hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,488
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,488
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Lelaki cuba beli emas dengan wang palsu
KUALA LUMPUR: Tular di media sosial apabila seorang lelaki didapati cuba membeli barangan kemas menggunakan wang kertas palsu di sebuah kedai emas di Jalan Chabang Tiga, di sini, semalam.
Katanya, suspek datang bersendirian dengan memakai kopiah putih, bercermin mata hitam dan menggunakan pelitup muka berwarna merah jambu.
“Difahamkan, suspek menyatakan hasrat ingin membeli barang kemas dengan anggaran nilai RM30,000.
“Seorang lagi rakan sekerja kemudian menunjukkan beberapa gelang emas kepada suspek berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, suspek juga mengambil gambar barangan kemas kononnya untuk ditunjukkan kepada isterinya dan selepas dua kali keluar masuk premis, dia menyatakan hasrat untuk membelinya.
“Ketika urusan penyediaan resit pembelian, jurujual meminta individu itu menyerahkan wang untuk proses pengiraan.
“Dia melihat suspek itu meletakkan duit yang diikat secara ‘bundle’ di dalam sebuah plastik berwarna kuning, namun pemerhatian awal mendapati wang itu agak pelik kerana bentuk tepi wang itu berwarna putih,” katanya.
Menurutnya, jurujual mengambil wang itu untuk melihat sendiri di
dalamnya, namun berlaku insiden tarik-menarik antara mereka.
Katanya, suspek terbabit kemudian bertindak agresif dan terus melarikan diri dengan menggunakan kenderaan yang diletakkan di hadapan kedai berkenaan.
Azli berkata, suspek berkenaan melarikan diri dengan menggunakan Perodua Axia berwarna biru gelap dengan nombor pendaftaran BHA 4371, namun semakan mendapati ia adalah palsu.
“Rakaman lengkap kamera litar tertutup (CCTV ) masih belum diperoleh, selain semakan CCTV di kedai berhampiran juga akan dibuat bagi membantu siasatan.
“Tiada kerugian direkodkan dalam kejadian ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan,” katanya.
Artikel : Buletin Tv3