BTC USD 84,066.8 Gold USD 4,135.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peristiwa Objek di langit 1992

MrKacanG

Super Active Member
Messages
5,061
Joined
May 24, 2008
Messages
5,061
Reaction score
31
Points
70
Pada 26 Julai 1992 telah berlaku satu fenomena yang sangat aneh, sekumpulan 200 pelajar sebuah sekolah agama di Klang, Selangor; mendakwa melihat 26 objek aneh yang secara tiba-tiba muncul di langit.

Objek aneh tersebut adalah gambaran 26 imej yang kelihatan di langit. Fenomena objek di langit ini telah mengemparkan Malaysia pada tahun 1992. Pelbagai spekulasi dan teori telah dibentangkan.

Malah pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sendiri telah melakukan penyiasatan sendiri. Pada mulanya mereka telah mengesahkan bahawa kejadian ini benar-benar berlaku berdasarkan temubual dengan saksi-saksi yang terlibat. Pihak Jais mengumumkan perkara ini dalam sebuah sidang akhbar pada 10 Oktober 1992.

Ekoran dari kejadian ini, ada sesetengah pihak yang mula mengambil kesempatan. Gambar-gambar objek di langit mula dijual. Malah ada juga kumpulan tertentu yang meramalkan bandar Klang akan tenggelam dilanda banjir. Mereka mengutip derma untuk membina 3 buah kapal besar. Ramai yeng terpengaruh dan kumpulan ini berjaya menyiapkan satu dari 3 buah kapal yang dirancang.

Ekoran dari itu, pihak Bahagian Hal-Ehwal Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri (BHEAI-JPM) pula melakukan siasatan. Dan akhirnya mereka mengishtiharkan bahawa kejadian Objek Di Langit ini hanyalah satu penipuan.

Benar atau tidak, peristiwa ini masih lagi menjadi misteri. Sungguhpun paparan imej di angkasa memang tidak mustahil boleh dilakukan dengan peralatan laser berteknologi tinggi, namun kita juga tidak harus lupa kepada kebesaran Allah

objek-di-langit-1.jpg



----sapa ingat lg peristiwa nih story skit
 
kalau ada bentuk peringatan dan menunjukan kebesaran Allah, mesti ada kutu yang nafikan perkara tu dengan seribu satu alasan
 
masa ni aku masih budak2 lg....xbrp fhm lg
 
Ada dengar cerita ini,tapi akhirnya dianggap tidak benar atau saja-saja di adakan untuk tujuan memungut derma.Stakat inlah saya dengar dan baca.
 
ni mase aku skola rndah dl ni. dh x bape ingt
 
La teringat balik kisah ni..lama dah allahuakbar
 
hu x dak ka org lama dlm nih yg ingat peristiwa ni :-?
 
Back
Top
Log in Register