BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

34 Cawangan Gloria Jean's Coffees Terima Sijil Halal JAKIM

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
71de963e7c692b7d4279114be25cb9676819726075afa

5d464ce7263b1904c132fc03ae8e4f8568197249a1fe2

Kredit: Perbadanan Nasional Berhad (Pernas)

Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) melalui anak syarikatnya Wonderful Lifestyle Sdn Bhd meraikan kejayaan 34 cawangan Gloria Jean’s Coffees (GJC) yang menerima pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pernas dalam kenyataan memaklumkan penyampaian Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) kepada 34 cawangan GJC itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pernas Datuk Nor Azam M Taib dalam satu majlis yang diadakan hari ini.

Nor Azam dalam ucapannya menzahirkan rasa bangga atas pencapaian itu yang merupakan satu langkah penting dalam memperkukuhkan lagi keyakinan pengguna terhadap produk dan perkhidmatan francais tempatan.

“Pensijilan halal bukan sekadar memenuhi keperluan pasaran, ia adalah lambang integriti, disiplin dan komitmen dalam menyampaikan produk yang bersih dan berkualiti kepada pelanggan.

“Kejayaan ini adalah hasil kolaborasi erat antara pihak pengurusan Gloria Jean’s Coffees dan bimbingan daripada JAKIM serta sokongan berterusan daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP),” katanya.

Menurut kenyataan itu pensijilan rasmi oleh JAKIM merupakan pengiktirafan terhadap pelaksanaan sistem halal yang menyeluruh, merangkumi dokumentasi, proses operasi dan pemantauan yang ketat.

Komitmen ini bukan sahaja memperkukuhkan keyakinan pengguna terhadap jenama malah turut meletakkan GJC setanding dengan rangkaian francais kopi terkenal lain yang menitikberatkan pematuhan halal dalam operasi mereka.

“Sebagai badan pensijilan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, proses mendapatkan SPHM oleh JAKIM adalah teliti dan menyeluruh.

“Melalui komitmen tinggi daripada pihak pengurusan GJC, kerjasama erat bersama francaisi serta pihak JAKIM, kesemua 34 cawangan berjaya memenuhi keperluan pensijilan dengan cemerlang,” menurut kenyataan itu.

 
Back
Top
Log in Register