BTC USD 83,430.2 Gold USD 4,161.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peristiwa Objek di langit 1992

itu jer yg aku ingat..mmg ramai pihak nak amik kesempatan mase tu..dari golongan gelabah biawak sampai ke golongan kaya raya terkene penangan niat serong diaorg nih.dlm tv xde siar sbb xmo bagi kegemparan..klo x silap aku dlm paper ada tapi dibuat gaya penulisan yg x menggelabahkan org ramai.kalo kita pk logik pun kalo nak kiamat pun mcm2 tanda dah ada sebagaimana dlm Al Quran bgtau.Allah dah kata kiamat xde sorg pun akan tau tarikh dia walaupun tanda2 kecil dh muncul lama dah.so kita umat Islam kene lebih proaktif dgn ancaman dan niat musuh2 kita terutama musuh org Islam ni..Islam nak kita maju dunia dan akhirat sekali..Islam nak umat dia maju dunia dan akhirat sekali..jgn biarkan org kafir amik kesempatan ke atas kita dgn menyangka kita akan lemah moral bila memikirkan soal kiamat.

Saya kurang setuju dengan andaian di atas ini.Kerana saya masih ingat pada tahun 1992 dulu ketika saya belajar di maktab sains mara kat Banting, masa itu ada majlis ceramah oleh mufti kerajaan negeri selangor ketika itu, Datuk Ishak Baharom yang datang ke sana.Saya masih ingat ketika itu Datok Ishak membidas secara terbuka di dalam ceramah beliau menteri yang jaga hal ehwal agama iaitu Datuk Abdul Hamid Osman kerana cuba menafikan fakta perkara tersebut.Menurut Dato Ishak, peristiwa tersebut adalah sesuatu yang benar berlaku kerana selepas penyiasatan rapi yang di buat oleh beliau sendiri terhadap pelajar, guru serta pekerja pekerja sekolah tersebut, ternyata mereka mengesahkan perkara tersebut dan peristiwa itu di saksikan oleh ramai orang di sekolah terbabit dan bukan oleh seorang dua atau bertiga.Jadi menurut Dato Ishak Baharum, perkara tersebut memang berlaku.
 
...

aku tau citer ni..negara jiran terdekat yg buat..sbb mase tu deorg dh mula jeles dgn ekonomi malaysia masa zaman pemerintahan tun dr mahathir.kenape mesti sekolah tu yg dipancarkan? suatu yg pelik dah tentu sekolah tersebut merupakan sekolah yg antara terbaik..diorg nak suh kita mula melupakan dunia dan fokus kepada akhirat agar ekonomi kita drop.

Kurang logik alasan di atas ni.Tahun 1992 dulu ekonomi malaysia belum gemilang lagi kerana masa tu baru nak recover dari kesan kemelesetan tahun 1987.Jadi tak masuk akal langsung negara jiran nak buat perkara macam ni kerana cemburu tentang ekonomi malaysia.Banyak cara lain yang boleh di buat dari nak buat perkara macam ni.
 
...

tu pancaran laser...yg aku paling pasti ade imej seperti org kene potong lidah berulang2 seolah nak bgtau kalo menipu kene potong lidah lah.mana mungkin Allah nak bg imej yg mcm ni utk menyedarkan manusia.cukuplah apa yg terkandung dlm Al Quran tu pun kita x habes kaji lagi..diaorg buat imej laser amik gaya seperti hukuman di akhirat.

Hujah tentang pancaran laser ni keluar dari mulut Dato Hamid Osman tetapi di nafikan oleh mufti selangor ketika itu, Dato Ishak Baharum
 
aku form 1 masa tu...sekolah agama JAIS gak..memang hangatlah masa tu ...keluar malam masa gi kelas mesti tenguk langit..mana tau nampak lagi ker..
 
byk2 tmpt kat dunia ni...
nape kat situ yg jadi...
akupun lupa time ni umo bape ntah
 
objek d langit ni kt kelantan berlaku waktu siang..bini aku yg tgk sdiri mase drjah 4..satu skolah tgk..xlogik la laser..
 
Pada 26 Julai 1992 telah berlaku satu fenomena yang sangat aneh, sekumpulan 200 pelajar sebuah sekolah agama di Klang, Selangor; mendakwa melihat 26 objek aneh yang secara tiba-tiba muncul di langit.

Objek aneh tersebut adalah gambaran 26 imej yang kelihatan di langit. Fenomena objek di langit ini telah mengemparkan Malaysia pada tahun 1992. Pelbagai spekulasi dan teori telah dibentangkan.

Malah pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sendiri telah melakukan penyiasatan sendiri. Pada mulanya mereka telah mengesahkan bahawa kejadian ini benar-benar berlaku berdasarkan temubual dengan saksi-saksi yang terlibat. Pihak Jais mengumumkan perkara ini dalam sebuah sidang akhbar pada 10 Oktober 1992.

Ekoran dari kejadian ini, ada sesetengah pihak yang mula mengambil kesempatan. Gambar-gambar objek di langit mula dijual. Malah ada juga kumpulan tertentu yang meramalkan bandar Klang akan tenggelam dilanda banjir. Mereka mengutip derma untuk membina 3 buah kapal besar. Ramai yeng terpengaruh dan kumpulan ini berjaya menyiapkan satu dari 3 buah kapal yang dirancang.

Ekoran dari itu, pihak Bahagian Hal-Ehwal Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri (BHEAI-JPM) pula melakukan siasatan. Dan akhirnya mereka mengishtiharkan bahawa kejadian Objek Di Langit ini hanyalah satu penipuan.

Benar atau tidak, peristiwa ini masih lagi menjadi misteri. Sungguhpun paparan imej di angkasa memang tidak mustahil boleh dilakukan dengan peralatan laser berteknologi tinggi, namun kita juga tidak harus lupa kepada kebesaran Allah

objek-di-langit-1.jpg



----sapa ingat lg peristiwa nih story skit
Alhamdulillah....
Sia antara yg berpeluang menyaksikan sebahagian kejadian aneh ini bersama rakan2 di asrama putera..... :)
Tahun 1992 adalah tahun sia ambil SPM.... :)
Untuk info, sia bersekolah di Sg. Manggis, Banting.... :)
 
Last edited:
bukan ke ade org yang kena tangkap sebab buat2 camtu untuk mrnakutkan orang
 
Back
Top
Log in Register