuat kuasa serta-merta​

HQ140223FA016_1785735049.jpg

Perodua Axia model kenderaan kompak paling mampu milik di Malaysia - NSTP/FATHIL ASRI

KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menurunkan harga bagi model Axia sehingga RM4,700 berkuat kuasa serta-merta, susulan peningkatan berterusan dalam kecekapan operasi syarikat.

Langkah penurunan harga membabitkan model kenderaan kompak paling mampu milik di Malaysia adalah bagi meningkatkan keperluan mobiliti harian.

Pengurangan harga model yang menjadi antara pilihan utama rakyat Malaysia dibuat sebagai sebahagian daripada usaha syarikat berkongsi manfaat hasil penjimatan operasi dengan pelanggan, selain mengukuhkan komitmen membantu rakyat menghadapi persekitaran ekonomi yang semakin mencabar.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, berkata harga baharu itu adalah antara usaha berterusan syarikat bagi mengurangkan tekanan kos yang dihadapi rakyat Malaysia.

"Harga baharu ini adalah antara usaha berterusan kami untuk mengurangkan tekanan kos yang dihadapi rakyat Malaysia.

"Langkah ini juga mencerminkan usaha kami untuk terus menambah baik kecekapan operasi, yang mana sebelum ini telah terbukti menerusi pengurangan kos servis dan pengurangan harga QV-E dan pakej Battery as a Service (BaaS) yang ditawarkan," katanya.

Di Semenanjung Malaysia, harga Axia 1.0G dikurangkan sebanyak RM4,700 kepada RM33,900 berbanding RM38,600 sebelum ini, manakala Axia 1.0X ditawarkan pada harga baharu RM38,500 selepas pengurangan RM1,500.

Bagi varian Axia 1.0SE pula, harganya dikurangkan RM1,000 kepada RM43,000, manakala Axia 1.0AV menerima pengurangan RM500 menjadikan harga baharunya RM49,000.

Di Sabah dan Sarawak, Axia 1.0G kini dijual pada harga RM35,900 berbanding RM40,600 sebelum ini, manakala Axia 1.0X berharga RM40,500 selepas pengurangan RM1,500.

Sementara itu, Axia 1.0SE ditawarkan pada harga RM45,000 selepas dikurangkan RM1,000, manakala Axia 1.0AV berharga RM51,000 berikutan pengurangan sebanyak RM500. Semua harga yang diumumkan tidak termasuk kos insurans.

PERODUA menegaskan bahawa semua spesifikasi dan standard kualiti Axia kekal tidak berubah, dengan penjimatan yang diperoleh datang sepenuhnya daripada penambahbaikan proses serta peningkatan kecekapan operasi syarikat.

Zainal Abidin berkata, pengurangan harga itu adalah hasil daripada inisiatif penambahbaikan yang dilaksanakan secara berterusan dan mampan, selain kerjasama erat dengan pembekal serta rakan kongsi dalam ekosistem automotif.

Beliau berkata, syarikat menghargai sokongan pembekal dan pengedar yang bersama-sama meningkatkan kecekapan kos demi manfaat seluruh ekosistem industri serta pengguna.

"Kami berterima kasih kepada pembekal dan pengedar kami di atas kerjasama dalam menambah baik kecekapan kos untuk manfaat bersama bukan sahaja pemain industri tetapi juga seluruh rakyat Malaysia," katanya.

PERODUA berkata, sebagai kereta paling mampu milik di Malaysia, Axia terus terbukti sebagai kenderaan yang diyakini rakyat, manakala pelarasan harga itu mengukuhkan komitmen syarikat untuk memastikan model berkenaan dapat dimiliki oleh lebih ramai pelanggan di seluruh negara.

Still overprice.
 
tp axia baru ni kureng la,pada aku saiz dia dah terlalu besar utk segment kete kompak,saiz pun dah saing2 myvi dah..patut dia kekalkan je saiz axia lama.dah xde dah kete saiz2 kancil kelisa,kalu ada saiz2 mcm ni mesti org suka.kete kecik ni senang nk brive buat daily,parking pun senang
 
harganya masih mahal...sama harga saga dah..
compact vs sedan..

axia ni kalu harga rm25k ok la macam 1st model dulu..sesuai untuk org2 yg baru start kerja yg baru kahwin..
xpayah canggih2 sgt pun..

Kekal dalam kategori kereta kompak
Mudah dibawa ke mana saja
Jimat minyak
 
Back
Top
Log in Register