BTC USD 62,528.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS PERLIS - The Northern Lion

Dxmd4uNUUAAwHBh.jpg
 
JERSI RASMI PEMAIN PERLIS NORTHERN LIONS

Home - Kuning
Away - Biru
Alternate - Hijau

Harga: RM69.00

Boleh didapati di pekarangan stadium bermula jam 10.00 pagi, 24 Januari (Khamis).

Dxmo9m_UwAA7ioT.jpg


Dxmo-E5UcAAsQB_.jpg


Dxmo-kMVAAA-VMS.jpg
 
2019 Skyhawk Perlis Northern Lions Home Shirt


vzai69.jpg



2019 Skyhawk Perlis Northern Lions Away Shirt


v7x2p.jpg



2019 Skyhawk Perlis Northern Lions Alternate Shirt


11qo761.jpg





2019 Skyhawk Perlis Northern Lions Home GK Shirt


2hs57d1.jpg



2019 Skyhawk Perlis Northern Lions Away GK Shirt


29qgynk.jpg



2019 Skyhawk Perlis Northern Lions Alternate GK Shirt


rhpbhk.jpg




 
Paling lewat selesai 7 Mac, itu janji terbaru PFA

Presiden-PFA-Amizal-Shaifit.jpg

Harapan besar pemain-pemain skuad Liga FAM Perlis 2018 untuk menerima pembayaran tunggakan gaji mereka sebelum hujung bulan ini sepertimana dijanjikan, tinggal sekadar harapan.

Sebaliknya satu persetujuan baru pula dicapai, di mana Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) tampil dengan janji akan melangsaikan hutang tunggakan gaji selama empat ke tujuh bulan bagi musim 2018 selewat-lewatnya 7 Mac depan.

PFA juga sebelum ini pernah berjanji kepada pemain-pemain yang membuat tuntutan itu bahawa ianya akan diselesaikan sebelum 7 Januari, namun tidak ditunaikan.

Selepas isu itu dibangkitkan di media pada minggu lalu, difahamkan pemain-pemain telah dipanggil untuk perbincangan dengan PFA pada hari ini dan mereka meletak harapan tinggi akan ada berita gembira diterima.

Begitupun Presiden PFA, Datuk Amizal Shaifit Ahmad Rafie berkata, “Kita telah mencapai kata sepakat berhubung soal gaji dalam pertemuan bersama pemain hari ini. Kita mungkin akan menggunakan duit geran yang diberikan MFL untuk menyelesaikan tunggakan tersebut. Itu jaminan kita, jadi kita harap isu ini tidak perlu lagi dibesarkan.

“Saya juga mengalukan mana-mana pihak yang berminat untuk taja kita supaya tampil ke depan, kerana memang tidak dinafikan isu yang melanda PFA baru-baru memberi kesan besar. Kita bermula daripada bawah dan apabila sudah mendapat keyakinan daripada penaja, isu tersebut (tunggakan) meletus seterusnya memberi impak negatif kepada pasukan menyebabkan ada yang tarik diri.”

Sebelum ini, PFA pernah menyatakan bahawa mereka akan berusaha sebaik mungkin untuk selesaikan tunggakan gaji tersebut untuk membalas kepercayaan diberikan MFL, dan penggunaan geran tahunan hanyalah solusi terakhir.

Sebagai rekod, awal bulan ini PFA menyatakan bahawa mereka akan berusaha sebaik mungkin untuk selesaikan semua kemelut tunggakan gaji tersebut untuk membalas kepercayaan diberikan MFL, dan penggunaan geran tahunan hanyalah solusi terakhir.

Malah MFL sendiri pernah memuji kesungguhan serta komitmen ditunjukkan oleh pengurusan baru PFA itu, bagaimanapun MFL turut meletakkan syarat kesemua tunggakan itu perlu dijelaskan dalam 60 hari dan jika gagal pembayaran akan dibuat melalui pemotongan geran tahunan.

Apa sekalipun, pemain-pemain pastinya mengharapkan agar janji PFA tersebut tidak dimungkiri sekali lagi, dan sekiranya ia berlaku sudah tentunya akan memberikan tempias yang cukup teruk kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan MFL yang meluluskan penyertaan mereka.

Dalam pada itu, Amizal Shaifit meletakkan keyakinan bahawa segala isu semasa melanda PFA tidak akan sesekali melunturkan semangat skuad singa utara untuk melontarkan cabaran serius seterusnya melayakkan diri ke Liga Super 2020.
 
MFL Mahu Penjelasan Daripada PFA

Kevin-Rama.jpg


Pengelola Liga Malaysia, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memberikan tempoh sehingga 15 Februari untuk Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) bagi memberikan penjelasan sekaligus menyerahkan dokumen mengenai situasi kewangan persatuan itu.

Dokumen tersebut akan diserahkan kepada Ahli Lembaga Pengarah MFL pada tarikh yang sama dan MFL mahukan penjelasan yang konkrit mengenai situasi kewangan pasukan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata pertemuan beliau dengan Presiden PFA, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie mendapati badan induk itu mengalami masalah kewangan dan pembayaran gaji pemain musim ini.

“Kita sudah memaklumkan kepada PFA sebagai satu peringatan yang 15 Februari ini adalah tarikh di mana kita sebagai sekretariat akan mengemukakan laporan kepada Ahli Lembaga Pengarah MFL bagi keadaan semasa PFA untuk tindakan susulan.

