BTC USD 63,285.7 Gold USD 4,344.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peristiwa Bukit Kepong

so far, filem Bukit Kepong lah yg the best filem perang Melayu sampai skang.. takde lagi filem Melayu yg menyayat hati dan tragis macam filem nie ...
 
Tentera Selempang Merah

Tentera Selempang Merah berasal dari Johor, Malaysia di bawah pimpinan seorang kiai yang bernama Kiai Salleh yang penuh dengan ilmu kebatinan Melayu.

Tentera Selempang Merah ini menjadi terkenal selepas kekalahan tentera Jepun. Apabila Bintang Tiga mengamuk den membunuh tokoh agama dan pemimpin kampung, Tentera Selempang Merah tampil mempertahankan masyarakat Melayu dengan menyerang komunis dan tali barut mereka.

Pergerakan ini membantu membantutkan kekejaman komunis sehinggalah kehadiran kembali Tentera British ke Tanah Melayu selepas Perang Dunia II. Sewaktu kejadian 13 Mei, pasukan ini datang dari Johor untuk membantu orang melayu di Kuala Lumpur, bagaimanapun telah ditahan oleh pihak polis sebelum sempat membantu.

Kalau ikut cerita lisan, yg power sebenarnya bini beliau! Pernah pergi berubat dengan anak murid beliau sewaktu zaman kanak2 dahulu.......

Dan segalanya bermula selepas meminum air jampi yang telah disediakan oleh kiyai Salleh.....
 
Last edited by a moderator:
Tetapi ada pantangnya......

dan ada yg telah melanggar pantang dan mendapat kecelakaan akibat daripada perbuatan mereka, secara kebetulan..
 
Last edited by a moderator:
Kalau ikut cerita lisan, yg power sebenarnya bini beliau! Pernah pergi berubat dengan anak murid beliau sewaktu zaman kanak2 dahulu.......

bini beliau yg power?
boleh bro ceritakan tak?
mmg menarik kalu kita kaji sejarah ni..byk cerita yg kita tak tau..dan juga byk versi cerita sejarah ni..

p/s tentera selempang merah ni yg dikatakan kebal tu ker?
 
Banyak cerita yg saya dengar dari membaca dan dari pengalaman orang2 yg berjuang bersama-sama dengan kiyai Salleh.

Yup memang dengan izin Allah mereka dilindungi. Ingat tiada sesiapa pun dalam dunia ini yg kebal dan jangan sekali2 manyatakan atau meletakkan bahawa selempang merah itu yg membuatkan seseorang itu kebal. Boleh jatuh syirik kecil tu. Ingat ye beb!!:D
 
Last edited by a moderator:
Terdapat satu peristiwa di mana komunis merancang untuk mengepung dan seterusnya membakar rumah kediaman Kiyai dan isteri tetapi pada malam kejadian Allah telah "melamunkan" pengelihatan komunis sampai sehingga mereka tidak dapat mencari dan melihat di manakah rumah mereka..
 
Jika didengar cerita lisan, kalau tidak kerana arwah Datok Onn, memang mereka akan "meratakan" tanah semenanjung dari selatan hingga ke utara.
 
Last edited:
Tetapi demi menghormati Datok Onn, mereka terpaksa membatalkan niat mereka.

Tentera selempang merah ni dikenali juga dengan kehebatan keris terbang.

Dan pristiwa Bukit Keponglah yang sebenarnya telah mencetuskan pergerakan tentera selempang merah.

Masa zaman aku kecik2 dulu, bila tiba awal muharram je keris keris di bumbung rumah anak murid kiyai Salleh akan bergegar. Pada waktu itu jugalah boleh kelihatan ramai anak2 murid kepada anak murid Kiyai Salleh datang untuk mencuci keris. Ingat sekali lagi tiada daya kuasa upaya pada sesuatu melainkan Allah.
 
Last edited:
Banyak cerita yg saya dengar dari membaca dan dari pengalaman orang2 yg berjuang bersama-sama dengan kiyai Salleh.

Yup memang dengan izin Allah mereka dilindungi. Ingat tiada sesiapa pun dalam dunia ini yg kebal dan jangan sekali2 manyatakan atau meletakkan bahawa selempang merah itu yg membuatkan seseorang itu kebal. Boleh jatuh syirik kecil tu. Ingat ye beb!!:D

dengan izin allah mereka dilindungi...
 
Sekarang ada yg berani bersuara membawa balik chin peng laknat, menyanjung shamsiah fakeh sedangkan merekalah petualang negara yg tidak layak menjejak kaki di tnah bertuah ini.
 
Back
Top
Log in Register