kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,700
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,700
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Dr Abdul Gapar Abu Bakar
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersedia melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di seluruh negara berdasarkan permohonan kerajaan negeri dalam usaha memastikan paras air empangan kekal stabil susulan cuaca panas ketika ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA Datuk Dr Abdul Gapar Abu Bakar berkata setiap permohonan yang dikemukakan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) akan dinilai secara menyeluruh sebelum operasi dilaksanakan.
“Kita akan mempertimbangkan setiap permohonan, contoh jika negeri Perlis mengemukakan permohonan dan pada masa sama, Kedah turut berdepan isu sama, jadi kita akan laksanakan sekali gus. Biasanya, jika ada saja permohonan kita akan laksanakan,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian ketika menyertai penerbangan OPA bagi kawasan Melaka dan Johor menggunakan pesawat C130-Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), semalam.
Penerbangan itu turut disertai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Ambun Dindang dan wakil Bernama, sebagai sebahagian daripada OPA melibatkan empat negeri, iaitu Perlis, Kedah, Perak dan Johor yang bermula pada Isnin lepas.
Abdul Gapar berkata sejak tiga tahun lepas, NADMA bersama-sama agensi berkaitan temasuk MetMalaysia, TUDM, Jabatan Kerja Raya serta Jabatan Pengairan dan Saliran telah melaksanakan 21 siri OPA di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 11 operasi dilaksanakan pada 2024, satu operasi pada 2025 dan sembilan operasi pada tahun ini melibatkan beberapa empangan utama antaranya Empangan Bukit Merah di Perak, Empangan Muda (Kedah), Empangan Machap (Johor) dan Empangan Timah Tasoh (Perlis).
“Alhamdulillah, saya boleh katakan menerusi setiap operasi yang kita laksanakan, hujan berjaya dihasilkan dan membantu meningkatkan paras air empangan kembali normal,” katanya.
NADMA Komited Laksana Pembenihan Awan Pastikan Paras Empangan Selamat
NADMA, OPA, pembenihan awan, empangan, MetMalaysia