BTC USD 83,712.8 Gold USD 4,286.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perihal RCI TH

'Tiada bukti penyelewengan Tabung Haji, saya tak faham erti sakau' - Bekas Ketua Audit Negara​


KUALA LUMPUR - Tiada sebarang bukti pengauditan menunjukkan wujud kecurian atau penyelewengan dalam pengurusan Tabung Haji sepanjang tempoh perkhidmatan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad.



Madinah ketika sesi soal jawab pada program Musyawarah Nasional bertajuk Realiti dan Persepsi: Jangan Mempolitikkan Tabung Haji di Premiera Hotel Kuala Lumpur pada Selasa.

Madinah ketika sesi soal jawab pada program Musyawarah Nasional bertajuk Realiti dan Persepsi: Jangan Mempolitikkan Tabung Haji di Premiera Hotel Kuala Lumpur pada Selasa.


Beliau berkata, Jabatan Audit Negara sentiasa menjalankan pengauditan berdasarkan piawaian kewangan serta bukti sahih sebelum sesuatu penyata atau sijil audit dikeluarkan.

"Semasa saya Ketua Audit Negara, saya tidak nampak apa-apa bukti sedemikian bagaimana yang didakwa.

"Yakinlah, kalau saya dan pasukan saya menemui bukti-bukti tersebut, bukan sahaja saya tidak sembunyi, saya akan highlight lagi dan saya akan laporkan kepada pihak berwajib," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Pengerusi Veteran UMNO Malaysia, Datuk Haji Othman Desa, berhubung dakwaan berlaku kecurian atau penyelewengan yang nyata dalam institusi berkenaan pada program Musyawarah Nasional bertajuk Realiti dan Persepsi: Jangan Mempolitikkan Tabung Haji di Premiera Hotel Kuala Lumpur pada Selasa.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Noraini Ahmad, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat Datuk Asyraf Wajdi Dusuki serta Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan.



Antara penonton yang hadir pada program Musyawarah Nasional bertajuk Realiti dan Persepsi: Jangan Mempolitikkan Tabung Haji di Premiera Hotel Kuala Lumpur pada Selasa.

Antara penonton yang hadir pada program Musyawarah Nasional bertajuk Realiti dan Persepsi: Jangan Mempolitikkan Tabung Haji di Premiera Hotel Kuala Lumpur pada Selasa.


Berdasarkan rekod rasmi Jabatan Audit Negara, Madinah berkhidmat sebagai Ketua Audit Negara dari 23 Februari 2017 hingga 22 Februari 2019, iaitu selama dua tahun.

Sementara itu, bagi mengulas istilah 'sakau' yang sering dibangkitkan sebahagian pihak, Madinah berkata, beliau bertindak berdasarkan fakta dan bukti kukuh.


"Adakah dalam itu (sijil audit) disebut ada penyelewengan ke atau kecurian? Tak ada. Saya tak faham apa erti 'sakau'. Saya berpijak di bumi yang nyata, we go by the facts and the evidence," tegasnya.

Selain Madinah, forum khas itu menampilkan dua tokoh dan pakar berpengalaman bagi membincangkan isu integriti, persepsi serta pengurusan institusi pengurusan haji negara.


Mereka ialah mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah serta Ketua Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan, Dr Mohd Shahid Mohd Noh.

Penganjuran forum berkenaan bertujuan memberikan pencerahan berasaskan fakta dan realiti sebenar demi mempertahankan keutuhan Tabung Haji daripada terus dijadikan bahan propaganda politik.

Dalam sesi soal jawab sama, Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shari, turut mengemukakan soalan berhubung mekanisme pemantauan bebas serta bentuk jaminan perundangan dan kerajaan bagi memastikan keselamatan wang simpanan pencarum kekal utuh.

Menjawab soalan itu, Madinah berkata, beliau bukan lagi individu yang sesuai untuk menjawab isu teknikal berkaitan pemantauan akaun dan jaminan terkini memandangkan beliau sudah bersara sejak 2019.

Bagaimanapun, beliau menyuarakan pandangan peribadinya bahawa Jabatan Audit Negara sebagai sebuah Supreme Audit Institution wajar diberi kebebasan sepenuhnya dengan diletakkan di bawah Parlimen, bukannya Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Menurutnya, langkah itu penting bagi memastikan Ketua Audit Negara dapat memberikan pendapat audit secara telus tanpa rasa takut atau berpihak.

