BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perjanjian Damai Thailand-Kemboja: Trump Puji Peranan PM Anwar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,707
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,707
Reaction score
97
Points
80
d776fb5be0f4b31dc24775592088583c69022deb7e605

ab8508f399a08406fcb822215ec2ab1069022df73bc0f

da0b19695141401e53e82cec079b1b6a69022e01ea63f


Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump terus memuji kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, susulan kejayaan Malaysia memainkan peranan penting dalam memeterai perjanjian damai antara Thailand dan Kemboja, minggu lepas.

Bercakap pada Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC CEO Sumit Korea 2025) hari ini, Trump menyifatkan konflik antara kedua-dua negara itu sebelum ini sebagai “terlalu panas dengan peluru berterbangan di merata tempat”.

Namun, katanya hasil bantuan dan kebijaksanaan diplomasi Malaysia, rundingan damai berjaya dimuktamadkan di sela-sela  Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan mesyuarat berkaitan di Kuala Lumpur, Ahad lepas.

“Selepas kira-kira dua hari, dengan bantuan Malaysia yang bertindak sebagai pengantara, kita berjaya menamatkan rundingan itu. Kami menggunakan kemudahan yang sangat baik di Malaysia.

“Malaysia hebat dan banyak membantu dalam pelaksanaan perjanjian itu. Perdana Menteri (Anwar) juga seorang yang hebat. Saya baru sahaja meninggalkan beliau dan dalam tempoh dua hari, perjanjian itu ditandatangani.

“ Kedua-dua pihak (Thailand dan Kemboja) datang seperti sahabat karib. Ia satu pemandangan yang indah untuk disaksikan — kita mungkin telah menyelamatkan berjuta nyawa,” katanya dalam ucapan itu.

Perjanjian damai bersejarah yang dikenali sebagai Perjanjian Damai Kuala Lumpur itu ditandatangani oleh Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, dengan disaksikan oleh Trump dan Anwar sebagai saksi rasmi.

Trump kini berada pada peringkat akhir lawatan ke Asia selepas mengunjungi Malaysia dan Jepun.

 
Back
Top
Log in Register