“Jadi kita bukan sahaja berdepan isu membabitkan PFA tetapi semua pasukan yang mengalami masalah di dalam proses pendaftaran mereka yang berkait dengan kelewatan bayaran-bayaran sepatutnya.

“Untuk makluman, kita sentiasa berhubung dengan kesemua pasukan, mengikuti perkembangan dan cuba memahami isu dihadapi satu-satu pasukan yang dikendalikan pengurusan baharu,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Tambah Kevin, PFA sudah sedia maklum mengenai tanggungjawab mereka dan akan mencari jalan penyelesaian bagi masalah ini.

“PFA menjelaskan mengapa kelewatan ini berlaku dan pertemuan ini memberikan satu ruang kepada pihak pengurusan mereka dan mereka menyedari tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah dalam tempoh terdekat ini,” tambahnya.

Kemelut kewangan yang dihadapi oleh PFA ketika ini membuatkan masa depan mereka dalam saingan Liga Perdana musim ini samar. Para pemain dikhabarkan mahu meninggalkan pasukan kerana mereka masih belum menerima gaji pertama sejak menyertai pasukan.

Antara nama-nama yang dikatakan bakal meninggalkan Perlis ialah Badhri Radzi, Khyril Muhymeen, Safee Sali dan Nasriq Baharom. Keempat-empat pemain yang pernah beraksi bersama skuad kebangsaan ini dibawa masuk bagi mengukuhkan pasukan sebelum saingan musim 2019 bermula.

Jika perkara ini berlaku, maka Perlis berkemungkinan besar tidak mempunyai pemain yang cukup untuk menghadapi pasukan UiTM FC pada perlawanan minggu kedua Liga Perdana 2019.
 
da bole closed thread da nie hehehe

hampeh pnya presiden doraemon, janji bulan bintang last2 lari tggl team
 
174-whatsapp_image_20190220_at_7.11.03_pm.jpeg

MFL BATALKAN PENYERTAAN PERLIS DALAM LIGA MALAYSIA


Malaysian Football League (MFL) menerusi Ahli Lembaga Pengarah MFL sebulat suara telah bersetuju untuk membatalkan penyertaan Perlis dalam Liga Malaysia 2019 berkuatkuasa, hari ini.

Keputusan Ahli Lembaga Pengarah MFL untuk membatalkan penyertaan Perlis dibuat selepas meneliti secara terperinci dokumen kewangan yang diserahkan oleh Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) pada tarikh akhir Isnin lalu (18 Februari 2019).

Berdasarkan dokumen kewangan berkenaan, Ahli Lembaga Pengarah MFL mendapati sumber pendapatan PFA termasuk daripada penajaan berdasarkan perancangan kewangan mereka tidak mencukupi untuk menguruskan pasukan bersaing dalam Liga Malaysia musim ini.

MFL sudah memberikan bantuan dan ruang secukupnya untuk Perlis mengatasi masalah kewangan mereka dan akhirnya satu keputusan perlu dibuat bagi memastikan ia tidak memberi kesan lebih buruk kepada pemain-pemain dan Liga Malaysia itu sendiri.

Dengan keputusan pembatalan penyertaan Perlis, kami prihatin dengan kemelut yang bakal dihadapi pemain Perlis. Justeru itu, Ahli Lembaga Pengarah MFL juga bersetuju untuk melanjutkan tempoh pendaftaran pemain-pemain Perlis selama 30 hari bermula hari ini bagi memberikan ruang kepada mereka mencari pasukan baharu memandangkan tempoh pendaftaran pemain akan ditutup pada jam 11.59 malam ini.

Selain kes Perlis, MFL turut mengkaji enam lagi pasukan yang berdepan masalah tunggakan gaji tetapi buat masa ini kami mengumumkan dahulu keputusan melibatkan Perlis kerana ia adalah kes lebih berat dan mendapat perhatian ramai pihak.

Ahli Lembaga Pengarah MFL kini sedang menilai kes enam lagi pasukan itu dan akan mengumumkan keputusan dalam masa terdekat.

Untuk makluman, Perlis mendapat slot untuk menggantikan tempat MIFA dalam Liga Premier selepas kelab yang kini dikenali sebagai Petaling Jaya City FC itu dinaikkan taraf ke unifi Liga Super susulan penarikan diri Felcra FC.

Pemilihan Perlis itu dibuat selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuka permohonan kepada pasukan berminat dan akhirnya mencadangkan tiga pasukan iaitu Kuching FA, ATM dan Perlis dari Piala FAM untuk mengisi slot Liga Premier berdasarkan dokumen perancangan pasukan berkenaan termasuk aspek kewangan.

Daripada tiga pasukan ini, Ahli Lembaga Pengarah MFL kemudian membuat pemilihan berdasarkan kriteria tertentu antaranya kekuatan penyokong, masalah hutang dan perancangan kewangan menjadi faktor pemilihan Perlis untuk bermain dalam Liga Premier musim ini.

Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) dan MFL telah membuat perjanjian bersama yang mana mereka diberikan tempoh 60 hari menyelesaikan masalah tunggakan gaji sementara MFL menyekat geran tahunan mereka pada 28 Disember lalu.

MFL telah meminta Presiden PFA, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie menyerahkan segala bukti dokumen kedudukan kewangan mereka sebelum 15 Februari lalu namun maklumat diberikan tidak cukup dan PFA diberikan tempoh 48 jam lagi untuk menyerahkan dokumen tambahan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam


https://www.malaysianfootballleague.com/portal/news-details?id=174
 
Back
Top
Log in Register