"Semasa saya masih Ketua Audit Negara, saya telah mula mengesyorkan cadangan kepada kabinet untuk Jabatan Audit Negara diletakkan di bawah Parlimen,"to be answerable to Parliament", dan bukan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk "to safeguard the independence of the Supreme Audit Institution".

"Tapi lepas saya bukan lagi Ketua Audit Negara, saya rasa tidak ada susulan terhadap cadangan tersebut," katanya.

 

PAC disyor tubuh badan siasatan khas bebas isu Tabung Haji – Ahmad Zahid​



Ahmad Zahir (duduk dua dari kiri) bergambar bersama peserta wacana intelektual bertajuk Realiti dan Persepsi: Jangan Mempolitikkan Tabung Haji di sini pada Selasa.

Ahmad Zahir (duduk dua dari kiri) bergambar bersama peserta wacana intelektual bertajuk Realiti dan Persepsi: Jangan Mempolitikkan Tabung Haji di sini pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia disyorkan agar menubuhkan sebuah badan penyiasat khas di bawah tanggungjawabnya bagi menjalankan siasatan menyeluruh berhubung isu pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2018 hingga 2025.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, cadangan itu dikemukakan secara tidak formal oleh ahli-ahli Parlimen yang hadir dalam wacana intelektual bertajuk Realiti dan Persepsi: Jangan Mempolitikkan Tabung Haji di sini pada Selasa.


Beliau menjelaskan, penubuhan badan penyiasat khas di bawah PAC adalah pendekatan yang lebih afdal dan sesuai berbanding membawa isu berkenaan ke Kabinet atau menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu.

"Forum ini adalah satu wacana intelektual untuk bukan hanya mengupas tetapi memperjelaskan beberapa aspek tata kelola pengurusan Tabung Haji.


"Laporan RCI yang dipengerusikan oleh Tun Md Raus Sharif memperlihatkan tiada penudingan jari kepada mana-mana individu.

"Pada hemat saya, apa yang disarankan secara tidak formal oleh ahli-ahli Parlimen harus diberikan keutamaan, terutamanya PAC harus menubuhkan badan penyiasat di bawah tanggungjawab PAC sendiri.


"Ini lebih afdal berbanding pendekatan lain kerana mereka mempunyai locus standi yang tercatat dalam tugas dan tanggungjawab PAC itu sendiri," katanya ketika ditemui pemberita selepas program berkenaan berakhir.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, langkah penyiasatan itu penting bagi memastikan dapatan kajian selepas tahun 2017 diperjelaskan secara telus demi membetulkan persepsi awam berdasarkan realiti dan fakta sebenar.

Mengulas mengenai laporan pengauditan TH, beliau menegaskan bahawa Jabatan Audit Negara (JAN) telah mengeluarkan sijil bersih yang membuktikan pengauditan dilakukan mengikut peruntukan Akta Tabung Haji 1995.

"Tiada tuduhan 'penyelewengan', sebaliknya sijil yang dikeluarkan oleh JAN secara jelas memperlihatkan sijil bersih telah dikeluarkan.

"Pengauditan yang dilakukan terhadap Tabung Haji adalah berdasarkan kepada aktanya, dan Akta Tabung Haji menyebut bahawa badan yang harus melakukan pengauditan ialah Jabatan Audit Negara.

"Inilah yang harus dilihat oleh PAC agar perkara ini dapat diperbetulkan dan persepsi dapat diperjelaskan berdasarkan realiti yang mahu diketahui oleh khalayak umum," katanya.


Apabila ditanya sama ada hasil wacana itu akan dibawa ke Kabinet, beliau memberitahu perkara itu tidak perlu memandangkan forum berkenaan berperanan sebagai platform penjelasan dan keutamaan harus diberikan kepada PAC untuk menjalankan peranan penyiasatan.

 

PAC perlu lengkapi siasatan, bukan tolak dapatan RCI TH, kata penganalisis​

41dbc370-tabung-haji-bernama-160425.jpg

RCI baharu babit Tabung Haji jika dibuat tanpa skop jelas boleh menimbulkan persepsi proses siasatan diulang sehingga menghasilkan kesimpulan lebih memihak kepada pihak tertentu, menurut Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri. (Gambar Bernama)

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata siasatan tambahan boleh dilakukan sekiranya masih ada perkara yang belum terjawab, namun dapatan terdahulu tidak seharusnya ditolak hanya kerana tidak selari dengan kepentingan politik.

