BTC USD 84,204.3 Gold USD 4,270.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perihal RCI TH

Ingatkan apa yang gempar sangat bila baca tajuk “tiga dakwaan pelupusan harta RM860 juta Tabung Haji”.

Bila baca betul-betul, rupanya Jamil Khir didakwa kerana ketika jadi menteri, dia meluluskan tiga bayaran Tabung Haji kepada Al-Rawda berjumlah kira-kira RM860 juta semasa dia berada di pejabat Menteri, Putrajaya.

Kalau lulus bayaran maka kata sahaja lah "lulus bayaran".

Apa "pelupusan aset"? Saja nak buat sensasi.

Isunya, kerajaan kemudian kata wang itu tidak diterima semula selepas Al-Rawda berhenti membuat bayaran mulai Mac 2019.

Tapi ada satu benda penting.

Mac 2019 itu hampir setahun selepas PH sudah jadi kerajaan.

Sepanjang Jamil Khir masih menjadi menteri, Al-Rawda tidak pernah gagal membayar.

Malah selepas PH ambil alih kerajaan pada Mei 2018, bayaran masih diteruskan sehingga Mac 2019 sehingga Al-Rawda terkesan dengan tindakan kerajaan Arab Saudi rampas kumpulan Binladen di sana.

Lalu menjadi lagi parah dengan dua tahun pandemik 2020-2021 di mana hotel-hotel milik mereka tidak dapat beroperasi.

Dan ketiga-tiga pertuduhan terhadap Jamil Khir pula dibuat bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan - menyalahgunakan harta dengan curang atau secara tidak jujur.

Bukan pertuduhan pecah amanah.

Bukan juga pertuduhan dia curi RM860 juta itu untuk masuk poket sendiri.

Maksudnya, asas pertuduhan ini nampaknya kerana dia pernah meluluskan pembayaran kepada satu pelaburan/projek yang kemudiannya mengalami masalah dan wang tidak dapat diperoleh semula sepenuhnya.

Kalau begitu logiknya, saya cadangkan Menteri Kewangan pun didakwa bawah Seksyen 403 yang sama.

Sebab sebagai Menteri Kewangan (siapa dia?), dia juga yang meluluskan pelaburan KWAP dalam eFishery - dan akhirnya RM200 juta wang KWAP dilaporkan lesap.

Kalau kerugian pelaburan beberapa tahun kemudian boleh menjadikan menteri yang pernah meluluskannya sebagai tertuduh bawah Seksyen 403, maka standard yang sama kena pakai kepada semua.

Jangan satu standard untuk bekas menteri BN, satu lagi standard bila berlaku bawah Madani.

1000415412.jpg


Berita selanjutnya non tak blh beza membenarkan bayaran dengan pelupusan/disposal Aset.🤭

report rci siap bila Walaun jahiliah 😂 😆

Ni mesti apek Erik copy statement Jamil
Pastu Yg puak jahiliah copy Dari apek punai tak potong

Mesin basuh pastu pi ke efishery plak 😂
😂 😂
 
report rci siap bila Walaun jahiliah 😂 😆

Ni mesti apek Erik copy statement Jamil
Pastu Yg puak jahiliah copy Dari apek punai tak potong

Mesin basuh pastu pi ke efishery plak 😂
😂 😂
Pelupusan Aset 31.12.2018 bila SPV ambil alih .sepatutnya sapa yg jadi menteri tu lah kene tangkap kalau tajuk disposal aset

Kalau setakat nk kelulusan buat bayaran kontrak tak perlu rujuk menteri pun cukup la dengan pegawai pengawal TH tu je bang..hahahaha

Jgn seley sgt bang...🤭🤭🤭
 
Pelupusan Aset 31.12.2018 bila SPV ambil alih .sepatutnya sapa yg jadi menteri tu lah kene tangkap kalau tajuk disposal aset

Kalau setakat nk kelulusan buat bayaran kontrak tak perlu rujuk menteri pun cukup la dengan pegawai pengawal TH tu je bang..hahahaha

Jgn seley sgt bang...🤭🤭🤭

Baik hang kata jaman jahiliah umno suci tak ada dosa

Agong ckp ape pasal RCi

Duk jilat sgt si apek cino tu benda senang pon duk mesin basuh 😂 😆
 
Baik hang kata jaman jahiliah umno suci tak ada dosa

Agong ckp ape pasal RCi

Duk jilat sgt si apek cino tu benda senang pon duk mesin basuh 😂 😆
Trooper seley ropenye....


Nak tanya PH: pelaburan KWAP RM200 juta dalam eFishery masa Madani yang akhirnya lesap itu ada jaminan bank tak?

Ada jaminan peribadi atau jaminan korporat?

Sebenarnya apa jaminan untuk RM200 juta tersebut?

Walaupun Laporan Tahunan TH 2019 zaman PH sendiri kata jaminan Al-Rawda mencukupi, sekarang geng PH kata tak cukup sebab cuma ada jaminan peribadi dan korporat, bukan jaminan bank.

Jadi soalan mudah: pelaburan KWAP RM200 juta dalam eFishery ada jaminan bank ke?
LSS Tanya tu Abg kan berasap dgn LSS jawap lah lawan fakta apek tak sunat tu😁😁

Lupus Aset ikan ke bang?
 
Trooper seley ropenye....


