BTC USD 83,126.9 Gold USD 4,179.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perniagaan gula FELDA ke Bursa

tak payah guna miti.beli masa open public nanti.bila apply nanti dia tanya kau bangsa apa.kalau kau bumiputera takyah risau sangat.insyaallah dapat punya semua saham yang kau apply.

p/s:tak berniat utk racist ke ape.cuma explain jer :)

dah bukak utk public.... lagi susah.

aku dah try banyak kali:
sarawak cable - tak dapat langsung
MMHE - dapat 60 lot
smartag - tak dapat langsung
boilermech - tak dapat langsung
focus lumber - dapat 20 lots dari 150 lots yg aku apply.

kalau besar market capitalization, mmg senang dapat.. kalau kecik, ikut nasib lah. mcm petchem, mmg besar...so allocation utk BUMI samada MITI atau open ballot...mmg senang. kalau selain petchem ni...susah sikit.
 
dah bukak utk public.... lagi susah.

aku dah try banyak kali:
sarawak cable - tak dapat langsung
MMHE - dapat 60 lot
smartag - tak dapat langsung
boilermech - tak dapat langsung
focus lumber - dapat 20 lots dari 150 lots yg aku apply.

kalau besar market capitalization, mmg senang dapat.. kalau kecik, ikut nasib lah. mcm petchem, mmg besar...so allocation utk BUMI samada MITI atau open ballot...mmg senang. kalau selain petchem ni...susah sikit.

yup2 betul.tapi untuk felda nih rasa senang macam petchem :) saham kecik2 mmg payah gak ar
 
nak tau bila tengok kat sini:

http://www.eipocimb.com/

nak belajar beli share boleh beli ebook saya.tekan link kat signature.promote sket hehehe
lu pakai itrade cimb ke?
CDS akaun CIMB?
bagus ke CIMB securities ni?
murah ke?
bagi PRO dan KONTRA kita buka akaun CDS CIMB secirities dan trade pakai akaun dia.
 
lu pakai itrade cimb ke?
CDS akaun CIMB?
bagus ke CIMB securities ni?
murah ke?
bagi PRO dan KONTRA kita buka akaun CDS CIMB secirities dan trade pakai akaun dia.

dulu pakai itrade cimb tapi sekarang dah tinggalkan
sekarang pakai hong leong cds
hong leong punya trading platform lebih bagus daripada cimb
sekarang guna cimb utk apply ipo jer
cimb brokerage rate lagi mahal daripada hong leong
hong leong rm12 per trade vs cimb rm28 per trade
 
dulu pakai itrade cimb tapi sekarang dah tinggalkan
sekarang pakai hong leong cds
hong leong punya trading platform lebih bagus daripada cimb
sekarang guna cimb utk apply ipo jer
cimb brokerage rate lagi mahal daripada hong leong
hong leong rm12 per trade vs cimb rm28 per trade
apa brokerage fee yang paling murah untuk trade bro?
maybank?cimb?hong leong?atau yg lain lain?
yang mana paling murah bro?
 
apa brokerage fee yang paling murah untuk trade bro?
maybank?cimb?hong leong?atau yg lain lain?
yang mana paling murah bro?

dah nak sama je semua.jangan tengok kos broker je.kena tengok servis sekali.macam aku pakai hong leong user dia tak sebanyak cimb.jadi server dia laju.customer service pun respon cepat.kira murah dah rm12 nih bagi aku.ada yang offer lagi murah tapi tak boleh leverage la,kena trade banyak kali baru jadi murah la.hong leong nih takde syarat :)
 
KUALA LUMPUR, 10 Mei: Kerajaan didesak untuk mengumumkan jumlah transaksi pembelian Malayan Sugar Manufacturing Co Sdn Bhd (MSM) yang sebelum ini dimiliki oleh Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok, lapor Keadilan Daily.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail (gambar) mendakwa pembelian itu dilakukan menerusi anak syarikat Felda, iaitu Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH).

“Felda ialah sebuah syarikat berkepentingan kerajaan. Mengapa jumlah pembelian tersebut tidak diumumkan secara terbuka?

“Agensi mana yang dilakukan untuk membuat penilaian aset dan liabiliti syarikat tersebut?” soal Azan.

Azan mendakwa, kerajaan seolah-oleh menyembunyikan perkara tersebut dari pengetahuan rakyat, sehinggalah rentetan dari siri kenaikan barangan keperluan termasuk kenaikan harga gula sebanyak 20 sen yang diumum kerajaan semalam.

Menurut laporan media, FGVH turut membeli Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd, sebidang tanah seluas 5,800 hektar di Chuping, Perlis dan 20% pegangan Tradewinds (M) Bhd dengan anggaran jumlah RM1.5 billion.

Difahamkan kini, Robert Kuok, yang juga jutawan pertama di Malaysia kemudiannya membeli syarikat CSR Limited, iaitu pengeluar gula terbesar di Australia.

“Sekarang ini, jika Felda mahu mengimport gula dari Australia, agensi tersebut akan membeli dari syarikat yang dimiliki oleh Robert Kuok.

“Ini tidak memberikan makna kepada Felda kerana pada akhirnya nanti, sekiranya ada kenaikan harga gula di negara ini, maka Felda akan dipersalahkan.

“Sedangkan, keuntungan awal telah dikaut oleh orang yang sama, iaitu kroni Barisan Nasional dan pernah mendapat faedah dari monopoli gula selama puluhan tahun di negara ini.

“Felda belum tentu mendapat keuntungan, kerana gula adalah barangan kawalan. Jika ada pun, sudah tentu ia ‘disedut’ oleh pihak ketiga yang menjadikan nilai terkumpul tersebut sebagai dana pilihan raya bagi pihak Barisan Nasional,” tambah Azan.

Dalam pada itu, Azan Ismail mendakwa, kerajaan cuba mewujudkan suasana tenteram di kalangan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu dengan mendakwa, pembelian syarikat gula tersebut oleh Felda menunjukkan kerajaan prihatin terhadap agensi yang banyak memberikan faedah kepada orang Melayu itu.

“Orang Melayu jangan terperangkap dengan tindakan kerajaan ini. Pembelian kilang gula milik Robert Kuok oleh Felda tidak memberi jaminan bahawa nasib orang Melayu lebih terbela.

“Kita tidak tahu siapa yang berkepentingan di dalam transaksi tersebut yang akan mengaut keuntungan. Apatah lagi proses pembelian FGVH tidak diumumkan secara terbuka.

“Sebab itu, kita tuntut dokumen tersebut didedahkan kepada umum,” ujar Azan.

sumber

ade efek ape2 x kt IPO gula ni???
 
kalau tak silap aku yg kasi permit gula nie Kuli
 
Back
Top
Log in Register