Menurutnya, kecenderungan menerima atau menolak sesuatu dapatan berdasarkan kesesuaiannya dengan naratif politik boleh mewujudkan apa yang disifatkannya sebagai ‘sindrom penafian’.

“PAC sememangnya berperanan sebagai mekanisme semak dan imbang Parlimen tetapi tidak boleh dijadikan alat untuk menolak kesimpulan RCI yang sahih.

“Sebaliknya, PAC harus melengkapkan siasatan, bukan menggantikan atau melemahkannya” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas cadangan Presiden Umno Zahid Hamidi yang PAC lebih sesuai menjalankan siasatan susulan berkaitan pengurusan TH berbanding menubuhkan RCI baharu.

Menurutnya, PAC boleh menubuhkan badan khas bawah tanggungjawabnya bagi meneliti pengurusan TH dari 2017 hingga kini.

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Takiyuddin Hassan turut bersetuju jika ia dibawa kepada PAC tetapi pada masa sama menerima cadangan untuk mewujudkan RCI baharu.

Menurutnya, beliau bersetuju dengan pandangan peserta Forum Musyawarah Nasional ‘Realiti dan Persepsi: Jangan Mempolitikkan Tabung Haji’, yang mencadangkan RCI baharu untuk menyiasat kedudukan TH dari 2018 sehingga kini.

Sementara itu, Pengerusi PAC Mas Ermieyati Samsudin memaklumkan cadangan Zahid akan dibincangkan bersama ahli jawatankuasa itu selepas prosiding PAC di Parlimen esok.

Mengulas lanjut, Zaharuddin berkata menubuhkan RCI baharu tanpa alasan dan skop jelas juga boleh menimbulkan persepsi proses siasatan diulang sehingga menghasilkan kesimpulan lebih memihak kepada pihak tertentu.

“Jika laporan RCI membuktikan kelemahan tadbir urus, maka langkah seterusnya ialah reformasi institusi bukan menubuhkan RCI baharu semata-mata untuk mencari kesimpulan yang lebih ‘selesa’.

“Politik yang matang ialah sanggup mengakui kesilapan, memperbaiki kelemahan, dan membina semula kepercayaan rakyat,” katanya.
 

RCI TH Bukan Alat Politik Cari Keputusan Sendiri - Muhammad Kamil​

52b0d5eac04c4269d708e0ffd9d43b8c66dd6d627bc32

Muhammad Kamil Abdul Munim
--fotoBERNAMA


Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH) bukan alat untuk mencari keputusan yang memihak kepada mana-mana parti politik, sebaliknya diwujudkan untuk mencari kebenaran berdasarkan fakta, dokumen dan keterangan.

Sehubungan dengan itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Muhammad Kamil Abdul Munim mempersoalkan kewajaran desakan Perikatan Nasional (PN) dan UMNO supaya RCI baharu ditubuhkan bagi menyiasat semula isu pengurusan institusi berkenaan.

Beliau berkata laporan RCI itu yang didedahkan kepada umum bulan lepas bukan ditubuhkan oleh Kerajaan MADANI, sebaliknya prosesnya bermula ketika pihak yang kini mendesak siasatan baharu berada dalam pentadbiran kerajaan sebelum ini.

"Apabila dapatan RCI itu tidak memihak kepada naratif politik mereka, tiba-tiba mereka mahu RCI baharu. Apa sebenarnya yang mereka mahu? Adakah setiap kali sesuatu keputusan siasatan tidak memenuhi kehendak politik mereka, maka perlu ditubuhkan RCI sekali lagi sehingga keluar keputusan yang mereka suka?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Kamil berkata sekiranya terdapat kesilapan dalam laporan RCI berkenaan, pihak terbabit seharusnya mengemukakan bukti dan bukannya menolak dapatan hanya kerana ia tidak selari dengan kepentingan politik sendiri.

"Kalau benar ada bukti baharu, bentangkan. Kalau ada percanggahan fakta, tunjukkan. Kalau ada kesalahan dalam proses siasatan, jelaskan secara terbuka. Itulah cara sebuah demokrasi yang matang berfungsi, bukan dengan meminta RCI diulang semata-mata kerana tidak berpuas hati dengan hasilnya," katanya.

Beliau turut membangkitkan tindakan wakil rakyat PN yang memilih untuk keluar dewan ketika laporan RCI tersebut dibentangkan di Dewan Rakyat pada 12 Ogos lepas sedangkan mereka diberi ruang untuk mendengar dan meneliti dapatan siasatan itu.

