hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,602
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,602
- Reaction score
- 1,682
- Points
- 201
Pernah 'bersama' lebih 10 lelaki
Sabak Bernam: Segalanya bermula Julai tahun lalu ketika Sumayyah (bukan nama sebenar) yang baru berusia 12 tahun berkenalan dengan seorang pelajar lelaki sekolah menengah terletak berdekatan dengan sekolahnya.
Anak bongsu tiga beradik itu mengakui terlanjur melakukan hubungan terlarang dengan kekasihnya itu sebelum ketagih dan mengulanginya.
Lebih parah apabila dia turut melakukan zina bersama lebih 10 lelaki berbeza termasuk ada antaranya sudah bekerja.
"Saya suka keluar malam, berkawan dengan ramai lelaki. Keluar lepak kemudian melakukan hubungan seks bebas.
"Saya sudah melakukannya dengan ramai kawan lelaki. Mereka bukanlah kekasih, semuanya hanyalah kawan biasa," katanya.
Menurutnya, dia bernasib baik tidak mengandung walaupun banyak kali melakukan hubungan kelamin.
"Saya memang tidak pernah 'minum' (arak)...sekadar ambil vape saja," katanya yang hanya sempat belajar sehari di tingkatan satu.
Bagaimanapun, keseronokan Sumayyah tidak lama apabila abangnya mengetahui kegiatan dilakukan sebelum dia dihantar ke Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan kendalian Majlis Agama Islam Selangor (Mais).
Menurutnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mengesyorkan pusat pelindungan itu kepada ibu bapanya.
"Saya menyesal dengan apa yang pernah dilakukan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi," katanya.
Sumayyah berkata, Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan banyak mengubah hidupnya melalui pelbagai aktiviti bermanfaat mengikut jadual ditetapkan.
"Di sini saya jaga solat lima waktu, membaca Al-Quran hingga lancar dan saya menutup aurat dengan sempurna. Ini yang akan saya bawa apabila keluar nanti.
"Terima kasih Lembaga Zakat Selangor (LZS). Tanpa wang zakat disalurkan ke sini, pasti tempat ini tiada sumber kewangan untuk membantu kami menjalani pemulihan.
"Terima kasih juga kepada pihak Mais yang mendidik saya untuk jadi lebih baik selain menyedarkan saya. Kepada semua gadis di luar sana, jangan terpengaruh dengan kehidupan yang terlalu sosial. Berkawan boleh tetapi jangan berlebihan takut tersalah jalan macam saya," katanya.
Hikmah diperangkap kakak
Tindakan Eliza (bukan nama sebenar), 18, terjerumus dengan semua bentuk maksiat dan gejala negatif.
Bukan hanya terbabit dengan seks bebas, malah dia turut menagih dadah, kerap ke kelab malam serta minum arak sejak berusia 16 tahun lagi.
Tindakannya tidak pulang ke rumah selama dua minggu menyebabkan kakaknya mengatur 'perangkap' supaya adiknya ditemui semula sebelum dihantar ke Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan pada Julai lalu.
Eliza berkata, rutin kehidupan gila dilalui menjadi punca dia berhenti sekolah sebelum sempat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.
"Pada umur 16 tahun, saya mula berkawan dengan ramai lelaki kenali menerusi aplikasi dalam talian termasuk Omi.
"Rakan-rakan liar ini kerap mengajak saya berseronok di kelab malam, minum arak selain berkenalan dengan ramai lelaki lain.
"Pernah satu ketika saya lepak dengan ramai kawan lelaki di kelab malam. Mereka beri saya cuba mushroom vape. Saya kemudian hisap vape berkenaan dan pengsan," katanya.
Menurutnya, dia hanya tersedar keesokan harinya dalam keadaan bogel di rumah teman lelakinya itu.
