Menurut laporan Kaveh Solhekol, Ketua Wartawan Sky Sport, Raphaël Varane berkemungkinan tidak dapat beraksi sehingga enam minggu selepas mengalami kecederaan ketika menentang Nottingham Forest.
The Athletic melaporkan bahawa Aaron Wan-Bissaka dilaporkan menjadi pemain terbaru yang mengalami kecederaan.Pemain itu dilaporkan berkemungkinan akan berehat selama dua bulan ekoran mengalami kecederaan hamstring.
Manchester United kini telah kehilangan 11 pemain skuad utama.Boleh dikatakan enam hingga tujuh daripada mereka merupakan barisan utama Manchester United jika mereka cergas dan tersedia.
Tugas sukar buat Eric Ten Hag di awal musim kerana ketika ini Manchester United benar-benar pincang.
Tom Heaton, Aaron Wan-Bissaka, Raphael Varane, Luke Shaw, Tyrell Malacia, Sofyan Amrabat, Kobbie Mainoo, Mason Mount, Amad Diallo
Dalam mesyuarat kelab yang berlangsung pada hari isnin pegawai tertinggi Manchester United Richard Arnold telah ditanya mengenai krisis kecederaan teruk yang dialami oleh Manchester United ketika ini dan bagaimana untuk mengatasi masalah kecederaan yang sedang melanda mereka.
Dalam laporan dari The Athletic Arnold mengatakan bahawa United harus mempunyai pilihan yang tepat dari pemain akademi mereka untuk mengatasi masalah itu.
Arnold juga dilaporkan telah meneliti masalah kecederaan mereka dan mendakwa bahawa banyak kecederaan berpunca daripada perlanggaran ketika bermain dan bukannya disebabkan masalah lain atau masalah dalam cara United berlatih ketika sesi latihan atau mengenakan beban fizikal ke atas pemain mereka.
Laurie Whitwell melaporkan bahawa Erik Ten Hag enggan memberikan maklumat terperinci berkaitan kecederaan pemain kerana menganggap hal itu sebagai rahsia dan hanya orang yang berkaitan sahaja yang boleh mendedahkan hasil diagnosis.
Ten Hag juga tidak mahu maklumat itu terdedah kepada pihak lawan untuk membuatkan mereka tertanya-tanya dan dalam masa yang sama mengelak pemain United menjadi sasaran ketika dalam perlawanan.
Contoh terdekat adalah Scott McTominay yang telah diketepikan selama lima minggu pada akhir musim lalu. United tidak pernah mengesahkan status beliau kerana kecederaan sebenar berlaku di pergelangan kakinya dan kelab tidak mahu pihak lawan cuba menjadikan dia sebagai sasaran selepas dia kembali beraksi.
Manchester United mengumumkan bahawa pertahanan mereka Lisandro Martinez akan berehat panjang kerana mengalami kecederaan.
“Lisandro Martinez akan berehat dalam tempoh yang panjang berikutan kesan kecederaan kaki yang dialaminya pada April lalu.
“Kini telah ditentukan bahawa dia memerlukan masa rehat untuk sesi pemulihan.Pemeriksaan juga sedang dijalankan untuk memutuskan langkah seterusnya”ujar kenyataan kelab.
Selain itu pertahanan kiri Sergio Reguilon turut disahkan mengalami kecederaan dan dilaporkan akan terlepas pada pertemuan menentang Crystal Palace pada esok.
"Sergio Reguilon juga tidak akan beraksi dalam perlawanan Liga Perdana inggeris Sabtu ini menentang Crystal Palace kerana mengalami kecederaan ringan."ujar kenyataan kelab.
Samuel Luckhurst mendedahkan bahawa sejak Pra Musim 2023 bermula, 16 pemain yang berada dalam skuad semasa Manchester United telah mengalami kecederaan ataupun kurang sihat.
Kesemua pemain terbabit diketepikan dan terlepas sekurang-kurangnya satu perlawanan kecuali Lindelof yang dikeluarkan semasa United menentang Arsenal pada awal September lalu.