BTC USD 61,411.7 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perlu Sedia Hadapi Risiko Bencana Empangan Pecah - NADMA

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
28.09.2022 - Kuala Lumpur, Semua agensi termasuk anggota komuniti perlu peka terhadap risiko bencana empangan bagi memastikan tahap kesiapsiagaan sentiasa berada pada tahap optimum terutama menjelang musim Monsun Timur Laut (MTL) November ini. Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Pelaksanaan Operasi) Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Meor Ismail Meor Akim berkata walaupun teknologi mengatakan bahawa empangan tidak akan pecah, namun persiapan menghadapi sebarang kemungkinan tetap perlu dilakukan.

"Di China dan Afrika misalnya, sudah ada kejadian empangan yang pecah, jadi kita kena bersedia dengan kemungkinan ini, walau bagaimanapun kita sangat berharap agar kejadian ini tidak berlaku. Jika berlaku (pecah) misalnya di Empangan Kenyir, air boleh naik sehingga 15 meter di kawasan sekitarnya dan kita perlu tahu apa tindakan yang patut dilakukan jika bencana besar seumpama ini berlaku," katanya kepada Bernama di Kuala Terengganu, hari ini.

Beliau berkata demikian pada program Latih Amal (Tabletop) Pelan Tindakan Kecemasan Empangan Kenyir yang dianjurkan dengan kerjasama NADMA, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan kerajaan negeri Terengganu di sebuah hotel di Kuala Terengganu. Sebanyak 26 jabatan dan agensi negeri serta persekutuan terlibat dalam latihan itu, selain turut melibatkan 14 agensi di peringkat empat daerah iaitu Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang.

Meor Ismail berkata tahap kesiapsiagaan sesebuah agensi yang berkaitan termasuk orang awam dalam menghadapi bencana adalah faktor penentu kejayaan sesuatu misi.

"Kita adakan latihan agar mereka bersedia, yang penting kita buat simulasi supaya penduduk di kawasan berdekatan faham dan bersedia. Antara yang perlu difahami misalnya bunyi siren di empangan sebab saya difahamkan bunyi siren ada macam-macam, ada amaran paras bahaya dan sebagainya, jadi penduduk kena faham jenis bunyi itu," katanya.

Katanya, sepanjang program latihan selama dua hari bermula Selasa itu, perbincangan (simulasi tabletop) dijalankan mengenai tindakan menghadapi bencana, manakala simulasi lebih besar (secara fizikal) melibatkan penduduk setempat akan dilakukan pada 26 Okt ini di Hulu Terengganu kerana ia paling hampir dengan Empangan Kenyir.

"Kita mendapat beberapa permintaan dari negeri-negeri lain untuk mengadakan program latihan dan simulasi empangan ini, tapi kita pilih Empangan Kenyir kerana mengambil pengajaran daripada kejadian banjir besar awal tahun ini. Pada ketika itu empangan tidak pecah, tapi apa yang berlaku ialah berlaku limpahan air akibat hujan lebat dan kita pilih Kenyir kerana terdapat empat daerah berdekatan yang akan terjejas jika berlaku kejadian empangan pecah iaitu Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang,” katanya.

Meor Ismail berkata antara pengisian dalam latihan tersebut termasuklah taklimat teknikal oleh jurutera TNB mengenai operasi Stesen Janakuasa Sultan Mahmud (SJSM) Kenyir, pembentangan impak bencana empangan serta pembentangan tindakan bencana empangan oleh peserta terlibat.

“Kita berikan kajian kes untuk peserta dan minta mereka bentangkan tindakan dalam tempoh beberapa minit sahaja. Bila berlaku bencana sebenar, tindakan pantas sangat penting, tidak boleh nak mesyuarat sejam pun untuk ambil tindakan. Agensi terlibat juga perlu faham isu-isu teknikal di empangan kerana saya dimaklumkan setiap empangan menggunakan teknologi berbeza dan di Kenyir misalnya, teknologinya agak lama dan cabaran banyak di Kenyir antaranya sebab ia merupakan kawasan pelancongan,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata NADMA sangat menghargai kerjasama semua pihak termasuk Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu dan TNB dalam menjayakan simulasi itu.
9705186c062b8f35f31aa3b8dee584fe.jpg
 
Empagan-.jpeg

Empangan Kenyir

Dakwaan Empangan Kenyir bakal pecah tidak benar – NADMA​

  • Oleh MOHD RASDAN AHMAD
  • 2 Oktober 2022, 7:08 pm

PETALING JAYA – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengesahkan isu tular mengenai Empangan Kenyir, Hulu Terengganu yang didakwa akan pecah berikutan bakal menerima taburan hujan lebat tahun ini sebagai palsu.

NADMA melalui satu kenyataan hari ini menasihatkan orang ramai tidak terpengaruh dengan isu itu sebaliknya mengesahkan beberapa paparan tersebar di media sosial adalah berkaitan Latih Amal Pelan Tindakan Kecemasan Empangan Kenyir yang diadakan pada 26 hingga 29 September lalu.

