BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

EPL Perkembangan Kecederaan Pemain Manchester United

FB_IMG_1696012378266.jpg


Dua pemain muda United Amad Diallo dan Kobbie Mainoo dijangka akan kembali bulan Oktober selepas international break..

Amad Diallo yang menyerlah musim lepas bersama Sunderland, diperlukan untuk berikan pilihan diposisi sayap kanan. Ini disebabkan United sudah kehilangan Sancho dan Antony

Bagi Kobbie Mainoo pemain muda terbaik akademi United khidmatnya dinantikan dibahagian tengah. Persembahan yang mengagumkan pada pra musim, tetapi akibat kecederaan tidak dapat memulakan musim baru bersama skuad United

Kehadiran duo produk muda United akan berikan satu persaingan yang bagus untuk pasukan dan pilihan lain untuk Erik Ten Hag..

#AMU12
 
FB_IMG_1696042433888.jpg

FB_IMG_1696042436242.jpg


[ BMU - Pra Perlawanan ]

Perkembangan terkini skuad Manchester United menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Crystal Palace seperti yang dimaklumkan oleh Erik Ten Hag dan Manchester Evening News (MEN).
 
FB_IMG_1696042707256.jpg


Erik ten Hag dikatakan enggan memberikan butiran mengenai kecederaan pemain..

Ia disebabkan menganggap kecederaan itu sulit dari segi perubatan dan hanya orang yang cedera boleh mendedahkan diagnosis.

Ten Hag juga mahu maklumat itu tidak didedahkan kepada lawan..

Ia bagi mengekalkan beberapa misteri dan mengelak daripada menyasarkan semasa perlawanan.

Sebagai contoh, apabila Scott McTominay tersisih selama lima minggu pada penghujung musim lalu, United tidak pernah mengesahkan kecederaannya

Ia berkaitan kecederaan pada buku lalinya dan mereka tidak mahu pemain lawan cuba menghentamnya apabila dia kembali.

#AMU12
 
FB_IMG_1696042947354.jpg


1. Lisandro Martinez akan diketepikan untuk tempoh yang panjang kerana kecederaan kaki yang dialaminya pada April lalu. Laporan mengatakan mungkin mengambil masa dua tiga bulan

2. Pemain pertahanan kiri Sergio Reguilon juga telah mengalami kecederaan dan mungkin tidak akan kembali untuk United sebelum rehat antarabangsa bulan depan. Jadi United kini hanya ada seorang fullbacks iaitu Diogo Dalot.

3. Beberapa berita positif kembali pemain dari kecederaan dan negatif pemain lain yang mengalami kecederaan. Isu pemain tengah hampir selesai hanya menunggu Kobbie Mainoo

4. Kini United menghadapi isu pertahanan tengah dan bek sisi kiri dan kanan.

5. Ramai-ramai.. takdir !!!!

#AMU12
 
FB_IMG_1696079063501.jpg


Erik ten Hag: “Kami melakukan diagnosis yang betul, mereka juga melakukannya di Argentina. Sekarang apabila didedahkan ada masalah, ia sangat menyedihkan. Saya rasa itulah perbezaan besar yang Licha Martinez main dalam 2 perlawanan terakhir."

“Itu bukan Licha yang kami lihat pada musim pertama di sini. Dia akan menambah kualiti kepada pasukan apabila tersedia dan cergas, tetapi bukan itu sahaja, dia adalah penyumbang kuat kepada standard kami. Apabila tahap seorang pemain menurun, tahap prestasi pasukan juga menurun.”
 
FB_IMG_1696260155087.jpg


[ BMU - Informasi Pemain ]

Lisandro Martínez dilaporkan telah mengambil ubat tahan sakit semasa beraksi dalam perlawanan menentang Brighton dan Bayern Munich. Bersangkutan itu, satu ujian saringan yang dibuat pada Khamis lepas mendapati keretakan di kakinya tidak sembuh dengan baik.

Pemain berusia 25 tahun itu akan menjalani pembedahan kedua di bahagian metatarsal yang retak pada hari ini selepas jangkaan asal beliau pulih daripada kecederaan tidak menepati ramalan. Prosedur kali ini akan menyebabkan beliau bakal tersisih selama 2 hingga ke 3 bulan untuk proses pulih sepenuhnya.

Moga cepat sembuh dan sentiasa kuat, Martinez.

#BMU15 #BMU #GGMU #ManUtd #MUFC #ManchesterUnited
 
FB_IMG_1696346633774.jpg

FB_IMG_1696346639848.jpg


[ BMU - Pra Perlawanan ]

Perkembangan terkini skuad Manchester United menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Galatasaray seperti yang dimaklumkan oleh Erik Ten Hag dalam Sidang Media Pra Perlawanan semalam.

#BMU15 #BMU #GGMU #ManUtd #MUFC #ManchesterUnited
 
FB_IMG_1697389595900.jpg


Satu datang membaik, satu lagi pergi cedera.

Positif kembali beberapa pemain dari kecederaan dan negatif pemain lain pulang dengan cedera

Pemain tengah United, Casemiro mengalami kecederaan semasa Brazil seri 1-1 dengan Venezuela

Ini turut disahkan oleh pengurus pasukan kebangsaan Brazil Fernandeo Diniz.

Selepas ini, Brazil akan menentang Uruguay untuk perlawanan seterusnya. Adakah Casemiro akan beraksi belum dapat dipastikan

Kem United kembali bermain dalam liga menentang Sheffield United selepas itu bermain di UCL menentang Copenhagen

Penghujung bulan Oktober Manchester Derby di Old Trafford

#AMU12
 
Back
Top
Log in Register