Nak tanya PH: pelaburan KWAP RM200 juta dalam eFishery masa Madani yang akhirnya lesap itu ada jaminan bank tak?

Ada jaminan peribadi atau jaminan korporat?

Sebenarnya apa jaminan untuk RM200 juta tersebut?

Walaupun Laporan Tahunan TH 2019 zaman PH sendiri kata jaminan Al-Rawda mencukupi, sekarang geng PH kata tak cukup sebab cuma ada jaminan peribadi dan korporat, bukan jaminan bank.

Jadi soalan mudah: pelaburan KWAP RM200 juta dalam eFishery ada jaminan bank ke?
LSS Tanya tu Abg kan berasap dgn LSS jawap lah lawan fakta apek tak sunat tu😁😁

Lupus Aset ikan ke bang?

RCI tu cap Ph ke bang

Gigih jadi Mesin basuh cap dacing senget 😂 😆 😆 😂

Sleyyy sakkau sakkau 🤣
 
Liyana kene belajar Dari Apek Erik 😂

 
CURANG

“Takkanlah setiap kali pelaburan Kerajaan rugi, Menteri yang kena dakwa. Susahlah buat kerja,” kata SUPOL Menteri Undang-undang, semalam.

Lalu diangkat menjadi naratif penyokong parti keramat. Tepuk dahi kita dengar.

Takkan setara itu pemikiran mereka. Tak mengkaji ke sebelum nak memandirkan kita?

Bekas Menteri Agama kena dakwa bukan hanya sebab pelaburan rugi.

Kalau macam tu, kesemua 10 PM kita boleh didakwa. Termasuk Tun M dan Pak Lah juga. Berapa banyak GLC rugi zaman mereka. Kita kena bailout merata.

Tapi itu bukan puncanya.

Bekas Menteri Agama didakwa di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan, melibatkan dakwaan pelupusan/penyelewengan harta secara TIDAK JUJUR/ CURANG (dishonestly).

Itu bezanya.

Pendakwaan bukan sahaja perlu buktikan wang TH berjumlah RM860.3 juta dilupuskan seperti dalam pertuduhan.

Mereka perlu buktikan ada unsur TIDAK JUJUR atau CURANG dalam pelupusan wang tersebut.

Dalam bahasa mudah, “tidak jujur” bermaksud ada niat untuk memberi keuntungan kepada seseorang ATAU menyebabkan kerugian kepada orang lain secara tidak sah.

Jadi bukan cerita:

“Pelaburan rugi, tangkap Menteri.”

Definitely bukan.

Persoalannya ialah bagaimana wang itu dilupuskan dan adakah ia dilakukan secara tidak jujur.

*************

Ini yang menarik bila kita baca dapatan mengenai pelaburan Al-Rawda.

Pelaburan dibuat tanpa jaminan bank, walaupun pegawai pengurusan risiko TH meminta jaminan tersebut.

Due diligence pula belum selesai.

Sebaliknya, TH menerima promissory notes dan jaminan peribadi pemilik Al-Rawda.

Untuk wang sebanyak itu?

It’s just unacceptable.

Kemudian Al-Rawda berhenti membuat bayaran.

Sebab itulah perkara ini perlu dibicarakan. Biar Pendakwa buktikan kes mereka dan Bekas Menteri Agama diberi ruang membela diri.

Tapi jangan pula spin seolah-olah dia didakwa semata-mata kerana pelaburan rugi.

Itu mengelirukan.

*************

Ni bukan wang pinjaman Kerajaan yang bila rugi, ramai pemimpin boleh cuci tangan.

“Ooppss rugi. Bukan salah kita. Nanti bailout sahaja lah.”

Ini wang simpanan orang Islam.

Berbilion ringgit kita simpan dari muda sampai tua. Ada yang kumpul sedikit demi sedikit bertahun-tahun semata-mata mahu menunaikan Haji.

Wang itu diamanahkan kepada institusi dan pemimpin kita.

Tak wajar dibuat macam harta mak pak sendiri.

Daripada 14 pelaburan bermasalah yang disentuh RCI Tabung Haji, 7 daripadanya mengalami kerugian penuh.

Duit pendeposit. Hancur lebur.

Heads must roll!

Jangan pula beri alasan, “Kalau macam ni, susahlah Menteri nak buat kerja.”

Memang susah.

Sebab itu bukan semua orang layak diberi kuasa.

*************

Al-Ghazali sejak hampir seribu tahun dahulu mengingatkan bahawa kekuasaan bukan sekadar kemuliaan.

Kalau mahu kuasa, bersedialah dipersoalkan.
Kalau mahu jawatan, bersedialah dipertanggungjawabkan.

Kerana negara yang baik tidak dibina oleh pemimpin yang sekadar tahu menggunakan kuasa.

Ia dibina oleh pemimpin yang tahu batas kuasanya dan takut mengkhianati kepercayaan rakyat.

Kuasa akhirnya akan pergi. Jawatan akhirnya akan berganti.

Yang tinggal ialah bagaimana kita menjaganya ketika ia berada dalam tangan.

Salam hormat,
Liyana Marzuki

NB- kita menulis melawan naratif memandirkan Rakyat. Makanya perlu kita lawan hujah mereka dengan hujah juga. Harap pembaca tak serang peribadi. Pohon jangan SUPOL ini kıta keji dan maki. TK 🙏
FB_IMG_1789438545988.jpg
 
Back
Top
Log in Register