BTC USD 60,523.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Perkara anda rindui tentang Pendidikan Seni

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Mewarna adalah salah satu aspek penting dalam subjek ini.
MEMBESAR sebagai pelajar sekolah di Malaysia, pasti kita semua akan melalui perkara ini dan jika ditanya, subjek kegemaran, pastinya salah satu daripadanya adalah subjek Pendidikan Seni.

Pendidikan Seni adalah satu satunya kelas yang memberikan kebebasan menzahirkan kreativiti tanpa halangan serta peluang untuk bermain dengan krayon, kertas berwarna, warna air.

Mari kita imbas kembali antara aktiviti yang pasti kita lakukan dalam subjek Pendidikan Seni.

Lukisan corak menggunakan penyedut minuman

Mudah iaitu dengan menitiskan beberapa titisan warna air di atas kertas lukisan, dan meniupnya menggunakan penyedut minuman dan ulanginya dengan pelbagai warna lain.

Cop ubi kentang

Caranya mudah, potong ubi kentang mengikut pelbagai bentuk dan rendamkannya di dalam warna air dan kemudian cop di atas kertas, maka terbentuklah corak. Bukan sahaja ubi kentang, sebaliknya antara bahan lain yang sering digunakan ialah batang pisang, batang betik dan pelbagai jenis daun.

Tekap duit syiling

Caranya sangat mudah iaitu hanya letakkan duit syiling di bawah kertas sebelum mewarnakannya dengan pencil atau pencil warna, ulanginya dengan saiz syiling berlainan.

Tampal kertas warna

Ini pasti perkara yang sering dilakukan. Gunting kecil kertas berwarna dan kemudian lekatnya di dalam bentuk yang dilukis di atas kertas sebelum itu.

Lukis bendera Malaysia

Tibanya hari merdeka, pasti kita akan dikehendaki melukis bendera Malaysia, mudah untuk lakukan garisan merah putih namun, pasti sukar jika mahu melukis bintang dan bulan.

Buah-buahan tempatan

Antara subjek yang menjadi kegemaran guru pendidikan seni adalah "buah-buahan tempatan dan yang pasti kita akan melukis sekali dengan bakulnya. Antara subjek lain yang sering dipilih guru adalah rumah idamanku serta gambar pemandangan.

Lukis topeng muka

Lukis mengikut karakter yang dikehendaki dan kemudian gunting mengikut bentuk dan mewarnakannya
 
aku rindu bawak ubi kentang main cop cop kt kertas hahah
 
ingat lagi waktu tu bawak batang daun pisang, bendi dan kentang untuk cop kat kertas dengan corak2 yang menarik memamg seronok.
 
lukisan paling aku ingat pasal wawasan 2020 semua lukis kereta terbang.

namun baru aku sedar 2020 orang malaysia pakat beli kereta jimat minyak EEV bukan kereta letrik atau kereta terbang.:))
 
time cop2 kawan2 bawak baatang pisang la, bawang, kentang ntak apa bala lg...aku lak slalu tak ingt nak bawak apa2.. kutip je daun2 kat sekolah.. hahahaha bijak2
 
gambarkan malaysia pada tahun 2020.cel.aka satu pun x betul
 
Tok ingat dulu buat anyaman guna kertas warna, cop guna kentang, bendi.. Pastu lukisan guna lilin.. Titis titis color.. At the end hasil warna yang sangat cantik..

Pastu sagat tempurung kepala sampai licin dan bersih pastu sapu cat..

Paling tak suka kertas surat khabar direndam dengan gam kanji buaf sendiri.. Tampal tampal kat mol seperti jug ker dah kering pastu kolor..

Uish bnyak gak nostalgia pasal kelas seni lukis.. Tapi yang pasti tak pernah dapat A :eek:
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register