TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,644
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,644
- Reaction score
- 38,260
- Points
- 2,836
| BMU - Informasi Semasa |
Pemain Manchester United, Amad Diallo telah mengemaskini status terkini mengenai kecederaannya selepas dikeluarkan ketika aksi menentang Arsenal dalam pertemuan Jelajah Pra Musim 2023 awal pagi semalam.
Selepas masuk pada separuh masa, pemain berusia 21 tahun itu bertembung dengan pertahanan Gunners Jurrien Timber, dengan Facundo Pellistri masuk menggantikannya sejurus belum pun sejam aksi di New Jersey.
Tampak seperti memegang buku lalinya, dan dalam ketidakselesaan sebenar, jelas terdapat kebimbangan awal mengenai tahap kecederaan, terutamanya apabila beliau dilihat meninggalkan Stadium MetLife dengan bertongkat.
Bagaimanapun, pemain sayap itu telah mengemaskini status Instagram dengan nada yang agak menyenangkan hati para peminat.
''Saya agak risau jika ianya teruk, ALHAMDOULILAH (alhamdulillah) tiada apa-apa yang serius, saya akan kembali tidak lama lagi Inch'ALLAH (Insya-Allah),'' catatan anak muda United itu.
#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC