BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Permohonan LawSoc diluluskan: Nama Pritam Singh dikeluarkan daripada daftar peguam

adi19

Fun Poster
Messages
766
Joined
Oct 30, 2013
Messages
766
Reaction score
3
Points
25

Permohonan LawSoc diluluskan: Nama Pritam Singh dikeluarkan daripada daftar peguam​

screenshot_2026-08-13_095047.jpg

Setiausaha Agung Parti Pekerja Pritam Singh tiba bagi perbicaraan tatatertibnya yang dipanggil oleh Persatuan Undang-Undang Singapura, pada 13 Ogos 2026. (Gambar: CNA/Wallace Woon)

SINGAPURA: Ketua Parti Pekerja (WP), Pritam Singh, dibatalkan pendaftarannya daripada daftar peguam pada Khamis (13 Ogos) selepas tiga orang hakim membuat keputusan mengenai tindakan tatatertib yang dimulakan oleh Persatuan Undang-Undang Singapura (LawSoc).

Tindakan ini menyusul selepas Encik Pritam disabitkan kesalahan kerana memberikan keterangan palsu di bawah sumpah.

IKLAN

Selain merupakan seorang Ahli Parlimen bagi GRC Aljunied, Encik Pritam sebelum ini juga seorang peguam yang tidak mengamalkan khidmat guaman.

Hakim Besar Sundaresh Menon mempengerusikan perbicaraan tersebut, bersama-sama Hakim Kannan Ramesh dan Hakim See Kee Oon.

BARISAN PEGUAM

Kedua-dua pihak, iaitu LawSoc dan Encik Pritam, diwakili oleh peguam-peguam ternama. Peguam Kanan Cavinder Bull mengetuai kes bagi pihak LawSoc, manakala Encik Pritam melantik peguam veteran Peter Low, bersama Peguam Kanan Chelva Retnam Rajah sebagai peguam pakar yang dilantik.

Encik Bull merupakan Ketua Pegawai Eksekutif firma guaman terkemuka Drew & Napier serta peguam terkemuka dalam kes pertikaian undang-undang.

IKLAN

Beliau merupakan peguam utama bagi pihak pemegang likuidasi Hin Leong Trading dalam tindakan sivil terhadap pengasasnya, Lim Oon Kuin, dan dua anaknya.

Beliau juga mewakili hartawan Ong Beng Seng dalam kes jenayah yang berkaitan dengan mantan Menteri Pengangkutan, S Iswaran.

Encik Low pula ialah peguam bela jenayah yang terkenal, di mana firma guamannya pakar dalam litigasi kepentingan awam dan cabaran perlembagaan.

Bekas Presiden LawSoc ini pernah mewakili ahli politik pembangkang seperti Chee Soon Juan daripada Parti Demokratik Singapura (SDP).

Beliau juga pernah mewakili Majlis Bandaraya Aljunied-Hougang-Punggol East dalam kes undang-undang yang melibatkan Kementerian Pembangunan Negara.

IKLAN

Encik Rajah, yang berasal daripada firma Tan Rajah & Cheah, merupakan peguam berpengalaman dalam bidang litigasi dan timbang tara.

Beliau pernah mewakili tiga pemimpin WP dalam saman sivil AHTC, di mana beliau berjaya mengubah sebahagian daripada keputusan hakim perbicaraan bagi memihak kepada mereka semasa peringkat rayuan.

DIBATALKAN DARIPADA DAFTAR PEGUAM

Para hakim memutuskan bahawa nama Encik Pritam dibatalkan daripada daftar peguam bela dan peguam cara.

Permohonan untuk membatalkan pendaftaran Encik Pritam adalah berdasarkan sabitan kesalahannya atas dua pertuduhan membuat kenyataan palsu secara sengaja kepada Jawatankuasa Hak Istimewa (COP).

IKLAN

Tidak dinafikan bahawa unsur ketidakjujuran adalah bahagian penting dalam kesalahan ini, kata Hakim Besar Sundaresh Menon.

Beliau menambah kedua-dua pihak, iaitu LawSoc dan Encik Pritam, bersetuju bahawa syarat utama untuk mengelakkan pendaftaran daripada dibatalkan tidak dipenuhi dalam kes ini.

