BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perlmutter, Adikomputer AI Terpantas Dunia Dengan 6159 GPU NVIDIA A100

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Adikomputer kecerdasan buatan terpantas dunia memulakan operasinya minggu lalu. Komputer yang diberi nama Perlmutter ini terletak di Pusat Pengkomputeran Sains Penyelidikan Tenaga Nasional (NERSC) Amerika Syarikat ini menggunakan 6159 GPU NVIDIA A100.

Ia akan digunakan untuk menghasilkan peta tiga dimensi alam semesta dan mencari sumber tenaga lestari dari zarah sub-atomik. Data dari Dark Energy Spectroscopic Instrument (DESI) akan diproses setiap hari oleh Perlmutter bagi mencari sumber tenaga gelap di alam semesta. Sebelum wujudnya Perlmutter, data yang dihasilkan oleh DESI mengambil masa berminggu-minggu sebelum boleh digunakan oleh ahli saintis.

Data yang sama diproses oleh Perlmutter dalam masa beberapa hari sahaja atau bersamaan dengan 20 kali ganda lebih pantas. Nama Perlmutter digunakan sempena nama Saul Perlmutter yang kajian beliau menjurus kepada penemuan sumber tenaga gelap.

NVIDIA-Perlmutter-Adikomputer-A-950x475.jpg.webp

Sumber asal https://blogs.nvidia.com/blog/2021/05/27/nersc-perlmutter-ai-supercomputer/
 
Back
Top
Log in Register