BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perjanjian Air Pukal Pulau Pinang-Perak Jamin Bekalan Air Hingga 2072

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,768
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,768
Reaction score
289
Points
146

Perjanjian Air Pukal Pulau Pinang-Perak Jamin Bekalan Air Hingga 2072​

0c096ed66e63a3c028030003833d766b6a57964b0055e

--kredit FB Chow Kon Yeow

Pemeteraian Perjanjian Bekalan Air Pukal (BWSA) secara bersyarat antara Pulau Pinang dan Perak hari ini menjamin kecukupan bekalan air di Pulau Pinang bagi tempoh 40 tahun bermula 2032 hingga 2072.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata Perjanjian BWSA bagi Projek Air Perak-Pulau Pinang (P-PWP) yang dimeterai antara Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan Prasarana Air dan Irigasi Perak Sdn Bhd (PAIP Perak) itu merupakan perjanjian bekalan air paling signifikan dalam sejarah negeri sejak pelaksanaan Skim Air Sungai Muda pada 1973.

Beliau berkata P-PWP dirancang bagi memenuhi keperluan bekalan air negeri yang dijangka terus meningkat sejajar dengan pertumbuhan penduduk, pembangunan sosioekonomi serta kemasukan pelaburan baharu.

"Pada 2025, penggunaan air di Pulau Pinang adalah sebanyak 865 juta liter sehari (JLH) dan diunjurkan meningkat kepada 1,162 JLH atau lebih menjelang 2032 berikutan pelbagai projek pengembangan kilang dan pembangunan hartanah yang telah dirancang," katanya dalam kenyataan malam ini.

Terdahulu, Gamuda Bhd menerusi syarikat usaha samanya memeterai perjanjian bekalan air pukal dengan PBAPP bagi membekalkan air terawat dari Perak di bawah Skim Bekalan Air Perak Utara (NPWSS).

Perjanjian itu dimeterai oleh PAIP Perak, anak syarikat milik penuh Khazanah Air Perak Sdn Bhd (KAP), yang diperbadankan sebagai syarikat usaha sama dengan pegangan ekuiti 50:50 antara Gamuda dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) bagi melaksanakan NPWSS.

Chow berkata menerusi perjanjian itu, Perak akan membekalkan antara 300 hingga 500 JLH air terawat kepada PBAPP, manakala sebuah loji rawatan air baharu berkapasiti 500 JLH, lengkap dengan stesen pam, kolam simpanan air terawat, saluran paip berskala besar serta infrastruktur sokongan akan dibina di Perak bagi merealisasikan projek berkenaan.

"Jumlah perbelanjaan modal (CAPEX) yang diunjurkan bagi infrastruktur khusus P-PWP di Perak ialah RM8.4 bilion. Bagaimanapun, PBAPP tidak perlu melaburkan walau satu sen pun bagi pembangunan infrastruktur bekalan air P-PWP di Perak.

"Semua kos infrastruktur akan ditanggung oleh PAIP Perak. Selain itu, PBAPP juga tidak akan menanggung sebarang caj air mentah, kos pengambilan tanah atau perbelanjaan operasi (OPEX), termasuk kos menggaji kakitangan, mengendalikan, menyelenggara dan mengurus infrastruktur P-PWP di Perak," katanya.

 
Back
Top
Log in Register