“Latih amal itu adalah program membabitkan agensi kerajaan bersama anggota komuniti bagi memastikan tahap kesiapsiagaan menghadapi bencana berada pada tahap optimum,” jelas kenyataan itu.

Katanya, semua agensi termasuk anggota komuniti perlu peka terhadap semua risiko bencana bagi memastikan tahap kesiapsiagaan berada pada tahap tertinggi.

“Masyarakat perlu peka dan mengetahui pelan tindakan komuniti jika berlakunya bencana,” jelas kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, jelas NADMA, selaku agensi peneraju dalam pengurusan bencana negara, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan dalam menganjurkan pelbagai program latih amal.

Katanya, ia bertujuan meningkatkan keupayaan semua pihak supaya sentiasa bersedia untuk melaksanakan operasi berkaitan bencana dengan berkesan di samping berdaya tahan terhadap bencana.

Jelas NADMA lagi, latih amal itu bukan baharu, malah pernah diadakan bagi Empangan Bakun di Sarawak, Empangan Sultan Abu Bakar di Cameron Highland dan beberapa empangan lain.

“Lain-lain latih amal yang pernah dianjur bagi memastikan kesiapsiagaan agensi dan masyarakat adalah Latih Amal Tsunami di Kedah, Pulau Pinang dan Sabah.

“Latih Amal turut diadakan untuk memperkasa koordinasi pelbagai agensi dalam menghadapi bencana, selain meningkatkan kefahaman dan keupayaan setiap agensi kerajaan yang berkaitan terhadap kaedah serta strategi pengendalian bencana,” jelasnya.

Katanya, selain meningkatkan kefahaman masyarakat, latih amal dapat menambah baik strategi pengendalian bencana di peringkat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK). – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2022/10/02/dakwaan-empangan-kenyir-pecah-palsu-nadma/

POPULAR​

liver-king-300x169.jpg

Lelaki amal makan organ mentah dikecam selepas makan jantung

8 Oktober 2022, 8:30 pm
Motorsikal--300x147.jpeg

Pura-pura bantu mangsa kemalangan sebelum larikan motorsikal

8 Oktober 2022, 7:37 pm
budak-takut-300x200.webp

Pekerja pusat jagaan dipecat, takutkan budak dengan topeng Halloween

8 Oktober 2022, 7:30 pm
mayat-dalam-beg-300x225.jpg

Mayat wanita dalam beg pakaian disahkan jutawan Laos

8 Oktober 2022, 6:30 pm
 
Kat netflix ada cite high water. Kisah banjir besar tahun 1997. Tak salah utk berjaga2

...............

BASED ON A TRUE STORY! #BasedOnATrueStory
Drama bersiri NETFLIX #Netflix sebanyak 6 EPISODES ni adalah drama POLAND yang diadaptasi dari kejadian sebenar BENCANA BANJIR #disaster #survival yang pernah berlaku pada JULY 1997 dahulu melibatkan 3 BUAH NEGARA (POLAND, GERMANY & CZECH REPUBLIC)!
HIGH WATER (2022) mengisahkan tentang amaran banjir yang akan berlaku di Wrocław, Poland oleh seorang Pakar Hidrologi bernama Jasmina Tremer..Jasmina ni memang dok mengkaji kenaikan paras air yang menunjukkan tanda² berpotensi untuk banjir tetapi amaran Jasmina ni dibangkang, ditolak oleh government & Professor Novac yang terlampau yakin bahawa bandar Wrocław tak akan sesekali terkena banjir tersebut..
Pelbagai usaha yang dilakukan Jasmina untuk menyakinkan government yang ada 1 cara untuk mengelakkan banjir besar berlaku, iaitu dengan memecahkan tambak di sebuah ladang di Kety, Poland yang mana tambak tersebut ada dasar sungai bawah tanah malangnya usaha Jasmina gagal apabila penduduk ladang tidak bersetuju dengan cadangan Jasmina disebabkan tiada keyakinan dari pihak kerajaan untuk membantu mereka..
Yelah kerajaan pun takder bersuara nak bagi pampasan ke apa ke, dok sibuk dengan politik, pilihanraya masing²..Lepas tu nak pecahkan tambak kawasan mereka tinggal semata² nak elakkan banjir di Wrocław..Dah tu kehidupan mereka macam mana? Rumah mereka macam mana?😒
Bila banjir dah melanda, baru nak kelam kabut semua 😒

Bencana alam yg x disangka2 yg bahaya....tp tngk petanda mcm kt akan hadapi banjir yg besar nie
 
1665237087305.png

apa benda ni LOL
 
kat negara ni, pakar pengurusan bencana dah bagi nasihat supaya kerajaan tak buat pru tahun ni sebab berisiko banjir..
tapi umno tetap desak, nak jugak buat pilihanraya tahun ni..
dorang ni jenis tak peduli risiko banjir yg boleh menyusahkan orang ramai..

Back
Top
Log in Register