BTC USD 83,389.5 Gold USD 4,265.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

peristiwa Al-Ma'unah

tau la musim hujan sejuk2 ni.keje nak mengorek je.hehehe.
 
Hari ini 21 tahun yang lalu, kumpulan militan Al-Maunah tumpas.
862-D251-D-74-A5-4496-B8-BC-B00-BA8-A63-FB1.jpg

Al-Maunah kononnya adalah sebuah pertubuhan persaudaraan yang mengamalkan ilmu persilatan, kebatinan dan perubatan tradisional Islam. Mereka mengatakan bahawa pertubuhan ini memiliki sekitar 1,000 keahlian di Malaysia, Brunei, Singapura, Mesir dan Arab Saudi.

Rupanya mereka merancang untuk melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menggulingkan kerajaan Malaysia. Pada awal pagi 2 Julai, 29 orang anggota militan ini dipimpin oleh Mohamed Amin Mohamed Razali melancarkan rancangan mereka.

Menyamar sebagai anggota tentera menaiki kenderaan 4x4 yang dicat hijau, mereka memperdaya kawalan di Kem Kuala Rhui dan Kem Batalion 304 Rejimen Askar Wataniah di Grik, Perak lalu melarikan 114 laras senjata api pelbagai jenis dan lebih 18,000 butir peluru.

Mereka seterusnya bersembunyi di hutan Bukit Jenalik, Sauk dan mendirikan kem di sana. Bunyi tembakan dari dalam hutan menggesa penduduk kampung melaporkan kepada polis. Pasukan khas elit VAT69 bersama tentera mula mengepung lokasi terbabit pada 3 Julai.

Anggota perisik dihantar untuk membuat tinjauan. Malangnya, kehadiran Sarjan Mohd Shah Ahmad dan Koperal R.Sagadevan serta seorang komando ATM, Truper Matthews anak Medan dikesan lalu diberkas. Lebih malang, Sagadevan dan Truper Matthews dibunuh dalam tahanan.

Sepanjang pengepungan, pihak keselamatan memasang penguat suara dan meminta anggota militan menyerah diri, namun tidak diendahkan. Akhirnya pada 6 Julai, polis dan tentera memutuskan untuk naik dan mengadakan rundingan terakhir sebelum melancarkan serangan.

Selepas Komander 69, SAC Abd Razak bin Mohd Yusoff berjaya menujuk Mohamed Amin untuk menyerah, beliau memanggil Leftenan Jeneral Datuk Seri Zaini Mohd Said untuk naik bagi proses penyerahan senjata.

Bagaimanapun, anggota militan dilihat enggan melepaskan senjata, maka Zaini sekali lagi memujuk Mohamed Amin untuk menyerah. Dia enggan, malah mengacukan senapangnya kepada Zaini dan kemudian berlaku pergelutan antara mereka.

Ia lantas menggesa pasukan tentera menyerbu kem tersebut, akhirnya Mohamed Amin berjaya ditumpaskan Zaini dan Al-Maunah menyerah diri.

Sumber: Sinar Harian, Bernama, Orang Perak.
Gambar: Dari Sebuah Meja

#PeristiwaHariIni
 
Dulu baca dalam berita yg askar pasang speaker tu lepas tu mintak mak, bapak, isteri org yg berkubu tu serah diri. Dengar suara rayuan gitu, patahlah hati geng al-maunah pakat serah diri. Tak meletup plk kilang arak tu. Asal lalu situ naik moto, bau masam je...mujo tak pening ha3.
 
Back
Top
Log in Register