"Hari ini, apabila dapatan RCI tidak menyebelahi mereka, mereka pula mendesak supaya RCI baharu ditubuhkan. Ini menimbulkan persoalan besar adakah mereka benar-benar mahu mencari kebenaran atau mereka hanya mahu mencari keputusan yang sesuai dengan naratif politik mereka," katanya.

Muhammad Kamil juga mengingatkan semua pihak agar tidak menjadikan TH sebagai bahan permainan politik demi mempertahankan kepentingan pihak tertentu memandangkan institusi itu merupakan amanah jutaan pendeposit.

 

Rayer dakwa forum penjelasan RCI TH ‘sandiwara’ Umno​

a937ce4c-rsn-rayer-resize-140825.jpg

RSN Rayer berkata RCI bukanlah perisai politik, sebaliknya merupakan mekanisme institusi untuk menentukan fakta, meneliti tanggungjawab dan membuat dapatan berdasarkan bukti.

Dalam satu hantaran di Facebook, Rayer mempersoalkan tujuan sebuah forum awam semalam yang menampilkan bekas ketua audit negara, Madinah Mohamad bagi membincangkan dapatan RCI selepas laporan itu dibentangkan dan dibahaskan di Dewan Rakyat.

Rayer berkata forum itu menimbulkan persoalan mengenai bagaimana parti politik, khususnya Umno, menangani perkara yang sepatutnya diteruskan mengikut undang-undang dan proses sewajarnya.

Beliau menambah bahawa RCI bukanlah perisai politik, sebaliknya merupakan mekanisme institusi untuk menentukan fakta, meneliti tanggungjawab dan membuat dapatan berdasarkan bukti.

“Cubaan untuk menjadikan prosiding atau dapatan RCI sebagai persaingan politik bagi melindungi kepentingan tertentu berisiko menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap institusi yang sepatutnya melindungi demokrasi kita,” katanya.

Rayer berkata parti politik tidak sepatutnya menggunakan tekanan politik atau kempen awam untuk mempengaruhi perkara yang berada di bawah bidang kuasa eksekutif, legislatif dan kehakiman.

Beliau turut berkata isu itu bukan semata-mata mengenai pendirian Umno terhadap RCI TH, tetapi sama ada parti itu mampu meletakkan integriti institusi, kebertanggungjawaban dan kepentingan awam mengatasi kepentingan kepartian.

Tambahnya, proses itu mesti dihormati, terutama selepas Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menggesa supaya dapatan RCI disiasat secara menyeluruh dan pihak yang bertanggungjawab didakwa.

Sebelum ini, RCI mendapati TH menyembunyikan kedudukan sebenar kewangannya selama bertahun-tahun, apabila melaporkan keuntungan RM3.4 bilion pada 2017, sedangkan ia sepatutnya merekodkan kerugian bersih RM1.4 bilion di bawah piawaian perakaunan yang betul – iaitu jurang hampir RM4.8 bilion.

Suruhanjaya itu turut mengkritik Jabatan Audit Negara kerana tidak tegas mengaudit penyata kewangan TH, antara 2014 hingga 2017.

Bagaimanapun, dalam forum itu, Madinah mempertahankan audit Jabatan Audit Negara dengan berkata perbezaan RM4.8 bilion antara laporan itu dan semakan PricewaterhouseCoopers PLT (PwC) mengenai kedudukan kewangan TH tidak boleh terus dianggap sebagai bukti kegagalan audit.

Beliau turut menegaskan beliau dan pasukannya tidak menemui bukti kecurian atau penyelewengan ketika mengetuai audit TH.
 

RCI TH Bukan Alat Politik Cari Keputusan Sendiri - Muhammad Kamil​

52b0d5eac04c4269d708e0ffd9d43b8c66dd6d627bc32

Muhammad Kamil Abdul Munim
--fotoBERNAMA


Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH) bukan alat untuk mencari keputusan yang memihak kepada mana-mana parti politik, sebaliknya diwujudkan untuk mencari kebenaran berdasarkan fakta, dokumen dan keterangan.

Sehubungan dengan itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Muhammad Kamil Abdul Munim mempersoalkan kewajaran desakan Perikatan Nasional (PN) dan UMNO supaya RCI baharu ditubuhkan bagi menyiasat semula isu pengurusan institusi berkenaan.