"Saya tidak tahu apa yang berlaku. Sejak malam itu saya melakukan hubungan seks dengan kawan lelaki yang berbeza, minum juga ambil dadah," katanya
Bagaimanapun, tindakannya menghilangkan diri selama dua minggu berakhir apabila dia diperangkap kakaknya di sebuah pusat karaoke di ibu kota
"Saya dibawa pulang ke rumah sebelum dinasihati ibu bapa untuk berubah. Mujur saya dihantar ke Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan yang banyak merubah hidup saya
"Saya seronok di sini, solat lima waktu saya terjaga, saya belajar tajwid, banyak menghafal al-Quran dan memahami maksudnya
"Nasihat untuk gadis di luar sana, jangan mudah terperdaya dengan orang baru dikenali. Fikir dulu sebelum buat sesuatu dan ambillah kisah saya sebagai pengajaran," katanya
Kredit
Video 'jijik' dalam telefon bongkar sisi gelap Marsya
Sabak Bernam: Marsya (bukan nama sebenar) dibawa ke Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan selepas abang kandung terjumpa rakaman video 'jijik' dirinya bersama teman lelaki di dalam telefon pintar, Julai lalu.
Gadis berusia 15 tahun itu berkata, ibu bapanya bercerai ketika dia masih belajar dalam darjah enam.
Menurutnya, dia mula memiliki telefon pintar sendiri di usia masih muda sebelum berkenalan dengan ramai lelaki.
"Ketika darjah enam, saya dapat telefon pintar sendiri. Jadi saya guna peluang itu untuk bergaul bebas dengan ramai lelaki. Pertama kali 'terlanjur' adalah ketika berusia 13 tahun.
"Lelaki itu adalah sebaya dengan saya. Kami melakukannya selepas keluar makan. Dia membawa saya ke suatu lokasi sunyi sebelum berakhir dengan hubungan seks. Dia hanya kawan biasa bukan kekasih saya.
"Sejak itu (bermula 2020 sehingga Jun lalu), saya melakukan hubungan seks dengan ramai lelaki termasuk yang saya kenali menerusi dating apps," kata anak bongsu daripada lima beradik itu.
Disebabkan ketagihan melakukan seks dengan kawan lelaki, dia juga pernah menipu ibu bapa yang tinggal di daerah berbeza.
"Adakalanya saya tinggal dengan ibu, kemudian tinggal dengan ayah secara bergilir. Jadi, mereka tidak tahu aktiviti saya dengan kawan lelaki. Mereka tidak syak apa-apa.
"Ibu bapa tidak begitu mengambil kisah aktiviti saya... kakak abang pun sama. Mereka tidak ambil peduli pelajaran atau bertanya khabar. Kerana itu saya banyak memendam rasa dan mencari kawan di luar.
"Saya guna peluang itu untuk melakukan hubungan seks dengan kawan-kawan lelaki di pelbagai lokasi termasuk di rumah, hotel tanpa mengira siang atau malam.
"Saya mengaku pernah melakukan hubungan seks dengan sembilan kawan lelaki. Saya langsung tiada perasan cinta dengan mereka," katanya.
Gadis bertubuh kecil itu berkata, semua aktivitinya terbongkar apabila salah seorang abangnya memeriksa telefon pintarnya Julai lalu, dan menemui bukti kegiatan seks dilakukan.
"Saya kemudian diheret ke balai polis. Malah sembilan kawan lelaki yang pernah melakukan hubungan seks dengan saya turut ditahan polis.
"Saya kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan sebelum JKM menyarankan saya dihantar ke sini untuk menjalani pemulihan," katanya.
Sejak mula dimasukkan ke pusat berkenaan sehingga kini, banyak perubahan positif pada dirinya terutama membabitkan aspek disiplin diri.
"Saya tergerak hati untuk berubah menjadi lebih baik. Alhamdulillah, saya gembira di sini, saya dapat banyak ilmu agama. Bila keluar nanti...saya mahu mulakan kehidupan baru dan bangkit semula. Malah, saya mahu menyambung pelajaran.
"Saya menyesal dengan apa yang saya lakukan sebelum ini dan semua ini adalah salah saya sendiri," katanya.
Kredit