BTC USD 60,554.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS PERLIS - The Northern Lion

Dwb5cp_VAAARiCk.jpg

"JIKA ANDA MAHU BANGKIT UNTUK MENCABAR, ANDA HENDAKLAH BERSEDIA UNTUK BERUBAH"

#singautara #northernlions #demimukuningbiruku​
 
safee1001_1547115140.jpg

'Kuda tua' senjata Singa Utara


KUALA LUMPUR: Ketika pasukan lain sibuk mencari atau melindungi pemain muda berkualiti dengan menetapkan klausa pelepasan mencecah hingga RM12 juta, mungkin ramai yang terlepas pandang mengenai percaturan berbeza dilakukan pendatang baharu Liga Perdana, Perlis.

Perlis yang dinaikkan pangkat selepas jatuh ke saingan Piala FAM musim lalu dilihat mengikat ramai pemain berusia atau 'kuda tua' sebagai 'senjata' mereka untuk mengharungi Liga Perdana musim ini.

Antara pemain berusia yang sudah ditandatangani skuad Singa Utara itu termasuk bekas kapten Kelantan Mohd Badhri Radzi, Safee Sali, Azmi Muslim, Khyril Muhymeen, Azmizi Azmi dan Amirizdwan Taj dengan semua pemain itu berusia 30 tahun ke atas.

Mohd Badhri bagaimanapun menegaskan faktor usia bukan halangan buat pemain untuk tidak mempamerkan persembahan cemerlang dan membantu pasukan mencipta kejayaan.

Dia yang lebih dikenali sebagai Piya juga menyifatkan pemain yang berstatus kuda tua masih relevan untuk berada dalam mana-mana pasukan.

"Tidak kisahlah kuda tua atau kuda lama kerana dalam satu pasukan sekurang-kurangnya perlu ada empat atau lima pemain berpengalaman untuk digandingkan bersama pemain muda yang berkualiti.

"Bukan kata semua 11 pemain dalam padang itu kuda tua, maknanya kena campur dengan pemain muda dan import. Jangan pandang kuda tua tiada tenaga, kalau pemain muda tapi main tak cerdik tiada guna juga.

"Sekarang ini kami dalam pasukan Perlis tiada masalah, cuma perlu mencari keserasian. Tapi ia boleh diselesaikan kerana pengurusan sudah mengatur banyak aksi pramusim," kata pemain berusia 36 tahun itu.

Selain mengikat pemain berusia, Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie dalam kenyataan sebelum ini juga menjelaskan mereka akan memilih pemain import yang sudah ada pengalaman beraksi di Liga M.

Selain itu, Piya berharap PFA dapat mengikat pemain import yang mampu membentuk kombinasi terbaik bersama pemain tempatan dalam mencapai sasaran yang ditetapkan pengurusan.

"Sekarang kami nak import yang berkualiti, kami nak bergantung kepada mereka bukan mereka bergantung kepada kami. Apa yang positif semua pemain mengikut segala arahan jurulatih (Manzoor Azwira Abd Wahid).

"Jurulatih juga memainkan peranan dengan baik dan secara peribadi saya rasa tidak mustahil untuk kami mencapai sasaran presiden untuk muncul juara atau sekurang-kurangnya berada dalam kelompok lima terbaik Liga Perdana," katanya.


https://www.hmetro.com.my/arena/2019/01/410670/kuda-tua-senjata-singa-utara
 
Perlis hilang 4 penaja

asqw_1547720752.jpg


KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) mengesahkan empat penaja utama mereka menarik diri daripada menaja skuad Singa Utara susulan kemelut masalah tunggakan gaji yang melanda persatuan itu.

Walaupun tidak mendedahkan berapa jumlah tajaan terlepas itu, namun difahamkan ia berjumlah jutaan ringgit kerana membabitkan kumpulan penaja utama.

Presiden PFA, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie berkata, apa yang menyedihkan adalah perkara itu berlaku ketika perbincangan bersama penaja sudah mencapai tahap 95 peratus dan hanya menunggu untuk menandatangani persetujuan.

Luahan daripada Ahmad Amizal menyebabkan sidang medianya di ibu negara, hari ini, menjadi penuh emosi selepas beliau dilihat menangis ketika mengesahkan perkara itu.

“Perlis kosong, tiada apa-apa, tiada siapa nak taja perlis. Tiada apa-apa nilai yang orang boleh taja Perlis, kita buat latihan di Kuala Lumpur semata-mata untuk meyakinkan penaja sebab mereka boleh dekat dengan pemain dan bukan suka-suka untuk buat latihan di sini.

“Nak dapat penaja bukan senang, bukan Perlis saja, semua pasukan. Bila kita hilang penaja walaupun sudah sampai tahap 95 peratus perbincangan, ia satu kerugian buat semua.

“Penaja percaya kepada pengurusan baharu, cuma benda yang berlaku ini menjadi satu benda yang negatif kepada penaja dan kalau kita nak cari penaja yang baru, bukan satu benda yang mudah. Tapi saya bukan individu yang akan berputus asa,” katanya.

Isu tunggakan gaji skuad Singa Utara bukan perkara baharu, namun ia semakin hangat selepas 18 pemain Perlis Northern Lions 2 (PNL 2) mendakwa mereka terpaksa melakukan kerja lain termasuk menjadi nelayan untuk menyara hidup kerana belum mendapat tunggakan gaji daripada PFA.

Justeru, Ahmad Amizal turut membuka pintu rundingan dengan kumpulan pemain berkenaan bagi menyelesaikan segala kemelut dan bukan hanya berbalas kenyataan di media.

“Saya ambil Perlis dalam keadaan kosong, satu benda pun tiada, jadi saya bukan nak minta pemain, peminat atau masyarakat faham. Tapi saya ambil Perlis dalam keadaan ada hutang dan saya rasa semua orang tahu benda itu.

“Jadi, pada 25 Januari nanti boleh datang jumpa dengan pengurusan dan kita cari jalan terbaik selesaikan salah faham ini. Biarlah perjumpaan itu membabitkan pemain yang mula-mula kami jumpa dulu tanpa ada pihak ketiga atau keempat,” katanya.

Selain itu, beliau turut menjelaskan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya ada individu yang betul-betul berminat untuk memikul tugas sebagai Presiden PFA.

“Saya duduk di sini (sebagai presiden) bukan saya gila pangkat, bukan gila jawatan atau nama. Kalau hari ini ada mana-mana pihak yang rasa bertanggungjawab atau rasa dia mampu untuk ambil alih tampuk kepimpinan Perlis, saya lepas (jawatan).

“Tidak perlu gulingkan saya, tidak perlu jatuhkan saya, tak perlu buat apa-apa, hanya datang maklumkan nak ambil alih Perlis,” katanya.
 
Perlis Northern Lions New Logo (2019) - Revised


2r2born.jpg


 
Back
Top
Log in Register