Beliau berkata laporan RCI itu yang didedahkan kepada umum bulan lepas bukan ditubuhkan oleh Kerajaan MADANI, sebaliknya prosesnya bermula ketika pihak yang kini mendesak siasatan baharu berada dalam pentadbiran kerajaan sebelum ini.

"Apabila dapatan RCI itu tidak memihak kepada naratif politik mereka, tiba-tiba mereka mahu RCI baharu. Apa sebenarnya yang mereka mahu? Adakah setiap kali sesuatu keputusan siasatan tidak memenuhi kehendak politik mereka, maka perlu ditubuhkan RCI sekali lagi sehingga keluar keputusan yang mereka suka?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Kamil berkata sekiranya terdapat kesilapan dalam laporan RCI berkenaan, pihak terbabit seharusnya mengemukakan bukti dan bukannya menolak dapatan hanya kerana ia tidak selari dengan kepentingan politik sendiri.

"Kalau benar ada bukti baharu, bentangkan. Kalau ada percanggahan fakta, tunjukkan. Kalau ada kesalahan dalam proses siasatan, jelaskan secara terbuka. Itulah cara sebuah demokrasi yang matang berfungsi, bukan dengan meminta RCI diulang semata-mata kerana tidak berpuas hati dengan hasilnya," katanya.

Beliau turut membangkitkan tindakan wakil rakyat PN yang memilih untuk keluar dewan ketika laporan RCI tersebut dibentangkan di Dewan Rakyat pada 12 Ogos lepas sedangkan mereka diberi ruang untuk mendengar dan meneliti dapatan siasatan itu.

"Hari ini, apabila dapatan RCI tidak menyebelahi mereka, mereka pula mendesak supaya RCI baharu ditubuhkan. Ini menimbulkan persoalan besar adakah mereka benar-benar mahu mencari kebenaran atau mereka hanya mahu mencari keputusan yang sesuai dengan naratif politik mereka," katanya.

Muhammad Kamil juga mengingatkan semua pihak agar tidak menjadikan TH sebagai bahan permainan politik demi mempertahankan kepentingan pihak tertentu memandangkan institusi itu merupakan amanah jutaan pendeposit.

aik buat RCI baru takut pulak :ROFLMAO: bila kene dengan selera diorg Apa nak takut kalau tak ada salah kan..
 
𝗠𝗨𝗦𝗬𝗔𝗪𝗪𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟, 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜-𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗙𝗨𝗡𝗖𝗧𝗜𝗢𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗞 𝗙𝗨𝗡𝗖𝗧𝗜𝗢𝗡

Bila ada isu nasional seperti penemuan-penemuan RCI Tabung Haji, ada pelbagai reaksi di kalangan rakyat.

Penemuan RCI Tabung Haji itu fakta. Ahli-ahli Suruhanjaya Diraja juga mereka yang ternama dan pakar dalam bidang masing-masing. Penemuan mereka tidak dipertikaikan.

Laporan RCI telah dipersembahkan kepada Yang DiPertuan Agong, juga telah diterima dan diluluskan oleh Jemaah Menteri yang ada PH dan BN.

Tetapi biasalah, ada interpretasi yang berbeza-beza.

Itulah yang berlaku apabila Umno dan PAS duduk sepentas dalam Musyawwarah Nasional baru-baru ini, yang cuba mempertahankan seolah-olah penemuan RCI Tabung Haji itu tidak tepat, terutamanya yang bersabit kerugian pelaburan Tabung Haji berbilion ringgit.

Yang jadi titik perbezaan pendapat ialah kaedah nilaian. Umno kata kalau nilai ikut satu kaedah tak rugi, PAS nampaknya bersetuju dengan pandangan itu.

Secara langsung, pandangan ini mengatakan pandangan dan penemuan RCI Tabung Haji itu tidak benar kerana laporan itu berdasarkan kaedah nilaian mengikut piawai antarabangsa, yang menyebabkan Tabung Haji rugi berbilion ringgit.

Masa inilah BERSAMA kena function, dengan berkata yang benar tidak kira siapa lawan atau kawan.

Dalam soal kebenaran, tidak ada pertimbangan lawan atau kawan. Kawan salah, kena kata salah. Lawan benar, kena kata benar.

Ikuti penerangan saya mengenai hujah-hujah yang dikemukakan dalam Musyawwarah Nasional itu.

 
Back
Top
Log in Register