BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

EPL Perkembangan Kecederaan Pemain Manchester United

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836
FB_IMG_1690214761222.jpg


| BMU - Informasi Semasa |

Pemain Manchester United, Amad Diallo telah mengemaskini status terkini mengenai kecederaannya selepas dikeluarkan ketika aksi menentang Arsenal dalam pertemuan Jelajah Pra Musim 2023 awal pagi semalam.

Selepas masuk pada separuh masa, pemain berusia 21 tahun itu bertembung dengan pertahanan Gunners Jurrien Timber, dengan Facundo Pellistri masuk menggantikannya sejurus belum pun sejam aksi di New Jersey.

Tampak seperti memegang buku lalinya, dan dalam ketidakselesaan sebenar, jelas terdapat kebimbangan awal mengenai tahap kecederaan, terutamanya apabila beliau dilihat meninggalkan Stadium MetLife dengan bertongkat.

Bagaimanapun, pemain sayap itu telah mengemaskini status Instagram dengan nada yang agak menyenangkan hati para peminat.

''Saya agak risau jika ianya teruk, ALHAMDOULILAH (alhamdulillah) tiada apa-apa yang serius, saya akan kembali tidak lama lagi Inch'ALLAH (Insya-Allah),'' catatan anak muda United itu.

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC
 
FB_IMG_1691110682256.jpg


Bad News..

Sepertimana Kobbie Mainoo yang akan tersisih sekurangnya dua bulan, begitu juga alkisahnya buat pemain sayap muda United Amad Diallo..

Amad Diallo akan terlepas untuk fasa pertama permulaan musim selepas menerima kecederaan ketika jelajah pra musim menentang Arsenal minggu lepas..

Agak malang juga buat pemain muda yang baru mahu menyerlah musim ini terlepas permulaan musim baru. Big season buat Amad Diallo sebenarnya untuk bagi saingan buat Antony.

Jadi, dengan kecederaan ni, sah Amad akan kekal bersama United musim ini dan akan kembali sekurangnya sebelum pertengahan musim..

#AMU12
#ManUtd
 
FB_IMG_1691867775891.jpg


| BMU - Informasi Semasa |

RASMI. Tom Heaton dilaporkan mengalami kecederaan betis dalam sesi latihan dan dijangka akan keluar selama beberapa minggu.

Dengan Nathan Bishop telah menyertai Sunderland, dan Matej Kovar hampir melengkapkan perpindahan ke Bayer Leverkusen, Dean Henderson mungkin akan dipaksa untuk kekal.

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC
 
FB_IMG_1692981076838.jpg


| BMU - Informasi Pemain |

RASMI. Pihak kelab Manchester United mengesahkan Luke Shaw akan terlepas beberapa perlawanan untuk pasukan selepas mengalami kecederaan otot.

Beliau dijangka direhatkan selama beberapa 'minggu' sehinggalah kecederaannya pulih seperti sedia kala.

#BMU #MUFC #GGMU #BMU7
 
FB_IMG_1692981269215.jpg


|BMU-Sidang Media |

1)Eric Ten Hag tentang kecederaan Pemain:

🚨”Kami tidak boleh menentukan mengenai tempoh masa kecederaan Shaw tetapi dari segi pandangan peribadi saya mereka akan diketepikan buat sementara waktu.”Luke dijangka akan disisihkan lebih lama daripada Mount”.

“Selain itu pemulihan Malacia juga akan mengambil masa beberapa minggu.”Sudah tentu, kami mempunyai penyelesaian dalam skuad kami untuk menanganinya.”Kami sentiasa berharap untuk mengelakkannya, tetapi kecederaan itu tetap berlaku dan kami perlu bersedia untuk mereka jadi begitulah keadaannya.

“Itu sudah menjadi perkara biasa dengan senario bola sepak dilevel yang tertinggi dimana apabila ia mencapai had maka kecederaan akan datang.

2)Eric Ten Hag mengenai Hojlund:

🚨”Ia akan disediakan tetapi bukan untuk esok tetapi dia semakin hampir untuk itu.Hari ini untuk pertama kalinya, dia telah datang ke latihan bersama pasukan, jadi minggu depan kami menjangkakan dia akan melakukan sesi latihan bersama pasukan secara penuh dan sudah tentu itu akan membuat dia semakin hampir untuk bermain”.

#BMU03
 
FB_IMG_1692981391970.jpg


Another injury.

Selepas mengumumkan Mason Mount akan terlepas beberapa perlawanan akibat kecederaan, kini pemain pertahanan Luke Shaw juga dikhabarkan telah mengalami kecederaan dan tersisih untuk beberapa minggu..

Kini United hanya memiliki Alvaro Fernandez disebelah kiri dan Diogo Dalot juga mampu bermain di posisi tersebut..

#AMU12
 
FB_IMG_1692981717268.jpg


SHAW ATASI MOUNT !

Erik Ten Hag baru saja mengesahkan bahawa kecederaan Shaw akan lebih teruk dari jangkaan.

Shaw akan tersisih lebih lama dari Mason Mount yang dikhabarkan akan terlepas enam lapan minggu.

Jadi dengan ini Mount akan kembali sebelum Luke Shaw !

"Kami tidak dapat menentukan skala waktu (untuk cedera Shaw), ini masalah pribadi akhir-akhir ini, mereka akan tersisih untuk beberapa lama. Luke akan tersisih lebih lama dari Mason (Mount), saya rasa seperti itu."

“Woii board, aku nak Player lagi” (dalam hati Ten Hag)

#AMU12
 
FB_IMG_1693114377775.jpg


| BMU - Informasi Semasa |

Erik Ten Hag: "Raphael Varane mengadu sakit. Kami tidak mahu mengambil risiko dengannya. Saya tidak tahu sama ada ia serius. Kami perlu menunggu."

Jadi tiada sebarang perubahan taktikal pada permulaan babak kedua. Malangnya sekiranya kecederaan itu serius, United kini hanya mempunyai Harry Maguire dan Victor Lindelof sebagai alternatif selain Lisandro Martinez.

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC
 
🚨🔴 BREAKING:

Luke Shaw has a problem with the muscles of the leg he broke couple of years ago. He stressed that leg to much with playing football every 3-4 days especially last season.

He could be out till late December, as he needs at least 2 months away from any contact with the ball.

#MUFC
 
Back
Top
Log in Register