BTC USD 60,991.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Permohonan Halal

eday84

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,694
Joined
Jan 10, 2009
Messages
27,694
Reaction score
146
Points
128
Salam,

Nak tanya disini siapa yang ada sedang menguruskan Halal application untuk kilang masing2? Berapa lama ye pemprosesan? Saya buat untuk kilang saya kerja ni dah apply dari 2009, tarik balik kemudian apply lagi, kena tarik balik dan kini new application 2013 sedang dlm pemprosesan tapi masih lambat. Kenapa ye lama sangat nak dapatkan perlepasan? Ada sesiapa ada tips tak?

Apply di portal halal tapi dihantar ke negeri masing2 maka yang menguruskan adalah JAIS.
 
mmg permohonan sijil halal JAKIM kini diuruskan oleh Jbtn agama negeri, elok tuan follow up sket. berikan no. permohonan utk semakan.

nnt pegawai akan dtg melawat kilang tuan utk pemeriksaan, adalah diingatkan pemeriksaan halal bukan saja tngok bahan² asas utk pengeluaran produk. tapi merangkumi kebersihan kwsn luar+dalam kilang+pekerja. kalo tuan ada bahan yg diimport utk jadikan produk, mungkin pegawai berkenaan perlu pergi melawat kilang di mana bahan tersebut dikeluarkan. tuan kena bayar utk bawa pegawai ke sana.

contohnya produk simplysiti (dato siti nurhaliza tu), bahan asas produk kosmetik beliau adalah dari korea. beliau kena bayar penghantaran pegawai ke kilang proses, ini mematuhi kehendak syarak iaitu memastikan sumber bahan makanan/produk adalah halal, bersih & mematuhi syarak.

kebanyakan kelewatan berpunca drpd kekurangan pegawai yg bertugas di jbtn negeri. permohonan pula begitu banyak. apa pon elok tuan follow up dulu.

syabas tuan krn berusaha mematuhi kehendak syarak dlm memasarkan produk kpd pengguna (tak kira Islam atau bukan Islam)semoga permohonan tuan utk dptkan sijil halal pihak berkuasa berjaya.
 
Kalau prnh kena tarik balik biasanya mengalami proses yg lama.
Sepatutnya tt kena selalu berjmp dgn jabatan agama negeri.
 
salah satu sbb selalu lambat lulus disebabkan oleh ada bahan2 yang sepatutnya diminta oleh pegawai JAIS tak sediakan oleh pihak pemohon....ada yang takut nak declare bahan2 yang diguna dlm produk diaorang.....
 
Back
Top
Log in Register