BTC USD 86,424.0 Gold USD 4,147.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perkara kecil tapi boleh batal solat

samesame

Active+ Member
gem
Messages
4,547
Joined
Sep 8, 2011
Messages
4,547
Reaction score
1,241
Points
111
Perkara nie kecik, tapi ramai juga yg mungkin tak tahu dan buat bila solat. So aku nak kongsi pd mereka yg belum tau.

Syarat untuk pengiraan rakaat, dia mesti bersama imam masa rukuk
sekurang-kurangnya dpt menyebut "subhanarabbial azim" sekali.

Jika kita takbir pertama dan dlm perjalanan turun utk rukuk, imam
bangkit dari rukuk , maka kita tak boleh kira rakaat itu,
maknanya kita kena tambah satu lg di akhir solat.

Yang banyak terjadi, dia tak sempat rukuk dgn imam tp dia kira
rakaat tersabut dlm pengiraan rakaat solat, jadi dia solat tak
cukup rakaat, maka solatnya tertolak.
 
tak paham ler
 
tq tt.aku paham. kebanyakan yg aku tgk pon mcm tu, imam rukuk n bagun jer, terus dia rukuk. ada time tu imam dah sujud, dia masuk saf n trus sujud, tp ending nya x tambah bilangan rakaat.
 
x brape paham yg rukuk tu..

setau aku.. kalo kite masuk saf imam dah rukuk.. mmg kne tambah satu rakaat..

tu care nak masuk berjemaah..

betul kan laa kalo aku salah..

kite same2 blaja
 
x brape paham yg rukuk tu..

setau aku.. kalo kite masuk saf imam dah rukuk.. mmg kne tambah satu rakaat..

tu care nak masuk berjemaah..

betul kan laa kalo aku salah..

kite same2 blaja

“Dari Zain bin Wahab: Saya keluar bersama Abdullah (Ibnu Mas’oud) dari rumahnya menuju ke masjid. Ketika kami sampai di tengah-tengah masjid, imam sedang rukuk maka Abdullah (Ibnu Mas’oud) bertakbir dan ruku, saya pun rukuk bersama beliau. Kemudian kami berjalan sambil rukuk sehingga sampai ke saf, (setelah sampai ke saf) jamaah sedang mengangkat kepala mereka untuk berdiri (berdiri i’tidal). Setelah Imam selesai solat, saya berdiri kerana menganggap bahawa saya belum mendapat (terlepas satu) rakaat. Maka Abdullah (Ibnu Mas’oud) menarik tangan saya dan menahan saya agar tetap duduk. Lantas (setelah selesai solat) beliau berkata: Sesungguhnya engkau mendapat rakaat.” (Hadis Riwayat Abi Syaibah, lihat: al-Mushannaf, 1/99/1-2. Aburrazak, 11/283, 3381. at-Thahawi, dalam Syarah al-Ma’ani, 1/231-232. at-Thabrani, dalam al-Mu’jam al-Kabir, 111/32/1. al-Baihaqi dalam as-Sunan, 11/90-91, dengan sanad yang sahih)


“Telah menceritakan kepada kami, Muhammad bin Nasr (beliau berkata): Telah menceritakan kepada kami Harmalah bin Yahya, telah menceritakan kepada kami Ibnu Wahab dan mengkhabarkan kepada saya dari ‘Ata’ bahawa ia (‘Ata’) mendengar dari Ibnu Zubair, beliau berkata di atas mimbar: Apabila seseorang antara kamu masuk ke masjid, sedangkan para makmum sedang rukuk, kemudian ia berjalan sambil rukuk sehingga masuk ke dalam saf solat, maka sesungguhnya (perbuatan/amalan) yang demikian itu adalah amalan sunnah (bertepatan dengan sunnah).” (Dikeluarkan oleh at-Thabrani. Lihat al-Awsat, 1/33/1, dan Mu’jam as-Saghir. Lihat: al-Mushannaf 11/284/3386 oleh Abdurrazak. Ibnu Khuzaimah dalam Sahihnya, no. 1571. al-Hakim, 1/214 dan menurut beliau sahih, bertepatan dengan syarat Bukhari dan Muslim. Dan disepakati oleh az-Zahabi. Al-Baihaqi, 11/106. Menurut Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani: Harmalah adalah Tsiqah, dia merupakan perawi Bukhari dan Muslim. Dan menurutnya sanad hadis ini sahih)
 
kalo dpt rukuk skali dgn imam, rakaat tu dikira.. walopun xsempat baca fatihah
 
x brape paham yg rukuk tu..

setau aku.. kalo kite masuk saf imam dah rukuk.. mmg kne tambah satu rakaat..

Kalu kita sempat rukuk bersma imam walau sekejap(sekadar sebut
subhanabbial azim sekali) maka rakaat itu dikira
 
Alhamdulillah, tambah satu ilmu hari ni.
 
Back
Top
Log in Register