PRITAM SINGH PERLU BAYAR KOS

Perbicaraan diakhiri dengan perbincangan antara peguam kedua-dua pihak mengenai kos dan perbelanjaan kes.

LawSoc pada awalnya memohon kos sebanyak S$6,000, namun bersetuju dengan jumlah S$3,000 yang dicadangkan oleh peguam Encik Pritam, kata Encik Bull.

Termasuk perbelanjaan sampingan yang ditanggung, Encik Pritam perlu membayar jumlah keseluruhan sebanyak S$5,808.

PEGUAM LAWSOC SAMPAIKAN UCAPAN PEMBUKAAN

Encik Pritam, selaku responden dalam kes ini, telah disabitkan atas dua pertuduhan jenayah kerana memberikan jawapan palsu kepada Jawatankuasa Hak Istimewa, kata peguam yang mewakili LawSoc, Encik Bull, dalam ucapan pembukaannya.

Tidak diragui bahawa kesalahan-kesalahan ini melibatkan ketidakjujuran, dan Encik Pritam sendiri tidak menafikan bahawa sifat kesalahan yang dihadapinya itu memang melibatkan ketidakjujuran, tambah beliau.

LawSoc tidak mempunyai kuasa budi bicara dalam hal ini, kata Encik Bull.

Sebaliknya, undang-undang mewajibkan LawSoc untuk membuat permohonan ini supaya mahkamah dapat menjatuhkan hukuman, dan ia sedang dilaksanakan sekarang, tegas beliau."

DIPERLAKUKAN SAMA SEPERTI PEGUAM LAIN

"Encik Singh ialah seorang peguam, Ahli Parlimen, dan merupakan Ketua Pembangkang pada waktu kejadian.

"Tindakannya menipu COP yang sedang menyiasat sama ada berlaku penipuan di parlimen adalah satu perkara yang serius," kata Encik Bull dalam hujah pembukaannya.

Peguam itu berhujah bahawa berdasarkan kes-kes terdahulu, nama Encik Singh mestilah dibatalkan daripada daftar peguam.

"Beliau patut diperlakukan sama seperti orang lain," kata Encik Bull sambil menambah bahawa LawSoc tidak meminta supaya beliau dilayan secara berbeza berbanding peguam lain yang disabitkan atas kesalahan melibatkan ketidakjujuran.

SYARAT UTAMA TIDAK DIPENUHI?

Encik Bull mengambil maklum bahawa dalam hujah bertulis mereka, peguam-peguam Encik Singh menerima hakikat bahawa syarat undang-undang untuk mengelakkan pendaftaran dibatalkan tidak dipenuhi dalam kes ini.

Beliau sekali lagi memohon agar mahkamah membatalkan pendaftaran Encik Pritam daripada daftar peguam bela dan peguam cara.

PEGUAM PRITAM BERI MAKLUM BALAS

Sebagai maklum balas, peguam Encik Singh, Encik Rajah, menegaskan walaupun anak guamnya kecewa dengan keputusan perbicaraan dan rayuannya, beliau "sentiasa mempunyai rasa hormat yang mendalam" terhadap kebebasan, ketelitian, dan profesionalisme mahkamah Singapura.

Encik Singh menerima sebulat suara keputusan perbicaraan dan rayuannya, serta akibat daripada keputusan tersebut, yang menjadi fokus perbicaraan hari ini, kata peguamnya.

Merujuk kepada kenyataan Encik Bull, Encik Rajah berkata tidak dipertikaikan bahawa ketidakjujuran merupakan unsur penting dalam kesalahan yang disabitkan ke atas Encik Pritam.

Beliau juga faham bahawa dalam kes sebegini, syarat undang-undang untuk mengelakkan pendaftaran dibatalkan adalah sangat tinggi.

"Dan syarat itu tidak dipenuhi dalam keadaan bagi kes ini," tambah beliau.

"Responden juga ingin menyatakan bahawa beliau sentiasa cuba melakukan yang terbaik untuk bertindak dengan niat baik, secara ikhlas, dan akan terus berusaha untuk berbuat sedemikian dalam apa jua kapasiti yang ada padanya," kata Encik Rajah.

Mahkamah senyap seketika semasa para hakim mempertimbangkan hujah yang dikemukakan oleh kedua-dua peguam.

 
Back
Top
Log in Register