BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Periuk nasi peniaga R&R Perasing terjejas kerana perhentian berhantu?!

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,544
Top Poster #10
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,544
Reaction score
4,820
Points
266

Dakwaan hantu jejas periuk nasi peniaga R&R Perasing​

Peniaga Hentian Rehat & Rawat (R&R) Perasing mendakwa perniagaan mereka merosot berikutan viral kononnya pemandu lori diganggu hantu.

CHUKAI: Dakwaan bahawa kawasan Hentian Rehat & Rawat (R&R) Perasing di Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2) berhantu, yang dibuat seorang pemandu lori sejak dua minggu lalu, mula menjejas perniagaan peniaga makanan di situ.
Perkongsian kononnya pengalaman seram pemandu lori terbabit ketika berada di kawasan hentian berkenaan, menyebabkan peniaga di situ terjejas sehingga 50 hingga 80 peratus perniagaan masing-masing.

"Kami berharap orang ramai tidak terpengaruh dan percaya dengan dakwaan itu," kata peniaga terjejas, Zuraida Mohd Ali.
Zuraida, 45, berkata dakwaan pemandu lori terbabit tular di media sosial sejak dua minggu lalu itu menyebabkan dia serta 20 peniaga di situ mengalami kerugian kerana orang ramai mengambil keputusan tidak berhenti di hentian itu.

"Memang berbeza dari kebiasaan kerana pengunjung tidak lagi berani untuk singgah di sini, terutamanya waktu malam.
"Kesan daripada dakwaan itu perniagaan kami merudum di antara 50 hingga 80 peratus sehingga ada di antara kami terpaksa membuang makanan kerana tidak habis dijual," katanya.

Beliau mendakwa, biasanya pendapatan hasil jualannya sekitar RM400 hingga RM500 sehari tetapi sejak kisah hantu yang diviralkan itu, pendapatannya kini merosot separuh.
Pekerja Kedai makan, Shazliana Mamat, 22, mengakui majikannya sering merungut kekurangan hasil jualan dan terpaksa menggunakan wang yang lain untuk membayar gaji pekerja.
"Kita sebagai pekerja turut bersimpati dengan majikan kami dan berharap pelanggan kembali singgah ke sini
"Ada peniaga dapat sekitar RM50 sehari dan ada yang mengambil keputusan menutup perniagaannya dengan lebih awal," katanya.

Beliau berharap cerita berkenaan hantu itu dapat dinoktahkan kerana sepanjang empat tahun berkerja, tidak pernah ada apa perkara yang menakutkan berlaku di situ.
"Majikan dan peniaga lain sangat bimbang berkemungkinan akan gulung tikar sekiranya keadaan itu berlarutan.
"Saya dimaklumkan majikan, dulu sembilan tahun lepas sudah berlaku dakwaan yang sama sehingga R&R ini sepi tanpa pengunjung dan kami sangat bimbang dan berharap supaya cerita hantu ini segera berakhir," katanya.

Sementara itu peniaga, Zarawi Mamat, 53, yang tinggal di Dungun, berkata sepanjang 10 tahun berulang alik ke Kuala Lumpur, R&R Perasing menjadi lokasi persinggahannya.
"Banyak kawasan R&R saya singgah. Tak kira siang atau tengah malam saya akan singgah di sini dan setakat ini tidak pernah saya bertemu atau diganggu makhluk halus.
"Kita tak nafi dengan makhluk halus ini ada tetapi sebaiknya perkara itu tidak diperbesarkan demi untuk kebaikan semua pihak," katanya.

Sebelum ini, seorang pemandu lori berkongsi pengalaman diganggu makhluk halus ketika memandu sendirian menerusi satu video dimuat naik di aplikasi TikTok sehingga meraih 1.6 juta tontonan.
Pemandu itu mendakwa kejadian itu berlaku pada 9 Oktober lalu di sebuah kawasan berhampiran R&R Perasing Kemaman.

Last edited:

Dakwaan hantu jejas periuk nasi peniaga R&R Perasing​

Oleh Rosli Ilham - Oktober 18, 2023 @ 12:11pm
[email protected]
facebook sharing button

whatsapp sharing button

twitter sharing button

Memang kurang berhenti kat sini sebab R&R ni agak jauh ke dalam
Tempatnya pun agak suram
Situ ada pun bas yang berhenti

Selalunya berhenti kat R&R Gambang je
Tengah² antara KL & KT
 
Aku mmg berenti sini
N mmg scary ooo suasana
Kalau malam aku xrasa aku nak berenti sini
 
Betul
Gambang selesa

Saya pernah sampai Gambang pukul 3 pagi
Ngantuk tido dlm kete
Pukul 6 bngn solat
Pastu gerak

Saya bukan nak tutup periuk nasi orang
Tapi sekadar kongsi pengalaman sendiri
Bagi yang nak singgah situ tak ada masalah sebab ruang parking pun luas
Tandas pun cantik je
 
Back
Top
Log in Register